Politik Parlimen Kulim Bandar Baharu

Politik Parlimen Kulim Bandar Baharu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Politik Parlimen Kulim Bandar Baharu, Political organisation, Kulim.

📢 HEBAHAN PENTING – MATC KULIM BANDAR BAHARU DITANGGUHKANUntuk makluman semua ahli, Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC...
30/04/2026

📢 HEBAHAN PENTING – MATC KULIM BANDAR BAHARU DITANGGUHKAN

Untuk makluman semua ahli, Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kulim Bandar Baharu telah DITANGGUHKAN atas arahan Setiausaha Agung Parti, selepas mengambil kira maklum balas rasmi daripada Majlis Pimpinan Negeri (MPN) berhubung pelbagai isu yang berlaku di cabang ini.

Terus terang, penangguhan ini bukan saja-saja. Ia dibuat kerana ada perkara yang tak kena dan tak boleh dibiarkan:

🔥 Hebahan “senyap-senyap”
Panggilan mesyuarat tak dibuat secara menyeluruh. Hanya satu posting Facebook Ketua Cabang — itu pun dalam bahasa Cina sahaja. Ahli lain macam tak perlu tahu?

🔥 Notis & usul “kunci mati”
Notis MATC 14 hari, syarat hantar usul pun 14 hari. Jadi bila masa ahli nak hantar usul? Ini jelas menyekat hak ahli.

🔥 Tak bagi usul tergempar
Bila mesyuarat berlangsung, usul tergempar p**a tak dibenarkan. Jadi apa guna mesyuarat kalau suara ahli disekat?

🔥 Guna kuasa ikut s**a
Jawatan AJK dirombak tanpa bincang dan tanpa persetujuan AJK. Ini bukan cara organisasi — ini cara individu.

🔥 Minit mesyuarat pun boleh “ubah”
Dakwaan manip**asi minit untuk kepentingan tertentu, termasuk pelantikan jawatan seperti Ketua Kampung Baru Cina & JPKKP Luar Bandar. Ini isu integriti yang serius.

👉 Sebab itu Setiausaha Agung bersama MPN ambil keputusan untuk tangguh.
Bukan nak lengahkan, tapi nak betulkan keadaan supaya MATC dibuat dengan cara yang bersih, telus dan adil untuk semua ahli.

📌 Seruan kepada semua ahli:
✔️ Ambil tahu perkembangan semasa cabang
✔️ Bersedia hadir MATC bila tarikh baharu diumumkan
✔️ Gunakan hak anda — suara ahli penentu hala tuju cabang
✔️ Pertahankan integriti dan maruah parti kita

Jangan biar cabang kita diurus cara “ikut s**a”.
Ahli ada hak. Suara ahli mesti dihormati.

Cukup-cukuplah cara lama. Kita nak ketelusan, bukan permainan.



MATC wanita dan angkatan muda Keadilan Kulim Bandar Baharu padaTarikh : 08/03/2026AMK : Jam 10 pagiWanita : Jam 11:30 pa...
21/02/2026

MATC wanita dan angkatan muda Keadilan Kulim Bandar Baharu pada
Tarikh : 08/03/2026
AMK : Jam 10 pagi
Wanita : Jam 11:30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, CRC Kulim

21/05/2025
26/04/2025
PeringatanMATAMKC / MATWCpendaftraan 1:30pmBermula 2:00pmMATCpendaftaran 2:30pmBermula 3:00pm
08/03/2025

Peringatan

MATAMKC / MATWC
pendaftraan 1:30pm
Bermula 2:00pm

MATC
pendaftaran 2:30pm
Bermula 3:00pm

05/03/2025

Salam hormat,

Pimpinan,
Parti Keadilan Rakyat

Dimaklumkan bahawa Pencalonan Pemilihan Parti Peringkat Cabang akan diadakan pada 14, 15 dan 16 Mac 2025.

Pencalonan akan dilaksanakan secara dalam talian melalui pautan https://pencalonan.keadilanrakyat.org.

Bagi anggota yang memerlukan bantuan mengisi Borang Pencalonan secara dalam talian, anggota boleh mendapatkan bantuan di Pusat Bantuan Pencalonan yang akan dibuka di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri di setiap negeri.

Bersama ini dilampirkan Notis Pencalonan Pemilihan Parti 2025 untuk rujukan dan perhatian saudara-saudari.

Sekian untuk makluman, terima kasih.

SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PEMILIHAN PUSAT 2025

PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531

03/03/2025

PM Anwar ajak penjawat awam budayakan memahami mesej Al-Quran di bulan Ramadan ini.

Selamat Menyambut Ramadan
03/03/2025

Selamat Menyambut Ramadan

Address

Kulim

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6044906834

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politik Parlimen Kulim Bandar Baharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Politik Parlimen Kulim Bandar Baharu:

Share