04/08/2026
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani & Salam Sabah Maju Jaya
HEBAHAN AGIHAN BANTUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (SYUKUR) 2026 FASA 2 SECARA TUNAI ATAU CEK DAERAH KUNAK
Dimaklumkan bahawa agihan bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2026 Fasa 2 secara tunai atau cek kepada penerima yang layak akan dilaksanakan pada 10 Ogos 2026 dan 11 Ogos 2026. Penerima Fasa 1 dan Fasa 2 yang belum menuntut boleh menuntut agihan bantuan tersebut pada tarikh yang ditetapkan.
Penerima yang layak boleh membuat tuntutan di cawangan Sabah Credit Corporation (SCC) yang berdekatan seperti yang tertera di dalam Poster Hebahan yang dilampirkan.
Semakan kelayakan boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://syukur.sabah.gov.my
Dikepilkan adalah senarai penerima yang belum menuntut bantuan SYUKUR Fasa 1 dan Fasa 2 bagi Daerah Kunak. Sebarang persoalan berkaitan bantuan SYUKUR boleh terus berhubung dengan MySMJ Profiler Pejabat Daerah Kunak di Pejabat Daerah Kunak.
Sekian, terima kasih.