Hospital Kunak, Sabah

Hospital Kunak, Sabah Selamat Datang Ke FB Page Rasmi Hospital Kunak. Menyampaikan dan Berkongsi Maklumat Kepada Awam.

“Kesihatan Untuk Semua”

KUNJUNGAN & DERMA DARAH KETUA POLIS DAERAH KUNAKHospital Kunak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima ...
15/08/2026

KUNJUNGAN & DERMA DARAH KETUA POLIS DAERAH KUNAK

Hospital Kunak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDH Supt. Rejali Ak Angong, Ketua Polis Daerah Kunak Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak atas kunjungan beliau ke Unit Perubatan Transfusi, Hospital Kunak pada 13 Ogos 2026 serta kesudian beliau untuk tampil menderma darah.

Kehadiran dan sumbangan beliau amat bermakna dalam menyokong usaha memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi bagi pesakit yang memerlukan.

Semoga contoh yang ditunjukkan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai masyarakat untuk tampil menderma darah. Setiap titisan darah yang disumbangkan mampu menjadi harapan dan menyelamatkan nyawa.

Penghargaan daripada Dr. Mohd Azmy Hamron, Pengarah Hospital Kunak serta seluruh warga kerja Hospital Kunak.

🩸 Derma Darah, Selamatkan Nyawa.
❤️ Setitis Darah, Demi Kemanusiaan.

JEREBU: LINDUNGI DIRI, LINDUNGI KELUARGAJerebu bukan sekadar mengurangkan jarak penglihatan, malah boleh menjejaskan kes...
15/08/2026

JEREBU: LINDUNGI DIRI, LINDUNGI KELUARGA

Jerebu bukan sekadar mengurangkan jarak penglihatan, malah boleh menjejaskan kesihatan terutama kepada golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, ibu hamil serta individu yang mempunyai penyakit pernafasan.

🏥 Hospital Kunak menyeru masyarakat agar:
• Kurangkan aktiviti di luar ketika keadaan jerebu.
• Pakai pelitup muka yang sesuai jika perlu berada di luar.
• Tutup pintu dan tingkap bagi mengurangkan kemasukan asap dan partikel jerebu.
• Elakkan aktiviti fizikal lasak di luar.
• Minum air secukupnya.
• Pantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melalui sumber rasmi.

Jika mengalami sesak nafas, sakit dada, batuk yang teruk atau gejala semakin membimbangkan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan.

Peranan kita bersama ialah menjaga kesihatan diri, melindungi keluarga dan mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.

Bersama kita cegah, bersama kita sihat.
Kesihatan Milik Semua.

💊 CERAMAH KENALI UBAT ANDA TOPIK “STEROID”📢 Unit Farmasi Hospital Kunak telah mengadakan sesi Ceramah Kenali Ubat Anda d...
15/08/2026

💊 CERAMAH KENALI UBAT ANDA
TOPIK “STEROID”

📢 Unit Farmasi Hospital Kunak telah mengadakan sesi Ceramah Kenali Ubat Anda dengan topik “STEROID”.

Program seperti ini diadakan setiap sekali sebulan dan juga sebagai usaha meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan ubat secara selamat dan bertanggungjawab.

👩‍⚕️ Penceramah: PF Cik Nor Wahidah
📅 Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
📍 Tempat: Lobi Menunggu Pesakit JPL

🌿 HARAPAN

Semoga perkongsian ini dapat membantu orang awam memahami bahawa ubat, termasuk steroid, perlu digunakan mengikut nasihat dan arahan profesional kesihatan. Kefahaman yang baik dapat membantu mengelakkan penggunaan yang tidak sesuai serta mengurangkan risiko kesan sampingan.

🤝 PERANAN KITA

Sebagai pengguna ubat, kita memainkan peranan penting dengan:
✅ Mengambil ubat mengikut arahan yang diberikan.
✅ Tidak menggunakan atau berkongsi ubat tanpa nasihat profesional kesihatan.
✅ Mendapatkan penerangan daripada Pegawai Farmasi atau anggota kesihatan jika kurang pasti.
✅ Memaklumkan kepada petugas kesihatan sekiranya mengalami sebarang kesan yang tidak diingini.

💙 Kenali ubat anda. Gunakan dengan bijak. Kesihatan terpelihara.

13/08/2026

Program 10,000 Langkah Hospital Kunak
13 Ogos 2026, Khamis, 4.00 petang

📘 HARI BERTEMU PELANGGAN UNIT SUMBER MANUSIA BERSAMA STAF HOSPITAL KUNAK TAHUN 2026Hospital Kunak melalui Unit Sumber Ma...
13/08/2026

📘 HARI BERTEMU PELANGGAN UNIT SUMBER MANUSIA BERSAMA STAF HOSPITAL KUNAK TAHUN 2026

Hospital Kunak melalui Unit Sumber Manusia telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan pada 12 hingga 13 Ogos 2026 bertemakan “Bersama Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan.”

