30/06/2026
PENGAUDITAN BAUCAR PA.6 EKK DI PDPA KUNAK
Tarikh : 29.06.2026 ( Isnin )
Lokasi : Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA) Kunak.
Perjumpaan pengukuhan tadbir urus
dan kewangan peringkat zon tawau , Bagi memastikan pengurusan organisasi dan sistem penyampaian perkhidmatan sentiasa cemerlang, satu Perjumpaan Pengukuhan Tadbir Urus dan Kewangan Peringkat Zon Tawau telah berjaya diadakan di Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA) Kunak.
Sesi perkongsian ilmu dan penyelarasan ini telah diketuai oleh Ketua Zon Daerah Tawau, Puan Nazatul Shima Binti Abu Zarim, bersama Pembantu Tadbir Kewangan, Puan Risnawaty binti Mohd Yunus. Kehadiran barisan peneraju ini mencerminkan komitmen tinggi jabatan dalam memperkasakan pentadbiran dan pengurusan kewangan agar sentiasa telus di seluruh daerah bawah seliaan Zon Tawau
Perbincangan interaktif mengenai semakan dokumen kewangan dan pentadbiran turut diadakan. Puan Norhaya memberikan penerangan terperinci tentang pengurusan borang serta rekod kewangan, bagi memastikan setiap urusan logistik dan agihan kewangan mematuhi peraturan semasa
Program pengukuhan ini diharapkan dapat membantu seluruh urus setia dan kakitangan Zon Tawau mempraktikkan ilmu yang diperoleh, sekali gus mengurangkan kesilapan pentadbiran dan meningkatkan akauntabiliti dalam menjalankan tugas.
Semoga usaha murni ini dapat memacu kecemerlangan organisasi, sekali gus memastikan Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA) Kunak sentiasa cekap ,bersedia dan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah