BALAI BOMBA LABIS

BALAI BOMBA LABIS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BALAI BOMBA LABIS, Fire station, Jalan muar labis, Labis.

02/05/2026

Jom ramai-ramai meriahkan Karnival Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2026!

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan sambutan yang bertemakan 50 Tahun penggabungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 9 dan 10 Mei 2026 bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya pameran aset kebombaan, demonstrasi menyelamat, pameran keselamatan kebakaran serta pelbagai pengisian interaktif yang sesuai untuk seisi keluarga.

Jangan lepaskan peluang untuk mwngetahui dengan lebih lanjut peranan dan pengorbanan anggota bomba dalam memastikan keselamatan masyarakat.

Jumpa anda di sana!






23/04/2026
πŸš’ *TAHNIAH & SYABAS* πŸš’Warga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada:πŸ… PB Mohd ...
23/04/2026

πŸš’ *TAHNIAH & SYABAS* πŸš’

Warga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

πŸ… PB Mohd Hanafi Hossen
πŸ… PB Nazrul Amirulanuar Bin Zolkiflee

atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 sebagai pengiktirafan terhadap prestasi kerja yang cemerlang dan komitmen tinggi dalam perkhidmatan.

Turut diucapkan tahniah kepada:

πŸ‘ PBB Muhamad Hazim Bin Khairudin Shah

atas penerimaan Sijil Perkhidmatan Terpuji Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025 sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan sumbangan yang telah diberikan.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Othman Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dan berintegriti.

πŸš’  TAHNIAH & SYABAS πŸš’Dua  anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat  Labis iaitu PB Hanafi dan PB Alessandro Del Ajok tela...
14/04/2026

πŸš’ TAHNIAH & SYABAS πŸš’

Dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Labis iaitu PB Hanafi dan PB Alessandro Del Ajok telah mewakili Zon 4 Muar dalam acara Fire Obstacle Course (FOC) bagi Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) yang telah berlangsung pada 13 April 2026 bertempat di BBP Air Hitam.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen, disiplin serta semangat tinggi anggota dalam memperkasakan kemahiran kebombaan di peringkat zon.

Tahniah diucapkan kepada anggota yang terlibat atas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama jabatan.

🚨 LAPORAN INSIDEN | KEBAKARAN SAMPAH DALAM LORI SWM πŸš’BBP Labis telah menerima panggilan pada 21 Mac 2026 jam 9.57 pagi m...
24/03/2026

🚨 LAPORAN INSIDEN | KEBAKARAN SAMPAH DALAM LORI SWM πŸš’

BBP Labis telah menerima panggilan pada 21 Mac 2026 jam 9.57 pagi melibatkan kebakaran sampah di dalam kabin lori sampah SWM di Taman Industri Labis.

Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan bahagian kabin belakang lori. Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan hose reel dan aliran hos dari pili bomba. Bagi memudahkan kerja pemadaman, anggota turut menggunakan power saw untuk membuka bahagian kabin yang tertutup.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dengan anggaran kemusnahan 30% dan tidak melibatkan kepala lori. Operasi tamat pada 12.01 tengah hari dan pasukan kembali ke balai dengan selamat.

πŸš’ JBPM – Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra πŸš’

πŸŽ‰ LAWATAN PPON NEGERI JOHOR KE BBP LABIS πŸš’PPON Negeri Johor, Tn. Tarmizi, telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke BBP...
24/03/2026

πŸŽ‰ LAWATAN PPON NEGERI JOHOR KE BBP LABIS πŸš’

PPON Negeri Johor, Tn. Tarmizi, telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke BBP Labis sempena sambutan Aidilfitri.

Antara pengisian lawatan:
βœ… Pemeriksaan kekuatan anggota bertugas
βœ… Sesi ramah mesra bersama anggota
βœ… Pemeriksaan Buku Occurrence
βœ… Pemeriksaan jentera serta susun atur peralatan/loker
βœ… Pandu uji jentera oleh pemandu bertugas

Lawatan ini bertujuan memastikan kesiapsiagaan balai sentiasa berada pada tahap terbaik.

πŸš’ JBPM – Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra πŸš’

.*Assalamualaikum dan Salam Sejahtera**Jenis Insiden:* Kanak kanak terkunci dalam kereta*Bil. Balai : 19/2025*Lite Card:...
16/02/2026

.*Assalamualaikum dan Salam Sejahtera*
*Jenis Insiden:*
Kanak kanak terkunci dalam kereta

*Bil. Balai : 19/2025*
Lite Card:- JBPM26021600305
*PGO :

