Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kulim/Bandar Baharu

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kulim/Bandar Baharu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kulim/Bandar Baharu, Government Organization, Jalan Hospital Kulim, Kulim.

18/08/2026
13/08/2026

๐Š๐„๐๐€๐‹๐ˆ ๐–๐€๐‘๐๐€ ๐†๐ˆ๐†๐ˆ ๐€๐๐ƒ๐€ : ๐€๐ƒ๐€๐Š๐€๐‡ ๐Š๐„๐Š๐”๐๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐ˆ๐“๐” ๐๐Ž๐‘๐Œ๐€๐‹?

Gigi berwarna kuning sedikit dikira normal. Warna asli gigi sebenarnya bukannya putih berkilat seperti kertas, sebaliknya sedikit kekuningan secara semulajadi. Ini kerana lapisan dentin (lapisan di bawah enamel gigi) memang berwarna kuning, dan lapisan enamel luar yang lutsinar membuatkan warna kuning dentin kelihatan.

๐Ÿค” ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฉ๐š ๐†๐ข๐ ๐ข ๐Š๐ฎ๐ง๐ข๐ง๐  ๐ƒ๐ข๐ค๐ข๐ซ๐š ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ฅ?

- Struktur Semulajadi: Lapisan dentin di bawah enamel berwarna kuning secara semulajadi.

- Faktor Genetik: Sesetengah orang lahir dengan lapisan enamel yang lebih nipis atau lutsinar.

- Faktor Penuaan: Makanan dan minuman seharian menipiskan enamel secara perlahan seiring usia, membuatkan dentin lebih terserlah.

๐Ÿค” ๐๐ฎ๐ง๐œ๐š ๐†๐ข๐ ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข ๐Š๐ฎ๐ง๐ข๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ง๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ฅ.

- Diet & Minuman: Kopi, teh, soda, kunyit, dan sos gelap.

- Tabiat Buruk: Merokok atau mengunyah tembakau.

- Penjagaan Mulut: Jarang memberus gigi dan tidak menggunakan flos (plak terkumpul).

- Ubat-ubatan: Penggunaan antibiotik tertentu (seperti tetracycline).

๐Ÿค” ๐๐ž๐ณ๐š "๐Š๐ฎ๐ง๐ข๐ง๐  ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ฅ" ๐ฏ๐ฌ "๐Š๐ฎ๐ง๐ข๐ง๐  ๐“๐ข๐๐š๐ค ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ"

- Normal: Keadaan gigi bersih, gusi merah jambu dan sihat, tiada rasa sakit.

- Tidak Sihat: Gigi kekuningan disertai karang gigi (tartar) tebal, nafas berbau, gusi berdarah, atau berlubang.

๐Ÿ˜Š๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐Œ๐ž๐ฆ๐ž๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ซ๐š ๐–๐š๐ซ๐ง๐š ๐†๐ข๐ ๐ข

๐Ÿชฅ Berus gigi 2 kali sehari dengan ubat gigi berfluorida.

๐Ÿชฅ Gunakan flos gigi setiap hari.

๐Ÿชฅ Berkumur dengan air masak selepas minum kopi, teh, atau makan makanan berwarna.

๐Ÿชฅ Amalkan pemeriksaan gigi di klinik setiap sekurang-kurangnya setahun sekali.

13/08/2026
KURSUS CLINICAL UPDATES IN MANAGING PAEDIATRIC PATIENTS: FROM BASIC TO BREAKTHROUGHS PERINGKAT ZON KEDAH SELATAN ๐Ÿ“… Tarik...
13/08/2026

KURSUS CLINICAL UPDATES IN MANAGING PAEDIATRIC PATIENTS: FROM BASIC TO BREAKTHROUGHS PERINGKAT ZON KEDAH SELATAN

๐Ÿ“… Tarikh: 10-11 Ogos 2026 (Isnin & Selasa)
โฐ Masa: 8.00-5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Jasmine, Asrama Jururawat, Hospital Kulim

Kursus selama dua hari ini menghimpunkan pelbagai topik klinikal berkaitan pengurusan pesakit pediatrik, antaranya:

1. Clinical Approach to Paediatric Dental Patients with Special Needs
๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€โš•๏ธ Dr Tan Kean Hwa
Pakar Pediatrik UD14, Hospital Kulim

2. Interceptive Orthodontics in Paediatric Patients: Early Detection and Timely Intervention
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€โš•๏ธ Dr Yang Rafidah binti Hassan
Pakar Ortodontik UG15, Unit Ortodontik, Klinik Pergigian Kulim

