13/08/2026
๐ฅ 13 WAKIL JPN WP LABUAN, SATU SEMANGAT! ๐ฅ
Dari Labuan menuju Pulau Pinang! ๐ช๐
Labuan, 10 Ogos 2026 โ Sesi flag-off oleh Pengarah JPN Wilayah Persekutuan Labuan kepada kontinjen seramai 13 orang wakil JPN WP Labuan yang akan menyertai Simposium Kecergasan dan Kesihatan Jabatan Pendaftaran Negara 2026 di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 14 hingga 16 Ogos 2026.
Edisi kali ini, kontinjen JPN WP Labuan akan menyertai tiga acara iaitu Futsal, Tenpin Boling dan Larian 6KM Berpasukan.
Dalam amanatnya, Pengarah JPN Wilayah Persekutuan Labuan berpesan agar semua peserta bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan disiplin, di samping sentiasa menjaga nama baik Jabatan Pendaftaran Negara.
Bukan sekadar bertanding, tetapi membawa nama JPN WP Labuan! ๐ช๐ฅ
Ayuh kita doakan kejayaan buat kontinjen JPN WP Labuan. Semoga segala usaha dipermudahkan dan membuahkan hasil yang membanggakan.
Selamat bertanding dan semoga berjaya! ๐๐ฅ