Program ini memberi ruang kepada warga kerja Hospital Kunak untuk mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada Unit Sumber Manusia, khususnya bagi tujuan semakan Buku Perkhidmatan serta semakan dan pengemaskinian data dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) bagi memastikan maklumat dan rekod perkhidmatan sentiasa tepat, lengkap dan terkini.

Selain itu, program ini turut menjadi platform bagi staf mendapatkan penjelasan dan khidmat nasihat berkaitan urusan perkhidmatan, di samping mengenal pasti serta menyelesaikan sebarang isu berkaitan rekod dan maklumat perkhidmatan.

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Unit Sumber Manusia dalam meningkatkan kecekapan, ketepatan dan kualiti penyampaian perkhidmatan, serta memastikan pengurusan rekod perkhidmatan warga kerja dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, sistematik dan berkesan.

Bersama kita memastikan rekod perkhidmatan tepat, data HRMIS dikemas kini, urusan dipermudah dan kualiti perkhidmatan terus dipertingkatkan.

Syabas dan tahniah kepada Unit Perkhidmatan Sumber Manusia dan seluruh warga kerja Hospital Kunak.







PERANAN & HARAPAN | HARI PENDERMAAN ORGAN SEDUNIA 2026Sempena Hari Pendermaan Organ Sedunia 2026, 13 Ogos, marilah kita ...
13/08/2026

PERANAN & HARAPAN | HARI PENDERMAAN ORGAN SEDUNIA 2026

Sempena Hari Pendermaan Organ Sedunia 2026, 13 Ogos, marilah kita bersama-sama menghayati tema:

“Warisku, Hormati Ikrarku”

Pendermaan organ bukan sekadar satu ikrar, tetapi merupakan tanda kasih, kemanusiaan dan harapan yang mampu memberikan peluang kehidupan baharu kepada mereka yang memerlukan.

Peranan kita bukan hanya sebagai penderma, tetapi juga untuk menyampaikan hasrat kepada keluarga dan waris, agar ikrar yang dibuat dapat dihormati dan dilaksanakan dengan penuh kefahaman.

🫀 Satu ikrar memberi harapan.
🤝 Satu keputusan mampu menyelamatkan kehidupan.

Semoga kesedaran tentang pendermaan organ terus diperkasakan dalam kalangan masyarakat dan lebih ramai tampil sebagai penderma demi masa depan insan yang memerlukan.

Jadilah penderma organ.
Hormati ikrar. Teruskan kehidupan.

🏥 Hospital Kunak
Kementerian Kesihatan Malaysia







📚 KURSUS PEMANTAPAN HRMIS DAN KURSUS PERKHIDMATAN HOSPITAL KUNAKHospital Kunak telah menganjurkan Kursus Pemantapan HRMI...
11/08/2026

📚 KURSUS PEMANTAPAN HRMIS DAN KURSUS PERKHIDMATAN HOSPITAL KUNAK
Hospital Kunak telah menganjurkan Kursus Pemantapan HRMIS dan Kursus Perkhidmatan yang disertai seramai 39 orang peserta daripada kalangan warga kerja Hospital Kunak.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital Kunak, Dr. Mohammad Azmy Hamron.

Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan bahawa HRMIS bukan sekadar sistem ICT, sebaliknya merupakan sebahagian daripada pengurusan perkhidmatan dan tanggungjawab setiap warga kerja.

Setiap anggota perlu memastikan maklumat perkhidmatan sentiasa tepat, lengkap, benar dan dikemas kini.

Beliau turut mengingatkan bahawa integriti, profesionalisme, disiplin dan pematuhan terhadap peraturan merupakan tanggungjawab bersama sebagai penjawat awam.

Setiap urusan berkaitan HRMIS, prestasi, SKT, JD, portfolio dan rekod perkhidmatan perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Dr. Mohammad Azmy Hamron turut menyeru warga kerja agar tidak takut untuk bertanya dan terus belajar.

Tidak tahu boleh belajar, tidak mahir boleh ditingkatkan dan kesilapan perlu diperbaiki. Peluang mengikuti kursus hendaklah dimanfaatkan untuk menambah ilmu dan seterusnya diaplikasikan dalam tugas seharian.

“Kita bukan sekadar hadir bekerja. Kita datang bekerja untuk melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita dengan sebaik-baiknya.”

Semoga kursus ini dapat memperkukuhkan kompetensi warga kerja serta membudayakan integriti dalam tindakan, profesionalisme dalam pekerjaan, disiplin dalam melaksanakan tanggungjawab dan kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan.

