Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia WP Labuan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia WP Labuan SPRM tidak akan bertanggungjawab terhadap segala perkongsian atau komen/pendapat oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Segala risiko perbuatan tersebut menjadi tanggungjawab pemilik akaun atau mana-mana pihak itu sendiri.

14/08/2026
PROGRAM PENDIDIKAN ANTIRASUAH BERSAMA KEY COMMUNICATOR: MEMBINA BUDAYA ANTIRASUAH BERTERASKAN NILAI DAN AGAMALabuan, 13 ...
13/08/2026

PROGRAM PENDIDIKAN ANTIRASUAH BERSAMA KEY COMMUNICATOR: MEMBINA BUDAYA ANTIRASUAH BERTERASKAN NILAI DAN AGAMA

Labuan, 13 Ogos 2026 – SPRM Labuan telah menganjurkan Program Pendidikan Antirasuah Bersama Key Communicator di Dewan Nur, Jabatan Kebajikan Labuan, yang dihadiri seramai 50 orang peserta daripada komuniti Labuan. Program menampilkan tiga orang panel iaitu Tuan Haji Muhammad Tahir bin Juan, Penceramah Bebas; Pastor Alamsyah Istiyantho Levinus, mewakili komuniti Kristian; dan En. Subramaniam A/L Muniandy, Pemegang Amanah Kuil Thirumurugan Labuan, mewakili agama Hindu. Forum bertajuk "Integriti Merentas Agama: Menangani Rasuah Melalui Nilai dan Kepercayaan" dikendalikan oleh Psk Augustine S Manson@David, Timbalan Pengarah SPRM Labuan.

Program ini dirasmikan oleh PPj Muhammad Azis bin Malmod, Pengarah SPRM Labuan. Dalam ucapan perasmian beliau menegaskan bahawa usaha membanteras rasuah bukanlah tanggungjawab agensi penguatkuasaan semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibatan dan komitmen semua pihak melalui penghayatan nilai murni, amanah dan integriti dalam kehidupan seharian.

Perkongsian panel turut menonjolkan bahawa walaupun terdapat perbezaan agama dan kepercayaan, terdapat nilai bersama dalam menolak rasuah, antaranya kejujuran, amanah, tanggungjawab, kawalan diri dan kesedaran terhadap akibat setiap perbuatan.

Forum ini memberi pendedahan kepada peserta bahawa isu rasuah perlu dilihat bukan sahaja dari sudut perundangan dan penguatkuasaan, tetapi turut melibatkan pembentukan akhlak, nilai kemanusiaan dan jati diri. Secara keseluruhannya, program berjaya menyampaikan mesej bahawa pembanterasan rasuah memerlukan komitmen bersama tanpa mengira latar belakang agama dan kepercayaan, dengan menjadikan integriti sebagai pegangan dalam kehidupan individu, organisasi dan masyarakat.



SPRM Perkukuh Kerjasama Strategik Menerusi Program Dares@Komuniti di LabuanLabuan, 8 Ogos 2026 – Suruhanjaya Pencegahan ...
08/08/2026

SPRM Perkukuh Kerjasama Strategik Menerusi Program Dares@Komuniti di Labuan

Labuan, 8 Ogos 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebagai salah sebuah rakan strategik Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Labuan, telah hadir sebagai salah sebuah pempamer dalam Program Dialog Aman, Responsif dan Empati Sosial: Dares@Komuniti yang berlangsung di ADTEC, JTM Kampus W.P. Labuan.

Program ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara.

Penyertaan SPRM dalam program ini merupakan salah satu medium strategik bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan membudayakan integriti dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia turut mengetengahkan mesej utama bahawa rasuah bukan sekadar isu jenayah, malah turut memberi impak yang mendalam terhadap nilai kemanusiaan, kepercayaan awam, dan kesejahteraan sosial masyarakat.

Menerusi penglibatan ini, SPRM dapat memperluaskan lagi penyampaian mesej pencegahan rasuah kepada khalayak yang lebih luas, di samping mengukuhkan lagi kerjasama strategik antara SPRM, masyarakat setempat, dan agensi-agensi kerajaan yang turut hadir. Usaha kolaboratif seumpama ini penting dalam membentuk sebuah komuniti yang berintegriti, responsif, prihatin, serta berani menolak budaya rasuah.

Turut hadir pada majlis ini ialah YBrs. Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, dan YBrs. Tuan Norzahiruddin Amin bin Husin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.





SPRM KONGSI KEPAKARAN SIASATAN KEWANGAN DI 2ND LABUAN INTERNATIONAL COMPLIANCE CONFERENCE (LICC) 2026Labuan, 4 Ogos — Su...
05/08/2026

SPRM KONGSI KEPAKARAN SIASATAN KEWANGAN DI 2ND LABUAN INTERNATIONAL COMPLIANCE CONFERENCE (LICC) 2026

Labuan, 4 Ogos — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) WP Labuan telah mengambil bahagian sebagai salah sebuah agensi pembentang dalam 2nd Labuan International Compliance Conference (LICC) 2026 yang berlangsung di Bilik Seminar Raflessia, Financial Park Labuan, bertemakan "Due Diligence and Compliance: Navigating Global Uncertainty".

Mewakili SPRM, Puan Noor Syazana binti Kamin, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM WP Labuan, telah membentangkan kertas kerja bertajuk "Following the Money: From Compliance to Asset Recovery (Practical Case Studies in AML Investigations)", yang mengupas hubungan praktikal antara fungsi pematuhan institusi kewangan dengan proses siasatan dan pemulihan aset di bawah rangka kerja Anti-Pengubahan Wang Haram (AML).

Penyertaan SPRM dalam LICC 2026 ini selaras dengan usaha SPRM meningkatkan pembangunan profesional dan usaha kolektif bagi memperkukuh integriti, akauntabiliti dan daya tahan dalam sektor perkhidmatan kewangan di Labuan.

Hadir dalam persidangan ini pegawai-pegawai pematuhan institusi kewangan Labuan International Business and Financial Centre seramai lebih kurang 200 orang peserta.





29/07/2026

Address

Labuan
87000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6087421992

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia WP Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share