PEMUDA UMNO BAHAGIAN LABIS

PEMUDA UMNO BAHAGIAN LABIS SETIAKAWAN, BERANI BERUBAH

24/05/2021

Jgn kita ibarat Guruh berdentum hujan x turun ni..
☺️☺️☺️

Send a message to learn more

21/05/2021
21/05/2021

LOCKDOWN JE LA.. APA TUNGGU LAGI

19/05/2021
19/05/2021

Dulu kena ketawakan.. minum air panas

17/03/2020

COVID-19: CADANGAN TINDAKAN EKONOMI SEGERA

Sudah banyak persoalan tentang apa yang bakal berlaku ke atas nasib pekerja, peniaga kecil dan lain-lain. Bila krisis melanda, hampir semua akan terkesan tapi tak boleh dinafikan golongan berpendapatan rendah paling berisiko terkesan dengan krisis Covid-19 yang sedang melanda negara kita sekarang.

Kerajaan ada pilihan.

Setiap pilihan ada baik dan buruknya, tetapi memilih untuk tidak berbuat apa lebih buruk kesannya. Saya tak bermaksud Kerajaan sekarang tak buat apa-apa tapi bagi saya Kerajaan perlu memperkenal dan melaksana langkah-langkah yang lebih drastik untuk melindungi dan menyokong golongan-golongan yang terkesan dengan krisis ini.

Cadangan saya untuk pertimbangan pihak Kerajaan antaranya adalah:

1. Penangguhan atau morotarium pembayaran semula pinjaman kepada individu dan juga syarikat dan perniagaan yang terjejas dengan syarat sebelum krisis Covid-19 melanda, individu dan perniagaan ini mempunyai rekod pembayaran semula yang baik dan syarikat ini tidak akan membuang pekerja. Morotarium ini mestilah dijamin oleh Kerajaan supaya pinjaman individu dan perniagaan tidak menjadi pinjaman tidak berprestasi atau non-performing loan (NPL) yang akan memberi kesan terhadap sistem perbankan negara.

2. Sekiranya selepas morotarium pembayaran semula pinjaman diberikan, perniagaan dan syarikat masih tidak mampu membayar gaji pekerja, Kerajaan akan memberi bantuan subsidi gaji setinggi 75% daripada gaji pekerja-pekerja dalam syarikat yang terkesan

3. Penangguhan pembayaran cukai pendapatan korporat ke tahun yang akan datang, sekali lagi dengan syarat syarikat-syarikat yang terbabit tidak membuang pekerja

4. Pembayaran tunai secara terus kepada individu-individu yang berisiko tinggi untuk terjerumus ke kancah kemiskinan akibat diberhentikan kerja atau diberi cuti tanpa gaji

Ada banyak lagi pilihan dasar yang boleh dilaksanakan tetapi pointnya adalah langkah-langkah ini mesti bertujuan untuk mengelakkan syarikat dan perniagaan gulung tikar dan mengelakkan pemberhentian pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran dan ketiadaan pendapatan di kalangan pekerja.

Macam mana Kerajaan nak buat?

a) Kerajaan dan rakyat mesti terima kenyataan bahawa defisit Kerajaan akan meningkat. Defisit Kerajaan boleh ditangani dan sebenarnya sangat diperlukan dalam keadaan krisis seperti sekarang. Defisit boleh dikurangkan semula apabila krisis sudah berlalu dan ekonomi kembali pulih. Tiada siapa yang risaukan tentang defisit semasa “zaman perang.” Dalam “peperangan” ini, rakyat hanya risaukan esok ada kerja tak? duit dalam kocek cukup tak nak beli makanan? anak isteri keluarga nak makan apa malam ni?

