Majlis Daerah Labis - Rasmi

Majlis Daerah Labis - Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Daerah Labis - Rasmi, Government Organization, Majlis Daerah Labis, Labis.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐’๐„๐†๐€๐Œ๐€๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พIsnin | 31 Ogos 2026๐Ÿ“ Dataran SegamatMajlis Daerah Lab...
01/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐’๐„๐†๐€๐Œ๐€๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Isnin | 31 Ogos 2026
๐Ÿ“ Dataran Segamat

Majlis Daerah Labis telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Kawad Kaki dan Perarakan Aset sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Segamat Tahun 2026.

Penyertaan ini turut membuahkan kejayaan apabila Majlis Daerah Labis berjaya merangkul Johan Pertandingan Sepanduk. ๐Ÿ†๐ŸŽ‰

Majlis sambutan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Fared bin Haji Mohd Khalid, EXCO Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor bagi menyempurnakan perasmian majlis.

Turut hadir bersama Tuan Haji Mohd Ezzuddin bin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat; Encik Mohd Fairul Bin Surian, Yang Dipertua Majlis Daerah Labis, Ketua-Ketua Jabatan, Dif-Dif Jemputan serta masyarakat setempat.

Sambutan yang penuh semangat patriotik ini telah menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai lapisan dalam suasana yang meriah, harmoni dan penuh dengan rasa cintakan tanah air.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Majlis Daerah Labis atas komitmen, kerjasama dan semangat patriotisme yang tinggi dalam menjayakan sambutan ini.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita untuk bersama-sama menjaga keamanan, keharmonian dan kemakmuran negeri serta negara tercinta.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Kebangsaan Ke-69
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜€ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—›๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜.







๐“ข๐“ฎ๐“ด๐“ช๐“ต๐“พ๐“ท๐“ฐ ๐“ฃ๐“ช๐“ฑ๐“ท๐“ฒ๐“ช๐“ฑ & ๐“ข๐“ฎ๐“ต๐“ช๐“ถ๐“ช๐“ฝ ๐““๐“ช๐“ฝ๐“ช๐“ท๐“ฐMajlis Daerah Labis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค...
01/09/2026

๐“ข๐“ฎ๐“ด๐“ช๐“ต๐“พ๐“ท๐“ฐ ๐“ฃ๐“ช๐“ฑ๐“ท๐“ฒ๐“ช๐“ฑ & ๐“ข๐“ฎ๐“ต๐“ช๐“ถ๐“ช๐“ฝ ๐““๐“ช๐“ฝ๐“ช๐“ท๐“ฐ

Majlis Daerah Labis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐‡๐š๐ฌ๐ข๐Ÿ ๐๐ข๐ง ๐€๐ณ๐ฆ๐š๐ง atas pelantikan sebagai ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐‹๐š๐›๐ข๐ฌ.

Semoga pelantikan ini dapat memperkukuh pentadbiran serta memacu Majlis Daerah Labis ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang, cekap dan berkesan.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus sukses dalam menggalas amanah yang diberikan.

Ikhlas daripada:
Mohd Fairul Bin Surian
Yang Dipertua,
Bersama Barisan Ahli Majlis
serta Warga Kerja Majlis Daerah Labis

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜€ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—›๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜.









Ikhlas daripada:
Mohd Fairul Bin Surian
Yang Dipertua,
Bersama Barisan Ahli Majlis
serta Warga Kerja Majlis Daerah Labis

๐“ข๐“ฎ๐“ด๐“ช๐“ต๐“พ๐“ท๐“ฐ ๐“Ÿ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ฑ๐“ช๐“ป๐“ฐ๐“ช๐“ช๐“ท,  ๐“ฃ๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ถ๐“ช ๐“š๐“ช๐“ผ๐“ฒ๐“ฑ  & ๐“ข๐“ฎ๐“ต๐“ช๐“ถ๐“ช๐“ฝ ๐“œ๐“ช๐“ณ๐“พ ๐“™๐“ช๐”‚๐“ช Majlis Daerah Labis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ...
01/09/2026

๐“ข๐“ฎ๐“ด๐“ช๐“ต๐“พ๐“ท๐“ฐ ๐“Ÿ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ฑ๐“ช๐“ป๐“ฐ๐“ช๐“ช๐“ท, ๐“ฃ๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ถ๐“ช ๐“š๐“ช๐“ผ๐“ฒ๐“ฑ & ๐“ข๐“ฎ๐“ต๐“ช๐“ถ๐“ช๐“ฝ ๐“œ๐“ช๐“ณ๐“พ ๐“™๐“ช๐”‚๐“ช

Majlis Daerah Labis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐Š๐ก๐š๐ข๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐…๐š๐ข๐ณ ๐๐ข๐ง ๐Œ๐š๐ฌ๐ก๐จ๐ atas segala jasa, khidmat bakti serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐‹๐š๐›๐ข๐ฌ.

Tahniah atas pertukaran dan pelantikan sebagai ๐๐ž๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก (๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง), ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐†๐š๐ฅ๐ข๐š๐ง ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ.

Semoga terus cemerlang dan sukses dalam melaksanakan amanah di tempat baharu.

Ikhlas daripada:
Mohd Fairul Bin Surian
Yang Dipertua
Bersama Barisan Ahli Majlis
serta Warga Kerja Majlis Daerah Labis

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜€ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—›๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜.






๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐‡๐ˆ๐€๐’๐€๐ ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‹๐€๐๐ˆ๐’ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”9Majlis Daerah Labis den...
01/09/2026

๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐‡๐ˆ๐€๐’๐€๐ ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‹๐€๐๐ˆ๐’ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”9

Majlis Daerah Labis dengan sukacitanya mengumumkan pemenang pertandingan hiasan bangunan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 Tahun 2026.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian. Semangat dan kreativiti yang ditonjolkan telah menyemarakkan lagi suasana bulan kemerdekaan di daerah ini.

