Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis

Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis Sebuah Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam urusan Pentadbiran Tanah Daerah Kecil Labis.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€Setinggi-tinggi penghargaan dan Selamat Bersara diucapkan kepada En Mat Taib bin Abd Rani atas segala jas...
14/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€

Setinggi-tinggi penghargaan dan Selamat Bersara diucapkan kepada En Mat Taib bin Abd Rani atas segala jasa, bakti dan khidmat cemerlang yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pembantu Khidmat Am H1 selama 31 Tahun 1 Bulan 2 Hari.

Selamat menempuh lembaran baru dalam kehidupan. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta kesejahteraan bersama keluarga tercinta.

Tulus ikhlas daripada Tuan Haji Mohd Faiz bin Haji Azman, Penolong Pentadbir Tanah serta seluruh warga kerja Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis.

"Jasa Dikenang, Bakti Disanjung"

Selamat Bersara diucapkan kepada YBhg. Encik Abdul Malik Haji Ismail, Pengarah Urusan PIJ Holdings Sdn Bhd yang telah be...
12/08/2026

Selamat Bersara diucapkan kepada YBhg. Encik Abdul Malik Haji Ismail, Pengarah Urusan PIJ Holdings Sdn Bhd yang telah bersara wajib pada 12 Ogos 2026. Ribuan terima kasih diucapkan atas khidmat bakti sebagai Mantan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Labis pada 01 Mac 2006 sehingga 15 Januari 2008 serta sumbangan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan dalam perkhidmatan awam Negeri Johor.
Semoga YBhg. Encik Abdul Malik Haji Ismail terus dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan di samping keluarga tercinta.

22/07/2026

Hari Hol Johor merupakan hari bagi mengenang dan memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang telah banyak berjasa dalam memacu pembangunan serta kemajuan Negeri Johor sepanjang pemerintahan Baginda, sekali gus menjadi lambang penghormatan rakyat Johor terhadap legasi kepimpinan dan sumbangan besar Almarhum kepada negeri serta Bangsa Johor.

Marilah kita menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah dan mendoakan agar roh Almarhum Sultan Iskandar ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, diampunkan segala dosa serta dikurniakan rahmat dan keampunan oleh Allah SWT.

Al-Fatihah.






๐๐”๐’๐€๐“ ๐๐„๐๐‰๐”๐Œ๐‹๐€๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐”๐๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐”๐ ๐.๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐“๐„๐๐€๐๐†๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐”๐Œ๐”๐Œ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ”11 Julai 2026 | 25 Muharam 1448H |...
15/07/2026

๐๐”๐’๐€๐“ ๐๐„๐๐‰๐”๐Œ๐‹๐€๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐”๐๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐”๐ ๐.๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐“๐„๐๐€๐๐†
๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐”๐Œ๐”๐Œ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ”

11 Julai 2026 | 25 Muharam 1448H | Sabtu

Setelah proses pengundian di kesemua pusat mengundi DUN N.05 Tenang selesai, tumpuan beralih ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis yang menjadi Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor Ke-16.

Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Faiz bin Haji Azman, Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis merangkap Pegawai Pengurus (RO) DUN N.05 Tenang, telah mempengerusikan proses penjumlahan rasmi undi sebelum mengumumkan serta mengisytiharkan keputusan rasmi pilihan raya bagi DUN N.05 Tenang mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Keputusan rasmi bagi DUN N.05 Tenang adalah seperti berikut :

โ– Siti Aisyah Binti Zobir - Parti Bebas : 164 undi
โ– Cikgu Mala - Perikatan Nasional (PN) : 1,412 undi
โ– Elia Nadira - Pakatan Harapan (PH) : 4,805 undi
โ– Mohd Azahar (Tok Ai) - Barisan Nasional (BN) : 8,199 undi

Majoriti : 3,394 undi. Mohd Azahar (Tok Ai) daripada Barisan Nasional (BN) telah diisytiharkan sebagai calon yang berjaya dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri (ADUN) N.05 Tenang

Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dalam suasana yang aman dan harmoni.


๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐‰๐€๐”๐€๐ ๐Š๐„ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐†๐”๐๐ƒ๐ˆ ๐.๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐ƒ๐”๐ ๐“๐„๐๐€๐๐† ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐”๐Œ๐”๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ”Yang Berbahagia ...
12/07/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐‰๐€๐”๐€๐ ๐Š๐„ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐†๐”๐๐ƒ๐ˆ ๐.๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐ƒ๐”๐ ๐“๐„๐๐€๐๐† ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐”๐Œ๐”๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ”

Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Faiz bin Haji Azman, Penolong Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis selaku Pegawai Pengurus N.05 DUN Tenang, telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke beberapa Pusat Mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 di kawasan DUN N.05 Tenang, Parlimen Labis.

Para pengundi tetap hadir menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dengan penuh komitmen walaupun dalam keadaan hujan lebat. Antara Pusat Mengundi yang dilawati ialah Sekolah Agama Felda Chemplak Barat, Sekolah Kebangsaan Felda Chemplak, Sekolah Kebangsaan Tenang Stesen dan Dewan Serbaguna Ladang North Labis yang merupakan sebahagian daripada lokasi Pusat Mengundi Dun Tenang.