b) Saya sedar bahawa terdapat kekangan dari segi hasil Kerajaan kerana mengikut undang-undang negara, perbelanjaan mengurus hanya boleh dibiayai melalui hasil Kerajaan dan Kerajaan tidak boleh menggunakan pinjaman untuk membiayai perbelanjaan mengurus. Oleh sebab harga minyak menjunam baru-baru ini, Kerajaan perlu kreatif sekiranya pindaan undang-undang sukar untuk dilaksanakan. Ada pelbagai pilihan dasar yang boleh dipilih, contohnya perbelanjaan di luar jangka, Bank Negara sebagai perangka dasar monetari yang boleh bertindak membantu keadaan ekonomi negara

c) Sekiranya Kerajaan perlu menerbitkan bon atau sukuk untuk membiayai program dan polisi spesifik berkaitan Covid-19, buatlah. KWSP atau Bank Negara sendiri boleh langgan bon dan sukuk tersebut.

Dalam keadaan sekarang terdapat lebihan kapasiti dalam pasaran buruh selepas pekerja terpaksa bercuti tanpa gaji, diberhentikan dan digantung kerja. Sekiranya Kerajaan menyuntik wang ke dalam ekonomi sebenar, risiko untuk berlaku inflasi berlebihan adalah rendah.

Kilang-kilang di China juga sudah mula beroperasi semula, jadi isu rantaian bekalan saya rasa akan kembali pulih dalam masa yang terdekat.

Kerajaan perlu memastikan permintaan dan penggunaan swasta tidak terjejas teruk. Kerajaan perlu memasukkan duit ke dalam kocek rakyat. Subsidi gaji ke, kredit cukai pendapatan ke atau tambahan bantuan tunai terus kepada golongan sasar kesemuanya patut dipertimbangkan.

Cadangan saya di atas tidaklah menyeluruh atau komprehensif. Tetapi saya berharap Kerajaan boleh mempertimbangkannya.

Kita tidak ada masa lagi. Lebih lambat Kerajaan bertindak, lebih lama dan panjang masanya untuk ekonomi rakyat dan negara kita pulih. Buatlah sesuatu sekarang.

*SHAHRIL HAMDAN*
KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

03/07/2018

Secara Rasminya Pejabat Pentadbiran Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Labis ditutup dan tamat tempoh perjanjian. Signboard pun telah diturunkan
HARAP MAKLUM

Jom semua warga muda kita semarakkan semangat sukarelawan dalam masyarakat melalui Johor Future Home 3.0 ini..Hidup Raky...
06/04/2018

Jom semua warga muda kita semarakkan semangat sukarelawan dalam masyarakat melalui Johor Future Home 3.0 ini..

Hidup Rakyat
Kita Pilih Biru

~DENGAN MERDEKA BERSATU HATI~Dibawakan untuk Orang Muda Johor   Parlimen Labis.. Jom kita sama-sama LEPAK di Dewan Yong ...
16/03/2018

~DENGAN MERDEKA BERSATU HATI~

Dibawakan untuk Orang Muda Johor Parlimen Labis.. Jom kita sama-sama LEPAK di Dewan Yong Hock Kiong, Labis pada Hari Sabtu 24 Mac 2018, bermula Jam 9.00 Pagi bagi beradu kehebatan dalam Permaian Games FIFA18 dan Mobile Legends yang buat julung-julung kalinya diadakan di LABIS.

Kita bawakan juga JPJ untuk dekat dihati masyarakat khusunya OMJ Labis, bagi permudah urusan dan selesaikan hal-hal berkaitan kenderaan masing-masing.

Kepada yang belum tukar minyak hitam motosikal, jom datang laju-laju... Minyak Hitam percuma untuk 100 Orang yang terawal...

Tak cukup dengan itu kita ada juga Pameran, Gerai Jualan dan Cabutan Bertuah SIM Kad XOX Data 10 GB kepada mereka yang bertuah mendaftar.

Jom Semua..

29/08/2017
Alhamdulillah.. suara Pemuda UMNO Labis didengari untuk Kerajaan BN yang sentiasa prihatin dan menjaga kepentingan Rakya...
24/07/2017

Alhamdulillah.. suara Pemuda UMNO Labis didengari untuk Kerajaan BN yang sentiasa prihatin dan menjaga kepentingan Rakyat khususnya warga belia..

