31/07/2026
ππππππππ ππππ ππππππππ πππππππππ ππππππ πππππ πππππ ππππ ππππ
ALOR SETAR, 31 Julai β Yang Berbahagia Puan Sunita Abdul Aziz, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK), dan Yang Berusaha Encik Ahmad Fayadh Abdul Manap, Setiausaha PBT TPHTK hari ini menghadiri Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026 yang berlangsung di Tugu Peringatan, Jalan Tunku Bendahara, di sini.
Istiadat tersebut disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah; dan Yang Teramat Mulia Datoβ Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah.
Majlis yang berlangsung penuh istiadat ketenteraan itu turut dihadiri oleh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dif-dif kehormat, ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri, wakil-wakil agensi kerajaan serta anggota pasukan keselamatan.
Sambutan Hari Pahlawan diadakan pada 31 Julai setiap tahun sebagai tanda penghargaan dan penghormatan tertinggi kepada para pahlawan negara serta anggota pasukan keselamatan yang telah berjuang dan berkorban dalam mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemakmuran negara.
Penganjuran sambutan ini menjadi wadah bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta menghargai jasa dan pengorbanan para perwira negara yang telah mencurahkan khidmat bakti demi memastikan keamanan dan kesejahteraan Malaysia terus terpelihara.
"Jasa Dikenang, Pengorbanan Disanjung." π²πΎ