3. Nitrous Oxide Inhalation Sedation in Paediatric Dentistry: Principles and Hands-on Practice
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€โš•๏ธ Dr Ng Yan Mei
Pakar Pergigian Pediatrik UG14, Hospital Kulim

4. Managing Early Childhood Caries (ECC) in Primary Settings: CPG Updates and Clinical Pearls
๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€โš•๏ธ Dr Mohamad Haziq bin Muhammad Zawawi
Pakar Pergigian Pediatrik UD14, Hospital Seberang Jaya

5. Paediatric Dental Trauma: Current Concepts in Diagnosis and Management
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€โš•๏ธ Dr Aida Shafiza Cheโ€™Azmi
Pakar Pergigian Pediatrik UG14, Hospital Sultanah Bahiyah

6. Inovasi dalam Bahan Pergigian Pediatrik dan Restoratif
๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€โš•๏ธ Dr Jowayne Chin Kang Choo
Professional Service Manager, Malaysia GC (Asia)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penceramah, fasilitator, urus setia, pihak penganjur serta para peserta atas komitmen dan penglibatan sepanjang kursus.

Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pergigian pediatrik kepada masyarakat.

Jom amalkan 5 langkah mudah untuk kesihatan gigi dan mulut yang berpanjangan!
10/08/2026

Jom amalkan 5 langkah mudah untuk kesihatan gigi dan mulut yang berpanjangan!

E-BULETIN KULIM SMILE (EDISI 1/2026)๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข E-Buletin Kulim Smile Edisi 1/2026 kini kembali dengan pelbagai perkongsian menar...
31/07/2026

E-BULETIN KULIM SMILE (EDISI 1/2026)

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข E-Buletin Kulim Smile Edisi 1/2026 kini kembali dengan pelbagai perkongsian menarik yang wajib anda baca!

Jom intai antara pengisian menarik kali ini:

1๏ธโƒฃโœ๐Ÿผ Artikel Membanteras Duri dalam Daging: Prosedur Operasi Piawai Pengurusan Kes Pendakap Gigi Palsu (Fake Braces) oleh Dr Liyana Binti Mohd Azhar, Pakar Pergigian (Kesihatan Awam)

2๏ธโƒฃโœ๐Ÿผ Artikel Rawatan Ortodontik: Keperluan atau Trend Semasa? oleh Dr Yang Rafidah Binti Hassan @ Md Hassan, Pakar Pergigian Ortodontik

3๏ธโƒฃ๐Ÿ“Š Sorotan Pencapaian Januari-Julai 2026

4๏ธโƒฃ๐Ÿ“ธ Aktiviti Peringkat Daerah & Negeri Januari-Julai 2026

5๏ธโƒฃ๐ŸŽจ Kompilasi Poster Umum Tindakan Tatatertib dan Kesihatan Pergigian

6๏ธโƒฃ๐ŸŽฏ Permainan minda menarik!

๐Ÿ“ฒ Baca sekarang: https://online.fliphtml5.com/lzfsn/E-Buletin-Kulim-12026/

Tinggalkan reaksi anda pada hantaran ini dan kongsi kepada keluarga, rakan-rakan serta komuniti. ๐Ÿ˜‰

Bersama-sama kita tingkatkan kesedaran tentang kesihatan pergigian! ๐Ÿฆทโœจ

Program Promosi di ERAT Therapy๐Ÿ“… Tarikh: 14 Julai 2026 (Selasa)โฐ Masa: 2.30 - 4.30 pm๐Ÿ“ Tempat : ERAT Therapy and Care Ce...
22/07/2026

Program Promosi di ERAT Therapy

๐Ÿ“… Tarikh: 14 Julai 2026 (Selasa)
โฐ Masa: 2.30 - 4.30 pm
๐Ÿ“ Tempat : ERAT Therapy and Care Centre

Program Promosi Pesona Permata Usia๐Ÿ“… Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis)โฐ Masa: 8am - 2pm๐Ÿ“ Tempat : Wellness Hub Kulim
22/07/2026

Program Promosi Pesona Permata Usia

๐Ÿ“… Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis)
โฐ Masa: 8am - 2pm
๐Ÿ“ Tempat : Wellness Hub Kulim

PERTANDINGAN REKA CIPTA BAHAN PROMOSI โ€˜ALL IN 1 KOTAKโ€™ SEMPENA KONVENSYEN KESIHATAN ORAL TANPA AMALAN MEROKOK (KOTAK) PE...
22/07/2026

PERTANDINGAN REKA CIPTA BAHAN PROMOSI โ€˜ALL IN 1 KOTAKโ€™ SEMPENA KONVENSYEN KESIHATAN ORAL TANPA AMALAN MEROKOK (KOTAK) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

๐Ÿ“… Tarikh: 27โ€“28 Jun 2026
๐Ÿ“ Tempat: UIAM Kampus Kuantan, Pahang

Pada 27โ€“28 Jun 2026, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Kulim/Bandar Baharu telah mewakili Bahagian Kesihatan Pergigian (BKP) Negeri Kedah dalam Pertandingan Reka Cipta Bahan Promosi โ€˜ALL IN 1 KOTAKโ€™ sempena Konvensyen Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan.

