Bomba Zon 3, Kedah

Bomba Zon 3, Kedah Ini adalah merupakan page rasmi bagi Pejabat Zon 3, Kedah yang merangkumi Balai Bomba dan Penyelamat

21/08/2026

Admin tengok ramai yang betul.. ini la jawapan dia.. terima kasih semua.
















KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Kedah Kini

Program Jom Renang Bomba Bersama Komuniti dan Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti di Air (KKAA) Peringkat Zon 3, JBPM ...
29/07/2026

Program Jom Renang Bomba Bersama Komuniti dan Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti di Air (KKAA) Peringkat Zon 3, JBPM Negeri Kedah Tahun 2026 Sempena Hari Pencegahan Kelemasan Sedunia 25 Julai adalah seperti berikut:

Tarikh : 29 Julai 2026 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Kolam Terbuka Hotel Seri Malaysia, Kulim, Kedah
Jumlah penglibatan : 70 orang (peserta, jurulatih dan urus setia)

Program telah dirasmikan oleh Ketua Zon 3, JBPM Negeri Kedah.

Program ini melibatkan penyertaan pelajar sekolah menengah sekitar Daerah Kulim serta pelajar daripada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Pelaksanaannya bertujuan memberi pendedahan asas kemahiran renang serta meningkatkan kesedaran berhubung aspek keselamatan aktiviti di air dan pencegahan lemas dalam kalangan peserta.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah memberikan komitmen dan penglibatan yang amat baik dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Secara keseluruhannya, program telah dilaksanakan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Assalamualaikum dan Salam SejahteraSalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra,Sala...
23/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra,
Salam Malaysia Madani, dan
Salam Kedah Sejahtera Nikmat untuk Semua.

PELAKSANAAN AUDIT SILANG KUALITI SERTA NAZIRAN
ZON 3 KULIM
JURUAUDIT: PgKB II Hafizi

KULIM, 4 MEI 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech hari ini menyertai ribuan wira merah di seluruh negar...
04/05/2026

KULIM, 4 MEI 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech hari ini menyertai ribuan wira merah di seluruh negara bagi menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia (SHAB) peringkat balai dalam suasana penuh istiadat dan semangat setiakawan.

Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu dihadiri oleh barisan pegawai kanan dan anggota daripada pelbagai cawangan serta syif. Kehadiran Penguasa Kanan Bomba II (PgKB II) Mohd Faizal Bin Sulaiman, Ketua Zon 3 Kulim JBPM Negeri Kedah, telah menyemarakkan lagi majlis tersebut.Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan 'Negaraku' dan lagu rasmi jabatan, 'Siap Sedia Setiap Masa', yang melambangkan kesiapsiagaan anggota dalam memikul amanah melindungi nyawa dan harta benda rakyat.

Antara pengisian utama majlis adalah penyampaian Perutusan Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2026 oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dibacakan oleh PgKB II Mohd Faizal. Perutusan tersebut menekankan aspek profesionalisme, integriti, dan pemantapan kualiti perkhidmatan kebombaan selaras dengan cabaran teknologi masa kini.

Sebagai tanda penghormatan kepada jasa anggota yang telah terkorban serta memohon keberkatan dalam tugas, majlis diteruskan dengan pengisian kerohanian di surau balai.

Sesi tersebut merangkumi Solat Hajat, bacaan Yasin, Tahlil, dan doa selamat yang dipimpin oleh pegawai bertugas.Sambutan kali ini mempelihatkan kekemasan anggota dengan pemakaian Uniform No. 2 dan No. 4, mencerminkan disiplin tinggi yang menjadi teras kepada pasukan penyelamat negara.

Ketua Zon Kulim juga turut meluangkan masa menziarahi pesara bomba yang banyak menyumbangkan jasa & tenaga semasa perkhidmatan.




Pertandingan Fire Fighter Challenge Peringkat JBPM Kedah telah diadakan di Taman Jubli Emas , S**a Menanti, Alor Setar K...
24/04/2026

Pertandingan Fire Fighter Challenge Peringkat JBPM Kedah telah diadakan di Taman Jubli Emas , S**a Menanti, Alor Setar

Kerjasama & penglibatan semua anggota yg terpilih dalam mewakili zon amat dihargai.

24/03/2026
NAZIRAN BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN NEGERI KEDAH , ZON 3 KEDAH16 MAC 2026Naziran diketuai oleh : PgKB I Ahmad Murad B...
16/03/2026

NAZIRAN BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN NEGERI KEDAH , ZON 3 KEDAH

16 MAC 2026

Naziran diketuai oleh : PgKB I Ahmad Murad Bin Sa’at
Turut disertai oleh : PgKB II Fadhlul Wafi Bin Keya Nordin, PgKB II Mohd Suhaimi Bin Md Akhir dan PgB Muhamad Nabil Fitri Bin Malek.

Pemeriksaan melibatkan Cawangan Pelan, Perakuan Bomba, MBK dan Perlesenan.

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي رَزَقَنِي هَذَا مِنْ خَيْرٍ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ، اللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِAlhamdu lil...
11/03/2026

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي رَزَقَنِي هَذَا مِنْ خَيْرٍ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ، اللَّهُمَّ بَارِكْ
فِيْهِ
Alhamdu lillaahil ladzii rozaqonii haadzaa min ghoiri haulin minnii wa laa quwwatin. Alloohumma baarik fiihi.

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah, yang telah memberi rezeki kepadaku dengan tidak ada daya dan kekuatan bagiku. Ya Allah, semoga Engkau berkati rezekiku."

Penyelarasan Pertandingan Kadet Bomba Sekolah Negeri Kedah Peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu Tahun 2026 11 Mac 2026  ...
11/03/2026

Penyelarasan Pertandingan Kadet Bomba Sekolah Negeri Kedah Peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu Tahun 2026

11 Mac 2026

Kunjungan Hormat dari Pengarah Kolej Komuniti Kulim Encik Rizal Kasyrno Bin Ghazali serta pengurusan tertinggi Kolej.Sem...
10/03/2026

Kunjungan Hormat dari Pengarah Kolej Komuniti Kulim Encik Rizal Kasyrno Bin Ghazali serta pengurusan tertinggi Kolej.

Semoga kunjungan ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama strategik dan memperkukuh jalinan ukhuwah.

9 Mac 2026

Address

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Zon Kulim
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044033144

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bomba Zon 3, Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bomba Zon 3, Kedah:

Shortcuts

Share