Parti Generasi Kedah

Parti Generasi Kedah Progresif | Inklusif | Sejahtera
Parlimen Belia Malaysia

Platform anak muda Kedah memperjuangkan idea progresif & kepimpinan generasi baharu.

🌙 SALAM SYAWAL 🌙Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami ingin mengucapkanSelamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir ...
20/03/2026

🌙 SALAM SYAWAL 🌙

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
kepada seluruh warga belia, khususnya belia di Negeri Jelapang Padi, Kedah.

Semoga Syawal yang diraikan membawa seribu makna serta dipenuhi kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.

Raikanlah hari kemenangan ini dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran.
Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima dan diberkati oleh-Nya.

Generasi Masa Depan Negara!




Program Belia Rahmah Ramadan ✨Program Belia Rahmah Ramadan anjuran Parti Generasi Rakyat Negeri Kedah dengan kerjasama T...
18/03/2026

Program Belia Rahmah Ramadan ✨

Program Belia Rahmah Ramadan anjuran Parti Generasi Rakyat Negeri Kedah dengan kerjasama Tokba Kopitiam, Kelab Perintis Belia Baling (VANGUARD), Persatuan Pelukis dan Warisan Kraftangan (PEWARIS) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Merbok (PERKAM) telah dilaksanakan dengan penuh semangat kebersamaan dan keprihatinan.

Sebagai sebahagian usaha menyantuni masyarakat, sebanyak 15 buah rumah di sekitar Merbok telah menerima sumbangan pek makanan serta bantuan persediaan menyambut Aidilfitri, bagi meringankan beban dan menceriakan sambutan mereka.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan menjayakan program ini. Komitmen GENERASI Kedah untuk terus turun padang dan berbakti kepada masyarakat khususnya golongan belia akan diteruskan.

Generasi Masa Depan Negara!





SALAM NUZUL AL-QURAN 1447HParti Generasi Rakyat Kedah (Generasi Kedah) mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh u...
07/03/2026

SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H

Parti Generasi Rakyat Kedah (Generasi Kedah) mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam.

Semoga peristiwa Nuzul Al-Quran ini mengingatkan kita untuk terus menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan serta memperkukuh nilai ilmu, akhlak dan perpaduan dalam masyarakat.

Ikhlas daripada:
Parti Generasi Rakyat Kedah (Generasi Kedah)

Program Santuni Ramadan ✨Sebagai sebahagian daripada agenda kebajikan dan tanggungjawab sosial, Parti Generasi Rakyat Ne...
02/03/2026

Program Santuni Ramadan ✨

Sebagai sebahagian daripada agenda kebajikan dan tanggungjawab sosial, Parti Generasi Rakyat Negeri Kedah (GENERASI) telah melaksanakan Program Santuni Ramadan 1447H bersama Pertubuhan Bela Didik Anak Yatim Islam (BEDAYA).

Inisiatif ini memberi fokus kepada usaha menyantuni dan memperkasa golongan yang memerlukan, khususnya anak-anak yatim yang merupakan aset penting masa depan negara. Seramai 22 orang pelajar yang ditempatkan di rumah tersebut disantuni dalam suasana penuh kebersamaan dan nilai kemanusiaan yang menjadi teras bulan Ramadan.

Penghargaan turut dirakamkan kepada YB Dr. Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, Tuan Fadzli Roslan, Lembaga Pengarah Kemajuan Ikan Malaysia serta Dato’ Mohd Hashim, Pengarah Eksekutif GSD Land atas sokongan dan komitmen yang diberikan terhadap pelaksanaan program ini.

GENERASI Kedah komited untuk terus memperluas gerak kerja lapangan serta memperkukuh peranan belia dalam agenda kebajikan dan pembangunan masyarakat, selari dengan aspirasi membentuk generasi yang berdaya tahan, berintegriti dan prihatin.

Generasi Masa Depan Negara!





Perjumpaan strategik bersama GENERASI POLIMAS Kedah telah berjaya dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha memperk...
24/02/2026

Perjumpaan strategik bersama GENERASI POLIMAS Kedah telah berjaya dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh gerakan belia di peringkat institusi pengajian tinggi.

Perjumpaan ini bertujuan memberi bimbingan serta sokongan kepada mahasiswa POLIMAS dalam usaha menubuhkan sebuah Jawatankuasa rasmi, di samping memperincikan kefahaman menyeluruh berhubung falsafah, struktur dan gerak kerja Parti Belia.

GENERASI Kedah menegaskan kepentingan penguasaan prosedur, pematuhan tatakelola parti yang berintegriti serta penglibatan aktif belia di peringkat akar umbi sebagai asas kepada pembinaan kepimpinan masa hadapan yang berwibawa dan berprinsip.

Dalam sesi perbincangan ini, turut diketengahkan hala tuju strategik di peringkat negeri, harapan terhadap peranan mahasiswa sebagai agen perubahan, serta perancangan pelaksanaan program kolaborasi berimpak tinggi antara GENERASI Kedah dan GENERASI POLIMAS bersama komuniti mahasiswa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh mahasiswa POLIMAS atas semangat, keberanian dan iltizam tinggi dalam merealisasikan penubuhan Parti Belia di universiti mereka.

Generasi Masa Depan Negara!





Mari sertai GENERASI! ✊🏻Ayuh daftarkan diri sebagai ahli Parlimen Belia Malaysia melalui sistem e-PBMy dan lengkapkan pe...
23/02/2026

Mari sertai GENERASI! ✊🏻

Ayuh daftarkan diri sebagai ahli Parlimen Belia Malaysia melalui sistem e-PBMy dan lengkapkan pendaftaran keahlian di pautan rasmi Parti Generasi Rakyat.

📍Daftar pengguna (e-PBMy)
🔗: https://www.epbmy.aimaerial.com/login

📍Daftar Keahlian (GENERASI)
🔗: https://linktr.ee/GenerasiMY

Ikuti langkah-langkah pendaftaran yang telah disediakan dengan teliti bagi memastikan proses berjalan lancar.

Imbas kod QR yang tertera pada poster untuk akses pantas dan teruskan pendaftaran anda hari ini.

Generasi Masa Depan Negara!





Address

No. 3 Jln Bukit
Kulim
09000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Generasi Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share