Proses pengundian berlangsung dengan lancar dan teratur hasil kerjasama dan komitmen penuh semua petugas pilihan raya , agensi-agensi yang terlibat serta pihak keselamatan dalam memelihara keharmonian sepanjang proses pengundian ini. Syabas dan terima kasih diucapkan.


๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’ ๐.๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐ƒ๐”๐ ๐“๐„๐๐€๐๐† ๐Š๐„ ๐‹๐Ž๐Š๐€๐’๐ˆ ๐”๐๐ƒ๐ˆ ๐€๐–๐€๐‹ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐”๐Œ๐”๐Œ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ”7 Julai 2026 | 21...
08/07/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’ ๐.๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐ƒ๐”๐ ๐“๐„๐๐€๐๐† ๐Š๐„ ๐‹๐Ž๐Š๐€๐’๐ˆ ๐”๐๐ƒ๐ˆ ๐€๐–๐€๐‹ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐”๐Œ๐”๐Œ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ”

7 Julai 2026 | 21 Muharam 1448H | Sabtu
Balai Polis Tenang

Tuan Haji Mohd Faiz Bin Haji Azman, Pegawai Pengurus N.05 DUN Tenang telah mengadakan lawatan ke lokasi Undi Awal sempena Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor Ke-16 bagi meninjau persiapan serta kelancaran proses pengundian.

Lawatan tersebut melibatkan Pusat Pengundian Awal bertempat di Bilik Taklimat, Balai Polis Tenang. Lawatan ini bertujuan memastikan segala proses pengundian berada pada tahap terbaik serta proses pengundian awal dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR).

Turut hadir ialah petugas-petugas pilihan raya , wakil agensi keselamatan serta pegawai-pegawai yang terlibat dalam pengurusan pilihan raya.

Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis komited untuk memastikan urusan pilihan raya di N.05 DUN Tenang berjalan dengan telus, teratur dan berintegriti demi menjamin kelancaran proses demokrasi.


PEMAKLUMAN LOKASI PENERIMAAN UNDI POS DUN N.05 TENANG
30/06/2026

PEMAKLUMAN LOKASI PENERIMAAN UNDI POS DUN N.05 TENANG

๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐’๐„๐‘๐๐€๐†๐”๐๐€ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‹๐€๐๐ˆ๐’ (๐Œ๐ƒ๐‹)27 Jun 2026 | 11 Muharam 1448H | SabtuHARI PENAMAAN CALON N.05 DUN TENANGProses...
28/06/2026

๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐’๐„๐‘๐๐€๐†๐”๐๐€ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‹๐€๐๐ˆ๐’ (๐Œ๐ƒ๐‹)

27 Jun 2026 | 11 Muharam 1448H | Sabtu

HARI PENAMAAN CALON N.05 DUN TENANG

Proses Penamaan Calon bagi Pilihanraya Umum Dewan Negeri Johor Ke-16 DUN N.05 Tenang telah berlangsung dengan lancar bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis (MDL).

Senarai calon yang bertanding telah di umumkan pada jam 10.34 pagi oleh Tuan Haji Mohd Faiz bin Haji Azman, Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis merangkap Pegawai Pengurus (RO) DUN N.05 Tenang.

Calon-calon yang bertanding bagi DUN N.05 Tenang adalah seperti berikut :

๐—ฆ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—”๐—ถ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—ญ๐—ผ๐—ฏ๐—ถ๐—ฟ - ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜€
๐—–๐—ถ๐—ธ๐—ด๐˜‚ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ - ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น (๐—ฃ๐—ก)
๐—˜๐—น๐—ถ๐—ฎ ๐—ก๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ - ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป (๐—ฃ๐—›)
๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—”๐˜‡๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ (๐—ง๐—ผ๐—ธ ๐—”๐—ถ) - ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น (๐—•๐—ก)..............................................

Tuan Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis selaku Pegawai Pengurus mengucapkan semoga proses kempen pilihan raya ini dapat berlangsung dengan aman, tertib dan lancar.

Terima kasih diucapkan kepada kepada Wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, petugas, agensi terlibat dan pihak keselamatan atas komitmen dalam memastikan kelancaran proses penamaan calon.


๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐”๐Œ๐”๐Œ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ” ๐.๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐“๐„๐๐€๐๐†Dimaklumkan bahawa urusan berkaitan Pembelian Bora...
22/06/2026

๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐”๐Œ๐”๐Œ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ” ๐.๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐“๐„๐๐€๐๐†

Dimaklumkan bahawa urusan berkaitan Pembelian Borang Pencalonan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor DUN N.05 Tenang akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut.

Sila pastikan semua dokumen berkaitan dibawa bersama semasa hadir ke lokasi urusan.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak urusetia di talian Aplikasi Whatsapp 07-925 1771

Address

Labis
85300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:30 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6079251771

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis:

Shortcuts

Share