Taman Impian Kunak

Taman Impian Kunak open coming soon

Selain dari Ternakan. TIK juga telah mengeluarkan produk makanan keropok dan kerepek tempatan Sabah. Salah satu keluaran...
23/03/2026

Selain dari Ternakan. TIK juga telah mengeluarkan produk makanan keropok dan kerepek tempatan Sabah. Salah satu keluaran kami ialah Keropok Jejari.

Ternakan Kambing Boer Kg. Madai, Kunak, Sabah.
23/03/2026

Ternakan Kambing Boer Kg. Madai, Kunak, Sabah.

23/03/2026

PEMBEKAL KAMBING BOER SABAH

02/06/2023

open coming soon

Lepas cerai susu, pemakanan anak masuk fasa FATTENING. Perlukan sumber PROTEIN dan TENAGA yg cukup utk pembesaran kearah...
02/02/2023

Lepas cerai susu, pemakanan anak masuk fasa FATTENING.
Perlukan sumber PROTEIN dan TENAGA yg cukup utk pembesaran kearah nak membesar jadi induk atau takai.

Si Ibu p**a mana perlu repair badan, repair dulu.
Akan ada yg terjejas sewaktu fasa breastfeeding. Especially yg anak kembar.
Baik pulih body score dulu baru re-matting kan.
Memang ambik masa sikit.

Bagi calon yg takde problem, lepas cerai susu terus boleh kawin semula.

Malah, pada usia anak 2 bulan, dah boleh masukkan penjantan utk kawin.
Cuma kena jaga takut si penjantan tanduk anak2.
Normal.

Tiap 21 hari, si induk akan datang biang.
Tapi 21 hari pertama selepas melahirkan tak perlu lah paksa dia kawin. Bagi dia fokus kat anak.
Masuklah pada hari 42 seterusnya.
Anak dan induk sama2 dah steady.

Sbb tu amalan BERPANTANG induk yg melahirkan sgt penting.
Serupa je dgn manusia.

Selamat Hari Natal & Tahun Baru 2023
25/12/2022

Selamat Hari Natal & Tahun Baru 2023

"FOKUS"Ada seorang anak yang setiap hari rajin solat ke masjid, lalu suatu hari ia berkata kepada ayahnya, "Ayah mulai h...
07/09/2022

"FOKUS"

Ada seorang anak yang setiap hari rajin solat ke masjid, lalu suatu hari ia berkata kepada ayahnya,
"Ayah mulai hari ini saya tidak mau ke masjid lagi"

"Laaa kenapa?" Tanya si ayah.

"Kerana di masjid saya menemukan orang² yang kelihatan beragama tapi sebenarnya tidak, ada yang sibuk dengan gadgetnya, sementara yang lain membicarakan tentang keburukan orang lain".

Si ayah pun berpikir sejenak dan berkata, "Baiklah kalau begitu, tapi ada satu syarat yang harus kamu lakukan setelah itu terp**ang kepada kamu".

"Apa dia ayah?"

"Ambillah air satu gelas penuh, lalu bawa keliling masjid, ingat jangan sampai ada air yang tumpah".

Si anak pun membawa segelas air mengelilingi masjid dengan hati², hingga tak ada setitis air pun yang jatuh.

Sesampai di rumah sang ayah bertanya, "Bagaimana sudah kamu bawa air itu keliling masjid?",

"Sudah ayah".

"Apakah ada yang tumpah?"

"Tidak".

"Apakah di masjid tadi ada orang yang sibuk dengan gadgetnya?".

"Saya tidak tahu kerana pandangan saya hanya tertumpu pada gelas ini", jawab si anak.

"Apakah di masjid tadi ada orang² yang membicarakan keburukan orang lain?", tanya si ayah lagi.

"Saya pun tidak mendengar kerana saya hanya fokus menjaga air dalam gelas".

Si ayah pun tersenyum lalu berkata, "Begitulah hidup anakku, jika kamu fokus pada tujuan hidupmu, kamu tidak akan ada waktu untuk menilai keburukan orang lain. Jangan sampai kesibukanmu menilai kualiti orang lain membuatmu lupa akan kualiti dirimu".

Marilah kita fokus pada diri sendiri dalam beribadah, bekerja dan untuk terus menjadikan hidup ini positif.

Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.

Alhamdulillah telah terjualan anak kambing jantan
28/07/2022

Alhamdulillah telah terjualan anak kambing jantan

Jangan pandang rendah pada peniaga tepi jalan..Sayang, tuan lawa, belajar tinggi tapi jual ikan masin”Terdengar suara pa...
28/07/2022

Jangan pandang rendah pada peniaga tepi jalan..

Sayang, tuan lawa, belajar tinggi tapi jual ikan masin”
Terdengar suara pakcik-pakcik sembang depan tempat saya berniaga. Sedikit tersentak tapi saya abaikan dan senyum sambil panggil pakcik tu, “ikan masin pakcik, petai pun ade 8 9 keping rm5 sahaja”. Pakcik tu datang dengan senyum sinis, “takde orang nak makan nak, anak anak pakcik semua kerja dekat kl duk opis mana nak makan ikan masin petai semua” saya membalas dengan senyum sambil berkata, “oh kerja kl ye, seronok kan pakcik, anak anak semua kerja kl gaji besar. Takde takde pun 2500 sebulan kompem”. Di puji anaknya senyum sampai ke telinga la. “Anak berniaga ikan masin berapa sangat la nak dapat dengan ekonomi sekarang macam ni.” Saya membalas “tak banyak pakcik, saya berniaga saja saja bosan duduk rumah kurang kurang dapat bagi ummi seratus dua sehari okay lah.” Muka Pakcik yang tadinya senyum sinis berubah kusam, lalu dibalasnya “anak berniaga macam ni dapat bagi duit dekat ummi beratus ratus sehari, pakcik ni anak nak kirim 50 ringgit pun susah sebulan.” Saya membalas kembali “takpa la pakcik, pakcik doakan sahaja anak pakcik diberi rahmat dan dimurahkan rezeki saya yakin, bukan dia taknak kirim mungkin kos sara hidup dibandar jauh lebih tinggi dari kita dikampung”. Saja sy pendekkan perbualan sebab risau air mata ni mengalir, tambah p**a kalau bab mak ayah ni memang saya lemah
Perbualan di atas sy kongsikan bukan niat untuk angkuh dan sebagainya tapi hanya sedikit terguran buat diri sendiri dan sahabat
1. Sekecil mana gaji korang, jangan lupa parents dekat kampung. Hulur walaupun hanya beberapa puluh, itu pun sudah lebih dari cukup buat mereka.
2. Apa pun perniagaan yg sedang dijalankan oleh kawan atau kenalan, kalau taknak beli pun jangan perlekehkan. Korang tak tau bertapa struggle nya dia untuk dapat keyakinan utk berniaga
3. Sentiasa doakan yang baik baik untuk keluarga seislam kita dan saya doakan sesiapa sahaja yang sudi baca bebelan panjang saya ini kaya dan berjaya dunia dan akhirat.
Kredit : Pertanian Satu Perniagaan

HASIL LAUT‼️Kami menjual hasil laut dari Semporna, Sabah.Yang jauh kami boleh kirim melalui jalan darat (Bas) dan yang o...
16/04/2022

HASIL LAUT‼️

Kami menjual hasil laut dari Semporna, Sabah.

Yang jauh kami boleh kirim melalui jalan darat (Bas) dan yang order dari seberang kami akan guna kapal kargo.

Address

TAMAN IMPIAN KUNAK, Kg. Dasar Baru, Madai
Kunak
91207

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taman Impian Kunak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category