31/01/2026
31 Januari 2026 | Sabtu
Mesyuarat Agung PERKEP IPD Kunak Sesi 2026 / 2027 telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran ahli-ahli PERKEP yang baik.
Sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai perkara penting telah dibincangkan termasuk pembentangan dan penerimaan Laporan Tahunan, Laporan Kewangan serta perancangan dan hal-hal berkaitan aktiviti PERKEP bagi tempoh seterusnya. Semua agenda telah dibincangkan secara menyeluruh dan keputusan dicapai secara sebulat suara.
Mesyuarat berakhir setelah semua agenda selesai dibentangkan dan dibincangkan, mencerminkan tahap kerjasama, komitmen serta sokongan padu daripada ahli-ahli PERKEP.
YBhg. Puan Pengerusi PERKEP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada AJK PERKEP Sesi 2025/2026 atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh tersebut. Pengerusi PERKEP juga berharap agar semua Ahli Jawatankuasa PERKEP bagi Sesi 2026/2027 yang telah dilantik dapat memberikan komitmen sepenuhnya serta bergiat aktif dalam melaksanakan setiap aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun ini.
PERKEP IPD KUNAK