Felcra Berhad Kawasan Bukit Kepong

Felcra Berhad Kawasan Bukit Kepong page untuk mengemaskini info peserta, lawatan ladang dan info2 berkaitan FELCRA BERHAD

ALHAMDULILLAH...SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR DENGAN KERJASAMA YG BAIK
21/08/2026

ALHAMDULILLAH...SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR DENGAN KERJASAMA YG BAIK

selamat bersara Tuan Pengarah☺️☺️
03/08/2026

selamat bersara Tuan Pengarah☺️☺️

SELAMAT BERSARA, YBrs. ENCIK BUKHARI BIN ABD LATIF

Setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan dirakamkan kepada YBrs. Encik Bukhari bin Abd Latif, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Johor, atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti sepanjang 38 tahun menabur bakti bersama FELCRA Berhad.

Perjalanan kerjaya yang begitu panjang ini telah meninggalkan legasi kepimpinan yang amat bermakna. Setiap ilmu yang dicurahkan, nasihat yang diberikan serta keputusan yang dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan tanggungjawab akan sentiasa menjadi panduan kepada seluruh warga FELCRA Berhad Negeri Johor.

Johor menjadi destinasi terakhir dalam perjalanan kerjaya rasmi beliau, namun nilai kepimpinan, semangat perjuangan dan amanah yang telah ditinggalkan tidak akan berakhir di sini. Segala ilmu serta amanah yang diberikan akan terus digalas dan diteruskan sebaik-baiknya oleh seluruh warga kerja FELCRA Berhad Negeri Johor.

Semoga YBrs. Encik Bukhari bin Abd Latif sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan, dilimpahkan rezeki, ketenangan dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang. Semoga setiap jasa dan kebaikan yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan menjadi amal yang berpanjangan serta memperoleh ganjaran terbaik daripada Allah SWT.

Jasamu dikenang, baktimu dihargai, legasimu kekal menjadi inspirasi.

Selamat bersara dan selamat melangkah ke lembaran kehidupan yang baharu.

Daripada seluruh warga FELCRA Berhad Negeri Johor.






tahniah Dato Ceo FELCRA Berhad
13/07/2026

tahniah Dato Ceo FELCRA Berhad

Setinggi-tinggi Tahniah

FELCRA Berhad merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Mohamed Ismi bin Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad atas penganugerahan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) yang membawa gelaran Dato', sempena Hari Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, pada Isnin, 13 Julai 2026.

Semoga penganugerahan yang membanggakan ini menjadi inspirasi untuk terus memperkukuh kecemerlangan kepimpinan, memacu kemajuan FELCRA Berhad serta menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat.

Sekalung tahniah dan syabas.

12/05/2026

𝐅𝐄𝐋𝐂𝐑𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐁𝟏𝟓, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐖𝐈𝐓 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐄𝐊𝐎𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐁𝐈𝐎𝐅𝐔𝐄𝐋 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

KUALA LUMPUR, 5 Mei 2026 – FELCRA Berhad menyambut baik pengumuman Kerajaan mengenai pelaksanaan biodiesel B15 bermula 1 Jun ini sebagai langkah berperingkat dalam memperkukuh penggunaan sawit negara serta menyokong agenda tenaga yang lebih mampan.

Pengerusi FELCRA Berhad, Dato’ Sri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pelaksanaan biodiesel B15 dilihat sebagai perkembangan positif kepada industri sawit negara, khususnya dalam memperkukuh rantaian nilai komoditi yang memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar dan peserta FELCRA.

“Langkah ini memberi isyarat bahawa sektor sawit terus memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Apabila permintaan terhadap produk sawit diperkukuh secara berperingkat dan terkawal, ia berpotensi memberi impak positif kepada keseluruhan ekosistem industri serta komuniti yang bergantung kepada sektor ini,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan Kerajaan yang melaksanakan B15 secara berfasa juga wajar dilihat sebagai langkah seimbang bagi memastikan kestabilan pasaran, keperluan industri dan kepentingan rakyat terus diberi perhatian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Mohamed Ismi Abdul Majid berkata, walaupun FELCRA tidak terlibat secara langsung dalam pengeluaran biodiesel, FELCRA memainkan peranan penting dalam membekalkan hasil sawit dan bahan mentah berkaitan yang menyokong industri biofuel negara.

“Melalui operasi perladangan dan pemprosesan sawit, FELCRA turut menghasilkan bahan mentah berkaitan seperti POME Oil dan Palm Kernel Shells (PKS). Pensijilan International Sustainability and Carbon Certification (ISCC) bagi produk-produk ini memperkukuh kedudukan FELCRA sebagai pembekal bahan mentah lestari yang mematuhi piawaian antarabangsa, termasuk dalam rantaian bekalan biofuel dan Sustainable Aviation Fuel (SAF),” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa operasi kilang sawit FELCRA menghasilkan produk sampingan dan bahan berkaitan seperti sludge oil, PKS dan POME Oil yang disalurkan kepada pemain industri yang terlibat dalam ekosistem biofuel dan ekonomi kitaran.

Menurut beliau, perkembangan tersebut selari dengan usaha FELCRA dalam memperkukuh pendekatan kelestarian, waste-to-wealth dan pengurangan pelepasan karbon menerusi operasi pemprosesan kelapa sawit.