Projek reka cipta inovasi yang dipertandingkan ialah ๐ข-๐๐š๐ซ๐ฎ ๐’๐ฆ๐š๐ซ๐ญ๐๐จ๐ฑ: ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง, ๐ƒ๐ฎ๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง, iaitu sebuah alat bantu mengajar visual interaktif yang direka khas untuk digunakan dalam aktiviti promosi. i-Paru SmartBox menggabungkan elemen teknologi seperti sensor pengesanan, monitor LCD, sistem lampu LED progresif, smoke diffuser module serta mikropengawal utama yang diprogram khas bagi menyampaikan mesej kesedaran secara lebih menarik, interaktif dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Pendekatan multisensori yang melibatkan penglihatan, pendengaran, bau dan sentuhan membantu pengguna memahami kesan amalan merokok serta menggambarkan dua kemungkinan masa depan seorang perokok โ€” sama ada meneruskan tabiat merokok atau memilih untuk berhenti demi kesihatan yang lebih baik. Inovasi ini turut dibangunkan berasaskan konsep lestari, kos efektif dan mesra pengguna melalui penggunaan semula bahan terpakai, menjadikannya praktikal untuk dibawa dan digunakan di pelbagai lokasi promosi kesihatan.

๐ŸŽ‰ Tahniah diucapkan kerana projek reka cipta inovasi i-Paru SmartBox ini telah berjaya meraih Tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut. ๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan projek atas usaha, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan selama beberapa bulan dalam menyiapkan projek ini.

โ€ข Dr Mohamed Azeem Zulfahmy bin Abdul Aziz
โ€ข Dr Muhammad Shahrul Nizam bin Hairiel Anuar
โ€ข Dr Suprinyee A/P Nai Pibull
โ€ข Dr Hanuprriya A/P Linggaraj
โ€ข Sister Izzati Binti Makhir
โ€ข JT Harison Binti Jamaludin
โ€ข JP Arnie Aizaty Binti Che Wanbold
โ€ข JP Syahidar Binti Subri

Ribuan terima kasih turut diucapkan kepada ๐ƒ๐ซ ๐๐š๐๐š๐ซ๐ข๐š๐ก ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐“๐š๐ฆ๐›๐ข ๐‚๐ก๐ž๐ค, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah; ๐ƒ๐ซ ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ž๐ ๐’๐ฎ๐ก๐š๐ข๐๐ข ๐๐ข๐ง ๐‚๐ก๐ž ๐„๐ง๐๐ฎ๐ญ dari KPP (P), Pejabat TPKN(G), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah; ๐ƒ๐ซ ๐‹๐ข๐ฒ๐š๐ง๐š ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐€๐ณ๐ก๐š๐ซ, Pegawai Pergigian Daerah PKPD Kulim/Bandar Baharu; ๐ƒ๐ซ ๐’๐ฒ๐ข๐ซ๐š๐ก๐š๐ง๐ข๐ณ๐š ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐’๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ก, Pakar Pergigian (Kesihatan Awam Pergigian) UG14; serta ๐ƒ๐ซ ๐๐จ๐จ๐ซ ๐‡๐ข๐๐š๐ฒ๐š๐ญ๐ข ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ž๐ ๐Œ๐ž๐ž๐ซ๐š, Pegawai Pergigian UG13 atas segala bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam usaha menjayakan projek ini.

Secara umumnya, pertandingan ini telah menghimpunkan penyertaan daripada ๐ˆ๐Ÿ” ๐ค๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฐ๐š๐ค๐ข๐ฅ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐ง๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ง ๐Ÿ‘ ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง. Penyertaan dalam konvensyen ini merupakan satu pengalaman yang amat bermakna dan menjadi pemangkin untuk terus memperkasa usaha promosi kesihatan oral tanpa amalan merokok dan v**e.

๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐‘๐จ๐ค๐จ๐ค ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐•๐š๐ฉ๐ž, ๐’๐ž๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฆ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐Š๐ข๐ญ๐š ๐‡๐ž๐›๐š๐ญ!

Address

Jalan Hospital Kulim
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044907672

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kulim/Bandar Baharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share