Tahniah dan syabas kepada 39 orang peserta, penceramah, fasilitator serta urus setia yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. 👏🏻
Kementerian Kesihatan Malaysia
Hospital Kunak

KUMPULAN MEDIA DAN KOMUNIKASI KORPORAT HOSPITAL KUNAKDalam era komunikasi digital, penyampaian maklumat yang tepat, pant...
08/08/2026

KUMPULAN MEDIA DAN KOMUNIKASI KORPORAT HOSPITAL KUNAK

Dalam era komunikasi digital, penyampaian maklumat yang tepat, pantas dan berintegriti amat penting bagi memastikan masyarakat sentiasa mendapat informasi yang sahih berkaitan perkhidmatan kesihatan.

Kumpulan Media dan Komunikasi Korporat Hospital Kunak berperanan merancang, menghasilkan dan menyampaikan hebahan rasmi hospital melalui pelbagai platform komunikasi.

Selain mempromosikan perkhidmatan dan program kesihatan, kumpulan ini turut mendokumentasikan aktiviti hospital, memperkukuh imej korporat, serta menjadi medium penyampaian maklumat yang berkesan antara Hospital Kunak dan masyarakat.

Dengan komitmen tinggi serta semangat kerja berpasukan, kumpulan ini terus berusaha memastikan setiap maklumat yang disampaikan adalah tepat, profesional dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti.

"Komited Menyampaikan Informasi Tepat, Pantas dan Berintegriti."

Kesihatan Milik Semua.

🚨 KENALI FUNGSI JABATAN KECEMASAN & TRAUMAJabatan Kecemasan dan Trauma bukan sekadar “klinik 24 jam”. Perkhidmatan ini b...
08/08/2026

🚨 KENALI FUNGSI JABATAN KECEMASAN & TRAUMA

Jabatan Kecemasan dan Trauma bukan sekadar “klinik 24 jam”.

Perkhidmatan ini berperanan menguruskan pesakit berdasarkan tahap kecemasan dan keadaan klinikal, bukan semata-mata mengikut turutan ketibaan.

Antara fungsi utama termasuk:

🔴 Triage dan penilaian tahap keterukan
❤️ Resusitasi dan stabilisasi pesakit kritikal
🚑 Perkhidmatan pra-hospital & ambulans
🏥 Rawatan kes akut, trauma dan kecemasan
🔄 Rujukan dan rawatan lanjut mengikut keperluan klinikal.

Justeru, sekiranya anda melihat pesakit lain menerima rawatan terlebih dahulu, ia mungkin kerana tahap kecemasan mereka memerlukan tindakan segera.

Keutamaan bukan berdasarkan siapa datang dahulu — tetapi berdasarkan tahap kecemasan.

Kerjasama dan kefahaman masyarakat amat dihargai bagi memastikan pesakit yang benar-benar memerlukan rawatan segera dapat dibantu tanpa kelewatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia
Hospital Kunak.

“Kesihatan Milik Semua”

📌 Sumber rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia / Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

🇲🇾 KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2026 AYUH KIBARKAN JALUR GEMILANG!Hospital Kunak menyeru seluruh warga hospital dan masya...
07/08/2026

🇲🇾 KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2026
AYUH KIBARKAN JALUR GEMILANG!

Hospital Kunak menyeru seluruh warga hospital dan masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Kempen Kibar Jalur Gemilang 2026.

📅 Tempoh Kempen: 19 Julai hingga 16 September 2026

Pengisian Kempen ;
🇲🇾 Mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, pejabat, premis perniagaan dan kenderaan mengikut tatacara yang betul.

🇲🇾 Menyemarakkan semangat cintakan negara, perpaduan dan jati diri rakyat Malaysia.

🇲🇾 Menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan, kemerdekaan dan identiti negara.

🇲🇾 Menghayati nilai-nilai Malaysia MADANI melalui semangat kebersamaan, hormat-menghormati dan tanggungjawab kepada negara.

🇲🇾 Memastikan Jalur Gemilang yang dikibarkan sentiasa bersih, sempurna dan mematuhi spesifikasi rasmi.

Seruan Pengarah Hospital Kunak agar

"Marilah kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cinta, hormat dan taat setia kepada negara.
Semoga semangat patriotisme terus menyatukan kita dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat. Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan bertanggungjawab."

— Dr. Mohammad Azmy Hamron
Pengarah Hospital Kunak.

"Jalur Gemilang Lambang Kedaulatan Negara, Marilah Kita Kibarkan Dengan Penuh Rasa Bangga."

🇲🇾 Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Address

Hospital Kunak
Kunak
91200

Telephone

+6089894100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Kunak, Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Kunak, Sabah:

Shortcuts

Share