FELCRA komited untuk terus menyokong agenda pembangunan negara melalui pendekatan yang strategik, mampan dan berpaksikan manfaat kepada masyarakat luar bandar selaras dengan tema sambutan 60 tahun, Membina Masa Depan.

“Dari hasil ladang, untuk manfaat rakyat.”

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi Korporat FELCRA Berhad
Tel: 03-4145 5440

12/05/2026

Setiap institusi ada ukuran pencapaiannya.

Namun bagi FELCRA, kekuatannya bukan hanya pada angka, tetapi pada ketahanan, amanah dan warga yang terus percaya.

Tetapi ada juga institusi yang dibina dengan ketahanan, amanah dan manusia yang tidak pernah berhenti percaya.

Sambutan 60 Tahun FELCRA tempoh hari bukan hanya meraikan sejarah panjang kita. Ia menjadi peringatan bahawa FELCRA pernah melalui fasa yang sukar, namun memilih untuk terus bangkit dan bergerak ke hadapan.

Dalam amanat YBhg. Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub ketika sambutan tersebut, beliau mengingatkan bahawa kekuatan FELCRA lahir daripada keberanian untuk berubah, disiplin menjaga amanah dan kesungguhan membina semula keyakinan.

“Perubahan mesti bermula daripada setiap warga FELCRA.”

Pesanan yang ringkas, tetapi cukup besar maknanya.

Kerana akhirnya, jatuh bangun FELCRA bukan hanya terletak pada bangunan, angka atau jawatan. Ia terletak pada manusia yang terus bekerja, mempertahankan amanah dan percaya bahawa institusi ini masih mempunyai masa depan yang besar untuk rakyat.

60 tahun bukan penamat perjalanan.
Ia adalah amanah untuk dekad yang seterusnya... FELCRA MEMBINA MASA DEPAN.

12/05/2026
MAJLIS JELAJAH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF FELCRA BERHAD BERSAMA WARGA FELCRA BERHAD NEGERI JOHOR
12/05/2026

MAJLIS JELAJAH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF FELCRA BERHAD BERSAMA WARGA FELCRA BERHAD NEGERI JOHOR

🌟 PROGRAM JUALAN JUBLI INTAN FELCRA BERHAD 🌟Sempena sambutan 60 Tahun FELCRA Berhad, anda semua dijemput untuk memeriahk...
20/04/2026

🌟 PROGRAM JUALAN JUBLI INTAN FELCRA BERHAD 🌟

Sempena sambutan 60 Tahun FELCRA Berhad, anda semua dijemput untuk memeriahkan Program Jualan Jubli Intan yang menghimpunkan pelbagai produk usahawan desa berkualiti tinggi serta tawaran menarik khas untuk anda!

📅 Tarikh : 28 – 30 April 2026 (Selasa – Khamis)
⏰ Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Lokasi : Lobi Wisma FELCRA Berhad

✨ Pelbagai tarikan menanti:
✔️ Aneka makanan & minuman menyelerakan
✔️ Produk usahawan desa berkualiti
✔️ Promosi istimewa & harga berpatutan
✔️ Peluang memenangi hadiah menarik

Dengan tema "Produk Desa, Citarasa Dunia”, program ini merupakan platform terbaik untuk menyokong produk tempatan sambil menikmati pengalaman membeli-belah yang unik dan berbaloi.

📣 Jangan lepaskan peluang ini!
Ayuh kita sama-sama memeriahkan sambutan Jubli Intan FELCRA Berhad dan menyokong usahawan desa tempatan.

Felcra Berhad Negeri Johor
Felcra Berhad

TERIMA KASIH MOTAC JOHOR
08/04/2026

TERIMA KASIH MOTAC JOHOR

02/04/2026

🌟 60 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗙𝗘𝗟𝗖𝗥𝗔 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 🌟

Salam kepada semua,

Hari ini kita menyambut Hari Penubuhan FELCRA yang ke-60 — satu perjalanan panjang dalam membina masa depan masyarakat luar bandar.

Seiring dengan tema “𝙈𝙚𝙢𝙗𝙞𝙣𝙖 𝙈𝙖𝙨𝙖 𝘿𝙚𝙥𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙁𝙀𝙇𝘾𝙍𝘼 𝘽𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙”, marilah kita bersama-sama menyemarakkan sambutan ini dengan penuh semangat, kreativiti dan rasa bangga.

FELCRA terus komited dalam:
🎓 Memperkasakan pendidikan generasi masa depan
👨‍👩‍👧‍👦 Memperkukuh kesejahteraan komuniti
🌾 Memacu pembangunan ekonomi luar bandar secara lestari

Ayuh kita sama-sama menjadikan sambutan ini lebih bermakna dan meriah di platform media sosial masing-masing!

Selamat Ulang Tahun ke-60 FELCRA Berhad
Membina Masa Depan, Mencipta Kejayaan Bersama

Ikhlas Daripada: Felcra Berhad Negeri Pahang





Address

Felcra Berhad Kawasan Bukit Kepong
Labis
85300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6079236593

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Berhad Kawasan Bukit Kepong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Felcra Berhad Kawasan Bukit Kepong:

Shortcuts

Share