Keadilan Kesaksamaan Kecekapan Kemantapan & Dedikasi, Parlimen KBB, Kedah

  • Home
  • Malaysia
  • Kulim
  • Keadilan Kesaksamaan Kecekapan Kemantapan & Dedikasi, Parlimen KBB, Kedah

Keadilan Kesaksamaan Kecekapan Kemantapan & Dedikasi, Parlimen KBB, Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Keadilan Kesaksamaan Kecekapan Kemantapan & Dedikasi, Parlimen KBB, Kedah, Political Party, Kompleks Kulim, Kulim.

Laman Kelab Cekap, Mantap, Dedikasi Parlimen Kulim Bandar Baharu, Kedah Darul Aman ini bertujuan menjadi saluran informasi buat semua ahli-ahli KEADILAN di kawasan parlimen ini

Y🇲🇾🔥 *JOM CIPTA SEJARAH BERSAMA!*🔥🇲🇾🏃‍♀️🏃‍♂️ *SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026* 🇲🇾Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmat...
26/08/2026

Y🇲🇾🔥 *JOM CIPTA SEJARAH BERSAMA!*🔥🇲🇾

🏃‍♀️🏃‍♂️ *SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026* 🇲🇾
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Dalam semangat Hari Kebangsaan, NADI Parlimen Kulim menjemput seluruh komuniti untuk bersama-sama menyertai Senam Sihat Madani Merdeka 2026! 🎉

🇲🇾 LEBIH ISTIMEWA!
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) apabila 1,099 NADI di seluruh Malaysia akan menjalankan aktiviti senam sihat secara serentak! 🤩🔥

📅 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 – 10.00 pagi
📍 Pusat Latihan Kenegaraan Kulim, Kampung Teluk Wang
Google Maps : https://share.google/LIDgC2f3is332Kdig

🎁 AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA!
💃 Senamrobik bersama
🎁 Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik
❤️ Saringan kesihatan PERCUMA – tekanan darah & gula
🇲🇾 Semangat Merdeka bersama komuniti

💪 Jom turun padang!
Bukan sekadar bersenam, tetapi kita bersama-sama menjadi sebahagian daripada detik bersejarah Malaysia.

📲 Jangan lupa ajak keluarga, rakan-rakan dan komuniti anda!

23/8/2026 tengah hari : Sdri SW Tan dan Sdr HC Wong mewakili Tuan Yeo Keng Chuan 杨庆传 mantan ADUN ke-14 Kulim menghadiri ...
24/08/2026

23/8/2026 tengah hari : Sdri SW Tan dan Sdr HC Wong mewakili Tuan Yeo Keng Chuan 杨庆传 mantan ADUN ke-14 Kulim menghadiri sambutan ulang tahun ke-15 Kuil Lord Kaliama di Kota Kenari. Ketibaan kami disambut oleh Tuan Sasi Kumar, pengerusi dan ketua kuil tersebut.

Tahniah kepada pengurusan kuil di atas sambutan ulang tahunnya yang ke-15. Kami mendoakan kesinambungan perjalanan kuil tersebut.

21/8/2026 pagi hingga petang di Karangan: Sdr H.C.Wong mewakili Mantan ADUN Kulim untuk menghadiri program LHDN bersama ...
21/08/2026

21/8/2026 pagi hingga petang di Karangan: Sdr H.C.Wong mewakili Mantan ADUN Kulim untuk menghadiri program LHDN bersama NADI yamg telah diadakan di NADI Karangan Kemuning.

Dalam program ini juga Sdr Wong mengadakan perbincangan dengan para pegawai LHDN, memohon agar program yang sama ini diperluaskan ke pusat-pusat NADI di Serdang, dan kawasan pendalaman yang lain bagi memudahcara masyarakat setempat dalam urusan mereka mengemaskini rekod-rekod mereka dalam STR, Budi Madani serta permohonan bantuan lain yang sedia ada.

Diucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para pegawai LHDN, pengurus & penolong pengurus NADI Karangan kerana usahasama menjayakan program tersebut.

21/8/2026 pagi di Taman Tasik Putra Kulim: Program Jiwa Komuniti Madani anjuran Komuniti Madani Pekan Kulim sempena samb...
21/08/2026

21/8/2026 pagi di Taman Tasik Putra Kulim: Program Jiwa Komuniti Madani anjuran Komuniti Madani Pekan Kulim sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2026.

Terima kasih diucapkan kepada AJK Sdri Kalaivani dan Sdr Ang Wei Ming kerana telah bertungkus lumus menjayakan program ini dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Kulim.

Penghargaan turut diberikan kepada Puan Tan Shiau Wee, wakil Pengerusi Komuniti Madani Pekan Kulim dan Puan Zatul Ifah, Pen. Pegawai Penerangan Daerah Kulim di atas ucapan perasmian dan aluan pada pagi tersebut.

Jom datang beramai-ramai esok pada jam 8.00 pagi di Tmn Tasik Putra. Bawa bersama keluarga anda untuk mengambil bahagian...
20/08/2026

Jom datang beramai-ramai esok pada jam 8.00 pagi di Tmn Tasik Putra. Bawa bersama keluarga anda untuk mengambil bahagian dalam beberapa siri aktiviti dan peraduan.

Program Bantuan Sinar Cahaya MITRASalam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.Permohonan THUNAI MADANI (Program Bantuan Si...
17/08/2026

Program Bantuan Sinar Cahaya MITRA

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Permohonan THUNAI MADANI (Program Bantuan Sinar Cahaya MITRA) kini dibuka kepada masyarakat India yang layak.

Program ini merupakan inisiatif bantuan sosial kebajikan yang diterajui oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bagi membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.

Antara skim bantuan yang ditawarkan:
✅ Bantuan Utiliti Asas
✅ Bantuan Perkahwinan
✅ Bantuan Cermin Mata (Pelajar & Warga Emas)
✅ Bantuan Intervensi Awal
✅ Bantuan Rawatan & Peralatan Kesihatan
✅ Bantuan Kelahiran Bayi
✅ Bantuan Pengurusan Jenazah
✅ Bantuan Kebajikan Khas (Tertakluk kepada syarat yang ditetapkan)

Syarat asas:
✔️ Warganegara Malaysia
✔️ Kaum India
✔️ Memenuhi syarat skim bantuan yang dipohon
✔️ Tertakluk kepada syarat dan kelulusan MITRA

🌐 *Permohonan & maklumat lanjut:*
https://thunai-madani.pbsc-mitra.my/

31/07/2026

公正党居林万拉峇鲁区部今年5月发生区部署理主席递交“不信任动议”风波,起因是该区部于去年的改选中,杨庆传赢得区部主席一职,但他的团队全部败选,反而是原任主席郑连旺的团队全面掌控主席以外的所有职位

https://www.sinchew.com.my/?p=7717503

#公正党 #停止运作 #居林万拉峇鲁区部 #关闭办事处

Berhati-hatilah apabila dalam talian dan kawal selia anak-anak anda sewaktu mereka berada dalam talian.
24/07/2026

Berhati-hatilah apabila dalam talian dan kawal selia anak-anak anda sewaktu mereka berada dalam talian.

Siasatan terhadap kerugian pelaburan KWAP itu harus dilaksanakan dengan segera dan hasil siasatan itu juga perlu didedah...
24/07/2026

Siasatan terhadap kerugian pelaburan KWAP itu harus dilaksanakan dengan segera dan hasil siasatan itu juga perlu didedahkan kepada umum. Jawatankuasa khas pilihan parlimen yang memantau kementerian dan agensi berkenaan juga perlu memanggil pihak yang terlibat bagi meneliti kes tersebut bagi memastikan penambahbaikan terhadap pengurusan pelaburan dan tatacaranya.

RCI Tabing Haji sememangnya perlu diumumkan kepada orang ramai kerana ianya melibatkan kepentingan umum. Ini bukannya be...
24/07/2026

RCI Tabing Haji sememangnya perlu diumumkan kepada orang ramai kerana ianya melibatkan kepentingan umum. Ini bukannya bertujuan untuk mrmalukan mana-mama pihak, tetapi perlu ada penekanan terhadap kebenaran, ketelusan dan penerimaan hakikat. Mana-mana parti politik tidak dapat menafikan kesilapan yang pernah berlaku dan pihak yang terbabit itu harus menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Address

Kompleks Kulim
Kulim
09000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Kesaksamaan Kecekapan Kemantapan & Dedikasi, Parlimen KBB, Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share