Felcra Berhad Pogoh

Felcra Berhad Pogoh Updates on social development, plantation project, event and activities. Building a better tomorrow.

01/08/2026

SELAMAT BERSARA, YBrs. ENCIK BUKHARI BIN ABD LATIF

Setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan dirakamkan kepada YBrs. Encik Bukhari bin Abd Latif, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Johor, atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti sepanjang 38 tahun menabur bakti bersama FELCRA Berhad.

Perjalanan kerjaya yang begitu panjang ini telah meninggalkan legasi kepimpinan yang amat bermakna. Setiap ilmu yang dicurahkan, nasihat yang diberikan serta keputusan yang dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan tanggungjawab akan sentiasa menjadi panduan kepada seluruh warga FELCRA Berhad Negeri Johor.

Johor menjadi destinasi terakhir dalam perjalanan kerjaya rasmi beliau, namun nilai kepimpinan, semangat perjuangan dan amanah yang telah ditinggalkan tidak akan berakhir di sini. Segala ilmu serta amanah yang diberikan akan terus digalas dan diteruskan sebaik-baiknya oleh seluruh warga kerja FELCRA Berhad Negeri Johor.

Semoga YBrs. Encik Bukhari bin Abd Latif sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan, dilimpahkan rezeki, ketenangan dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang. Semoga setiap jasa dan kebaikan yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan menjadi amal yang berpanjangan serta memperoleh ganjaran terbaik daripada Allah SWT.

Jasamu dikenang, baktimu dihargai, legasimu kekal menjadi inspirasi.

Selamat bersara dan selamat melangkah ke lembaran kehidupan yang baharu.

Daripada seluruh warga FELCRA Berhad Negeri Johor.






19/07/2026

Pertandingan Video Sambutan 60 Tahun FELCRA BerhadWARISAN TANAH, ...

13/07/2026

Setinggi-tinggi Tahniah

FELCRA Berhad merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Mohamed Ismi bin Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad atas penganugerahan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) yang membawa gelaran Dato', sempena Hari Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, pada Isnin, 13 Julai 2026.

Semoga penganugerahan yang membanggakan ini menjadi inspirasi untuk terus memperkukuh kecemerlangan kepimpinan, memacu kemajuan FELCRA Berhad serta menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat.

Sekalung tahniah dan syabas.

05/07/2026

Hari yang dinantikan telah tiba.

Terima kasih atas kesabaran, kepercayaan dan sokongan semua peserta serta waris FELCRA sepanjang menanti pengumuman ini.

Semoga Agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 1/2026 membawa manfaat kepada para peserta dan menjadi hasil daripada usaha serta prestasi projek yang telah dibangunkan bersama.

Terus ikuti saluran rasmi FELCRA Berhad untuk perkembangan terkini.

02/07/2026

Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK), Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ingin berkongsi tentang “HORMONE D.O.S.E”.

Maklumat ini dikongsikan bersama adalah untuk memberi pendedahan kepada warga FELCRA Berhad mengenai EMPAT HORMON BAHAGIA yang mempengaruhi kesejahteraan emosi dan mental manusia, iaitu:

• Dopamine – hormon yang berkaitan dengan motivasi, pencapaian matlamat dan rasa kepuasan diri
• Oxytocin – hormon yang meningkatkan rasa kasih sayang, kepercayaan dan hubungan sosial
• Serotonin – hormon yang membantu mengawal mood, memberikan ketenangan serta kestabilan emosi
• Endorphin – hormon yang berfungsi mengurangkan stres dan meningkatkan rasa gembira serta keselesaan
Secara keseluruhannya, keseimbangan hormon-hormon ini sangat penting dalam membantu staf Warga FELCRA Berhad:
• mengurus tekanan kerja dengan lebih baik
• meningkatkan fokus dan produktiviti
• memperbaiki hubungan interpersonal di tempat kerja
• serta mengekalkan kesejahteraan mental secara menyeluruh

Perkongsian ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan kesedaran warga FELCRA Berhad tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dalam kehidupan harian dan persekitaran kerja.

Semoga ianya memberi seribu satu manfaat kepada warga FELCRA Berhad.

01/07/2026
31/05/2026

Selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh warga beragama Buddha, khususnya kepada kakitangan, rakan niaga, dan pelanggan yang kami hormati.

Hari Wesak merupakan satu perayaan penting bagi penganut agama Buddha yang memperingati kelahiran, pencerahan dan kemangkatan Siddhartha Gautama, Buddha. Ia adalah detik penuh makna yang mengajak kita semua merenung nilai-nilai sejagat seperti kasih sayang, kedamaian, kesederhanaan dan kebijaksanaan.

Semoga sambutan Hari Wesak kali ini membawa ketenangan, keharmonian dan kesejahteraan kepada anda dan keluarga. Kami di FELCRA Berhad komited untuk terus menyemai nilai-nilai toleransi, perpaduan dan saling hormat-menghormati dalam kalangan semua lapisan masyarakat.

Selamat Hari Wesak.

31/05/2026

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔, 𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Daulat Tuanku

Sembah Takzim Daripada

Pengerusi & Lembaga Pengarah,
Ketua Pegawai Eksekutif & Pengurusan Tertinggi,
Warga Kerja, Peserta & Pesara FELCRA Berhad.

Address

Jalan Melor, Felcra Bukit Kepong
Labis

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+6079237003

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Berhad Pogoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Felcra Berhad Pogoh:

Shortcuts

Share