๐Ÿ†๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ†







๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ31 OGOS 2026Majlis Daerah Labis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ke...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 OGOS 2026

Majlis Daerah Labis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Kebangsaan merupakan detik bersejarah yang mengingatkan kita tentang perjuangan, pengorbanan dan semangat juang para pejuang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan negara.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuhkan perpaduan, memupuk semangat patriotisme serta terus berganding bahu dalam membina sebuah negara yang aman, maju dan sejahtera.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam kepelbagaian demi Malaysia yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!







 #๐Œ๐ƒ๐‹๐Š๐€๐–๐€๐‹๐’๐„๐‹๐ˆ๐€๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐”๐€๐ ๐‹๐Ž๐Š๐€๐’๐ˆ ๐’๐„๐‹๐„๐๐€๐’ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐€๐†๐€๐Œ๐€๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐€๐‡๐˜๐€๐๐† ๐‡๐€๐๐“๐” ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘๐€๐ ๐Œ...
29/08/2026

#๐Œ๐ƒ๐‹๐Š๐€๐–๐€๐‹๐’๐„๐‹๐ˆ๐€
๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐”๐€๐ ๐‹๐Ž๐Š๐€๐’๐ˆ ๐’๐„๐‹๐„๐๐€๐’ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐€๐†๐€๐Œ๐€๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐€๐‡๐˜๐€๐๐† ๐‡๐€๐๐“๐” ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‹๐€๐๐ˆ๐’

Jumaat | 28 Ogos 2026

Majlis Daerah Labis (MDL) telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa lokasi pembakaran keagamaan sempena Sambutan Bulan Hantu bagi memastikan aktiviti yang dijalankan berada dalam keadaan terkawal serta tidak menjejaskan kebersihan dan kemudahan awam.

๐Ÿ“ Lokasi pemeriksaan:
โ€ข Jalan Yong Peng, Taman Damai Jaya 1
โ€ข Jalan Yong Peng, Taman Damai Jaya 2
โ€ข Jalan Sena, Taman Damai Jaya 2

Majlis Daerah Labis tidak menghalang pelaksanaan upacara keagamaan oleh mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, masyarakat adalah dinasihatkan supaya sentiasa mengambil berat aspek kebersihan, keselamatan dan menjaga harta benda awam sepanjang menjalankan aktiviti tersebut.

Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan kawasan awam sentiasa bersih, selamat dan terpelihara demi kesejahteraan bersama.

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜€ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—›๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜.







Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada ๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐™๐š๐ก๐š๐ซ๐ข ๐๐ข๐ง ๐’๐š๐ซ๐ข๐ฉ ๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐’๐ฉ๐ž๐š๐ค๐ž๐ซ ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐๐ž๐ ...
27/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada
๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐™๐š๐ก๐š๐ซ๐ข ๐๐ข๐ง ๐’๐š๐ซ๐ข๐ฉ
๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐’๐ฉ๐ž๐š๐ค๐ž๐ซ ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐Š๐ž - ๐Ÿ๐Ÿ”

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti serta terus membawa kecemerlangan kepada Negeri Johor.

Ikhlas daripada:
Mohd Fairul Bin Surian, Yang Dipertua,
Dan Setiausaha, Ahli Majlis Serta Seluruh Warga Kerja
Majlis Daerah Labis

 ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—› ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—œ๐—ฆ  ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿด/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKhamis l 27 Ogos  2026 Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Labis telah diadak...
27/08/2026


๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—› ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿด/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Khamis l 27 Ogos 2026

Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Labis telah diadakan di Dewan Taman Wira Labis dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertua MDL, En. Mohd Fairul bin Surian.

Turut hadir Setiausaha MDL, En. Muhamad Khairul Faiz bin Mashod , barisan Ahli Majlis MDL, Ex-Officio, serta Ketua-ketua Bahagian.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam membincangkan hal ehwal pentadbiran, pembangunan dan perkhidmatan untuk kesejahteraan warga Labis.

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜€ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—›๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜.







๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—š๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— 25 OGOS 2026 | SELASAMajlis Daerah Labis (MDL...
26/08/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—š๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— 

25 OGOS 2026 | SELASA

Majlis Daerah Labis (MDL) telah bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Segamat Tahun 1448H/2026M yang diadakan di Masjid Bandar Segamat.

Kontinjen MDL yang disertai seramai 52 orang diketuai oleh Encik Zaid Bin Misran, Jurutera Majlis Daerah Labis, bersama warga kerja MDL.

Program dimulakan dengan perarakan sekitar jam 7.30 pagi yang dipimpin oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Ezzuddin bin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat, bersama ketua-ketua jabatan, Ahli-ahli Yang Berhormat serta kontinjen daripada pelbagai jabatan dan agensi sekitar Daerah Segamat.

Sepanjang perarakan, alunan selawat dan puji-pujian ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW bergema, menghidupkan suasana penuh kecintaan dan penghayatan terhadap sirah serta perjuangan Rasulullah SAW selaras dengan tema โ€œMaju Johor Dihayati, Ummah Diberkati.โ€

Lebih membanggakan, Majlis Daerah Labis telah dinobatkan sebagai pemenang Kategori Kontinjen Teramai dengan penyertaan seramai 52 orang.

Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga MDL yang memberikan komitmen serta bersama-sama menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.







Address

Majlis Daerah Labis
Labis
85300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079251781

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Labis - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Labis - Rasmi:

Shortcuts

Share