USUL PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LABIS
PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LABIS 2016

1. Sesungguhnya umum telah mengetahui taraf kehidupan di Malaysia pada hari ini telah meningkat dengan sangat tinggi. Ini dapat dibuktikan dengan kenaikan harga barang, kesulitan medapatkan kerja dan juga peningkatan kos sara hidup yang semakin menyulitkan.

2. Kesan kepada perkara yang bukan sahaja dirasai oleh maszarakat di bandar, malah turut member impak kepada masyarakat luar bandar khususnya di Labis ini. Golongan muda yang terdapat di Labis yang rata-rata bekerja di sektor swasta amat terkesan dengan situasi yang melanda Negara dewasa ini. Ini disebabkan oleh rata-rata pendapatan kasar golongan belia di Labis ini hanyalah berada di paras yang agak rendah iaitu RM 900.00 sebulan.

3. Golongan belia yang tersebut adalah dikalangan mereka yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi menjawat jawatan besar di sektor awam mahupun swasta. Namun ianya bukanlah satu alasan factor untuk mereka tidak memikirkan tentang masa hadapan dan bersedia menghadapi hari tua. Seperti belia-belia di tempat lain, belia di kawasan Labis turut mengimpikan sebuah kehidupan yang sempurna seadanya dengan berkeluarga dan mempunyai rumah sendiri.

4. Namun demiklian, impian mereka tidak mungkin menjadi kenyataan, apabila permohonan golongan belia ini sering kecewa apabila ingin mendapatkan pinjaman. Agensi yang menawarkan pinkaman perumahan kurang yakin dengan pemohon yang bekerja swasta berbanding mereka yang berkerja di sektor awam. Ini ditambah lagi dengan pendapatan kasar yang kecil sekitar RM900 sebulan.

5. Menyedari bahawa golongan muda adalah penentu kelansungan UMNO untuk terus meneraju pentadbiran Negara.

6. Menginsafi bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang dapat menyatukan orang Melayu serta menjaga dan memelihara kebajikan hak-hak orang Melayu di bumi Malaysia ini, perjuangan UMNO yang jelas tiada lain hanya untuk memastikan kesinambungan bangsa terus kekal dan memberkan kehidupan yang sempurna kepada anak bangsa.

7. Meyakini hanya dengan peka dalam menjaga kebajikan rakyat khususnya golongan muda dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti serta efisiensi UMNO mentadbir negara dengan menangkis segala tohmahan yang dilemparkan kepada UMNO dan memastikan UMNO terus menjadi pilihan rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-14 dan pilihanraya-pilihanraya seterusnya,

8. Maka dengan itu, Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Labis menggariskan 3 usul berikut:

i) Mengkaji semula dasar agensi kewangan bagi menetapkan minimum pendapatan bagi mendapatkan pembiyaan perumahan kepada belia di paras yang lebih bersesuaian.
ii) Menyediakan pelan pembiyaan perumahan yang diuruskan oleh kerajaan bagi belia yang gagal mendapatkan pembiayaan dari agensi kewangan swasta.
iii) Mempergiatkan peranan agensi kerajaan, seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perdana Menteri melalui program e-Kasih dan sebagainya dalam membantu golongan belia yang berpendapatan rendah tanpa mengira status kedudukan mahupun pekerjaan.

Akhir kata, salam muafakat Johor, Salam Segamat Selamat dan Salam Takzim dari kami Pergerakan Pemuda UMNO Bahgian Labis. Saya Norul Haszarul Bin Abu Samah (Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Labis bagi pihak Ketua Pergerakan Pemuda dan seluruh saf Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labis mohon Usul ini diterima dan dibahaskan.
Sekian, Wassalam

Address

Taman Labis Indah
Labis
85300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEMUDA UMNO BAHAGIAN LABIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share