Rancangan Pemajuan Labuan 2040

Rancangan Pemajuan Labuan 2040 Menjalankan kajian Rancangan Pemajuan Labuan 2040

SESI LIBAT URUS AGENSI KERAJAAN BAGI PENYEDIAAN  DRAF RANCANGAN TEMPATAN LABUAN 2040Tarikh: 29-30 Julai 2025Tempat: Bili...
31/07/2025

SESI LIBAT URUS AGENSI KERAJAAN BAGI PENYEDIAAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN LABUAN 2040
Tarikh: 29-30 Julai 2025
Tempat: Bilik Mesyuarat Cemerlang Wisma Perbadanan Labuan, WP Labuan.

Perbadanan Labuan telah menjemput 30 agensi berkaitan ke sesi FGD dan antara yang hadir adalah seperti Jabatan Wilayah Persekutuan, Pejabat Tanah Galian WP Labuan, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pendidikan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Lanskap Negara serta beberapa agensi yang berkaitan.

Sesi libat urus ini dikendalikan bersama antara Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan Perbadanan Labuan dengan Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia bagi memuktamadkan Draf Akhir laporan Rancangan Tempatan Labuan 2040 setelah Rancangan Struktur Labuan 2040 diwartakan pada 18 April 2025 yang lalu.

Sesi ini bertujuan mendapatkan maklumbalas tambahan berkenaan cadangan pembangunan agensi yang sedang dirancang supaya diambilkira seterusnya didokumenkan melalui rancangan pemajuan ini. Apabila dokumen ini diperaku untuk tujuan publisiti, ianya akan dipamerkan kepada orang ramai bagi membolehkan warga Labuan membuat cadangan dan bantahan ke atas pelan yang disediakan.

Rancangan Tempatan Labuan dijangka akan diwartakan pada awal Tahun 2026 setelah semua peringkat penyediaannya memenuhi keperluan perundangan iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang telah dipanjangkan ke WP Labuan pada Tahun 2011.

13 Mei 2024 - Sesi Pendengaran Awam Publisiti Draf Rancangan Struktur Labuan 2040 di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Siasat...
13/05/2024

13 Mei 2024 - Sesi Pendengaran Awam Publisiti Draf Rancangan Struktur Labuan 2040 di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Awam yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk Ramlee bin Yatim (Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Wilayah Persekutuan). Sesi pendengaran diadakan di Aras 11 Menara Perbadanan Labuan.

18 Februari 2024 - Pemeran Draf Rancangan Struktur Labuan 2040 (DRSL) semasa program Paint by Numbers sempena Sambutan H...
22/02/2024

18 Februari 2024 - Pemeran Draf Rancangan Struktur Labuan 2040 (DRSL) semasa program Paint by Numbers sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Kompleks Sukan Laut Labuan. Pameran turut dikunjungi oleh YB Menteri (Wilayah), Dr. Zaliha Mustafa. Dalam Kunjungan tersebut YB Menteri turut mengesyorkan agar tempoh publisiti yang berakhir pada 29 Februari 2024 dilanjutkan bagi membolehkan lebih banyak maklumbalas orang awam diterima ke atas DRSL ini. Program Publisiti ini telah dilancarkan oleh YB Menteri sendiri pada 13 Januari 2024 lalu.

22 Januari 2024 - Program Outreach / Libat urus sempena Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Labuan 204...
22/01/2024

22 Januari 2024 - Program Outreach / Libat urus sempena Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Labuan 2040 bermula 13 Januari sehingga 29 Februari 2024. Majlis yang dihadiri seramai 74 orang pemimpin masyarakat ini turut mengandungi sesi taklimat mengenai dokumen dan penerangan bahan pameran yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan En. Mursidin bin Ismail. Terima kasih semua pemimpin masyarakat yang hadir khususnya Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk WP. Labuan En. S. Roslee bin Matusin, semua pengerusi Sub Zon serta Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (Ketua Kampung).

16/01/2024

Warga Labuan dijemput datang ke Pameran Awam Rancangan Struktur Labuan 2040 yang bertempat di Aras 1 Blok B Wisma Perbadanan Labuan!

BAHAN PAMERAN PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN STRUKTUR LABUAN 2040
14/01/2024

BAHAN PAMERAN PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN STRUKTUR LABUAN 2040

28/05/2022

Address

Labuan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rancangan Pemajuan Labuan 2040 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share