IPD KULIM

IPD KULIM Laman ini merupakan Facebook Rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim. Sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada DCC Kulim melalui talian 04-4916999.

https://www.facebook.com/share/p/17y2YWYTmH/
01/09/2026

https://www.facebook.com/share/p/17y2YWYTmH/

๐Ÿšจ JANGAN JADI MANGSA SCAM! ๐Ÿšจ

Setiap hari, semakin ramai menjadi mangsa penipuan dalam talian akibat terlalu cepat mempercayai panggilan, mesej dan pautan yang diterima.

โš ๏ธ Ingat! Scammer sentiasa menggunakan pelbagai taktik untuk memperdaya mangsa seperti menyamar sebagai pegawai bank, agensi kerajaan, syarikat kurier, pelaburan, pinjaman serta tawaran pekerjaan.

๐Ÿ›ก๏ธ Lindungi diri anda dengan amalkan 7 langkah mudah:
โœ… Jangan Panik
โœ… Semak Dahulu sebelum membuat transaksi.
โœ… Jangan Klik pautan yang mencurigakan.
โœ… Jangan Kongsi OTP, TAC, PIN atau kata laluan.
โœ… Sahkan Identiti pemanggil melalui nombor rasmi.
โœ… Jangan Jadi Keldai Akaun
โœ… Bertindak Pantas sekiranya anda mengesyaki telah menjadi mangsa scam.

๐Ÿ” Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Kesedaran anda adalah benteng utama dalam memerangi jenayah komersil. Kongsikan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai masyarakat terhindar daripada menjadi mangsa scam.






๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Sempena sam...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai pengorbanan para pejuang yang telah membina sebuah negara Malaysia yang aman dan berdaulat.

Marilah kita terus berganding bahu dalam memelihara keamanan, keharmonian dan keselamatan demi memastikan Malaysia terus maju serta sejahtera untuk generasi akan datang.

โ€œMalaysia MADANI, Rakyat Disantuni, Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera.โ€

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69.
Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan cinta kepada tanah air. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada,
YDH Supt Syamsul Bin Sinring
Ketua Polis Daerah Kulim

PERHIMPUNAN DAN IKRAR BULANAN IPD KULIM BAGI BULAN OGOS 2026๐Ÿ“ Perkarangan IPD Kulim๐Ÿ“… 27 Ogos 2026 (Khamis)๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Kehadiran...
27/08/2026

PERHIMPUNAN DAN IKRAR BULANAN IPD KULIM BAGI BULAN OGOS 2026

๐Ÿ“ Perkarangan IPD Kulim
๐Ÿ“… 27 Ogos 2026 (Khamis)
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Kehadiran: 194 orang

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim telah mengadakan Perhimpunan dan Ikrar Bulanan serta Ikrar Taat Setia bagi bulan Ogos 2026 yang dianjurkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil.

Perhimpunan disempurnakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah dan Sang Saka Biru, bacaan Ikrar Taat Setia, amanat YDH Ketua Polis Daerah Kulim serta penyerahan surat penghargaan kepada pegawai dan anggota yang bertukar.

Dalam amanatnya, YDH Supt Syamsul Bin Sinring menekankan kepentingan integriti, disiplin dan pematuhan SOP, selain menyeru seluruh warga IPD Kulim agar memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing serta melaksanakan amanah dengan penuh profesionalisme dan keikhlasan.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat dan bersurai.

โ€œSedia Berkhidmat, Berintegriti dan Profesional.โ€

SIDANG MEDIA OLEH YDH CP DATO' ADZLI BIN ABU SHAH-KETUA POLIS KEDAH BERKAITAN TANGKAPAN EMPAT LELAKI, RAMPASAN MINUMAN K...
26/08/2026

SIDANG MEDIA OLEH YDH CP DATO' ADZLI BIN ABU SHAH-KETUA POLIS KEDAH BERKAITAN TANGKAPAN EMPAT LELAKI, RAMPASAN MINUMAN KERAS & ROKOK DISYAKI TIDAK BERCUKAI.

IPD Kulim telah menjalankan sidang media Op Kontraban di sebuah kedai runcit di Padang Serai pada 23 Ogos 2026, kira-kira jam 8.00 malam.

Hasil serbuan, polis menahan empat lelaki, terdiri daripada seorang pemilik kedai warga tempatan berusia 28 tahun dan tiga pekerja warga India berusia antara 20 hingga 23 tahun. Pemeriksaan mendapati pas lawatan ketiga-tiga pekerja warga asing tersebut telah tamat tempoh.

Polis turut merampas 207 karton dan 66 botol/tin minuman keras serta 33 karton rokok yang disyaki tidak bercukai, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM69,186.00.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967, Seksyen 55B dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

https://www.facebook.com/share/p/1D6Bx8Xi4u/
22/08/2026

https://www.facebook.com/share/p/1D6Bx8Xi4u/

๐Ÿšจ AMARAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) ๐Ÿšจ

Satu klik boleh mengundang padah. Jangan tekan sebarang pautan yang diterima daripada sumber tidak dikenali.

Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap pautan yang diterima melalui SMS, WhatsApp, Telegram, Facebook Messenger atau e-mel.

โš ๏ธ Scammer sering menggunakan pautan palsu untuk:
โŒ Mencuri maklumat perbankan dan peribadi
โŒ Memasang aplikasi berbahaya pada telefon mangsa
โŒ Mendapatkan akses kepada akaun bank dan media sosial
โŒ Memperdaya mangsa melalui laman web palsu

โœ… Sebelum klik, ingat 3 langkah ini:
๐Ÿ”Ž Semak sumber mesej atau pautan
๐Ÿค” Fikir sebelum memberikan sebarang maklumat
โœ”๏ธ Sahkan dengan organisasi berkaitan melalui saluran rasmi

๐Ÿ” Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim
Kulim
09000

Telephone

+6044906222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IPD KULIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IPD KULIM:

Shortcuts

Share