*Alamat* :- hadapan eco shop labis
LAT. LONG :- 2.38405,10302101

*Hari :* isnin
*Tarikh* :16/02/2026

*Petugas BKB :-
PBB 3283

*Komander Operasi :*
PBK I 11516 nazrul hafizi

*Keanggotaan :* 6 anggota
*Masa Terima* 18:47:00
*Masa Jentera Keluar :* 18:48:00
*Masa Sampai Lokasi :* 18:49:00
*Mula Operasi :* 18:59:00
*Operasi Terkawal :* 18:52:00
*Operasi Tamat :* 18:59:00
*Panggilan Baris* :*19:01:00
*Bertolak Balik Ke Balai* :19:4/02:00
*Sampai Di Balai* : 19:04:00
*Jarak* :- L/k 1km
*halangan:-* 1 trafiklight

*Perihal Kejadian :*
Setibanya pko di lokasi di dapati benar berlaku seorang kanak kanak lelaki melayu berusia l/k 1 setengah tahun telah terkunci di dalam kereta yang enjin masih hidup. Maklumat mangsa. . nama :muhammad ammar bin muhammad haziq
ic:240829010343

*Tindakan Operasi PKO:*
Komander operasi Membuat size up dan konsep RECEO mengarahkan anggota memakai PPE lengkap dan membuat tindakkan membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas sehingga mangsa berjaya di keluarkan.Setelah memastikan kawasan selamat, PKO lapor jentera bersama anggota bertolak balik ke balai.
*SEKIAN UNTUK MAKLUMAN PGO JOHOR*

🚨 LAPORAN INSIDEN | KEBAKARAN LALANG πŸš’BBP Labis telah menerima panggilan pada 4 Februari 2026 jam 2.26 petang melibatkan...
04/02/2026

🚨 LAPORAN INSIDEN | KEBAKARAN LALANG πŸš’

BBP Labis telah menerima panggilan pada 4 Februari 2026 jam 2.26 petang melibatkan kebakaran lalang di Felda Tenang Peringkat 1, Blok 2.

Setibanya di lokasi, didapati kebakaran lalang berkeluasan anggaran Β½ ekar. Operasi pemadaman dijalankan menggunakan 1 aliran hos dari jentera LFRT dengan bekalan air daripada pili bomba berhampiran sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Operasi berjaya dikawal pada jam 2.44 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 3.02 petang sebelum pasukan kembali ke balai dengan selamat.

πŸš’ JBPM – Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra πŸš’

🐝 KHIDMAT KHAS – MUSNAH TABUAN | 2 FEBRUARI 2026 πŸš’BBP telah melaksanakan khidmat khas musnah tabuan di No. 602, Jalan Ce...
02/02/2026

🐝 KHIDMAT KHAS – MUSNAH TABUAN | 2 FEBRUARI 2026 πŸš’

BBP telah melaksanakan khidmat khas musnah tabuan di No. 602, Jalan Cempaka, Felda Redong.

Operasi diketuai oleh PBK II 11516 Nazrul Hafizi bersama 8 orang anggota menggunakan LFRT dan EMRS. Sarang tabuan di atas pokok mangga berjaya dimusnahkan menggunakan peralatan khas dan gas LPG sehingga kawasan disahkan selamat.

Operasi tamat pada jam 9.43 malam dan pasukan kembali ke balai dengan selamat.

πŸš’ JBPM – Sedia Menyelamat πŸš’

LAPORAN INSIDEN | 2 FEBRUARI 2026BBP Labis (Pasukan Bravo) telah menerima panggilan pada jam 1154 melibatkan kebakaran l...
02/02/2026

LAPORAN INSIDEN | 2 FEBRUARI 2026

BBP Labis (Pasukan Bravo) telah menerima panggilan pada jam 1154 melibatkan kebakaran lalang di alamat No. 66 ,Jalan Bunga Tanjung ,Taman labis.

Setibanya di lokasi, didapati berlaku kebakaran lalang berkeluasan L/K 150x15 kaki. Pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan 1aliran 100, 1 nozel air dari pump jentera J1-31 Labis.

Operasi berjaya dikawal pada jam 1159 dan tamat sepenuhnya pada jam 1215 . Setelah memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang, jentera dan anggota kembali ke balai dengan selamat.

β€œJBPM Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra” πŸš’

LAPORAN INSIDEN | 1 JANUARI 2026BBP Labis (pasukan alpah) telah menerima panggilan pada jam 22.01 malam melibatkan kebak...
01/02/2026

LAPORAN INSIDEN | 1 JANUARI 2026

BBP Labis (pasukan alpah) telah menerima panggilan pada jam 22.01 malam melibatkan kebakaran api longgokkan sampah di alamat jalan labis ke felda chemplak barat.

Setibanya di lokasi, didapati berlaku kebakaran loggokkan api sampah. Pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan 1aliran 100, 1 nozel air dari pump jentera J1-31 Labis.

Operasi berjaya dikawal pada jam 22:.25 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 23:06 malam. Setelah memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang, jentera dan anggota kembali ke balai dengan selamat.

β€œJBPM Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra” πŸš’

Address

Jalan Muar Labis
Labis
85300

Telephone

+6079254444

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BALAI BOMBA LABIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category