UPS TLDM TIMUR

UPS TLDM TIMUR WELCOME TO THE OFFICIAL PAGE OF UPST

19/04/2026
Warga Labuan memang PADUUUU!!!!
19/04/2026

Warga Labuan memang PADUUUU!!!!

๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—œ๐—ž!

Program Lawatan Kapal TLDM di Labuan telah melabuhkan tirai dengan sambutan yang menggalakkan sepanjang penganjuran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Labuan atas sokongan padu, semangat kebersamaan serta kenangan manis yang telah dikongsi bersama kami. Kehadiran anda menjadi pemangkin kepada kejayaan penganjuran secara keseluruhan.

Insya-Allah, kita akan bertemu lagi pada masa akan datang dengan lebih banyak pengisian menarik dan pengalaman yang lebih bermakna.

๐—๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ, ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ป! โš“

Kementerian Pertahanan Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Laut Diraja Malaysia
Jabatan Penerangan Sabah
Jabatan Penerangan WP Labuan
BERITA RTM SABAH
Perbadanan Labuan

Jom ramai-ramai memeriahkannya
16/04/2026

Jom ramai-ramai memeriahkannya

13/04/2026

๐—•๐—”๐—› ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—”๐—ก & ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—”!

๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—” !

Jangan lupa datang meriahkan Lawatan Kapal TLDM di:

๐Ÿ“… 18 & 19 April 2026
โฐ 8.00 pagi โ€“ 6.00 petang
โœ…Pelabuhan Victoria, WP Labuan

Boleh naik kapal tentera laut, jalan-jalan tengok dalam kapal, ambil gambar sama crew, sambil enjoy:

โ€ข Restoran terapung ๐Ÿฝ๏ธ
โ€ข Pameran kerjaya TLDM ๐Ÿšข
โ€ข Jualan Navy merchandise ๐Ÿ›๏ธ

Bawa kawan-kawan, keluarga, sama-sama kita support! Rugi kalau nda datang ohh ๐Ÿ˜„

Jumpa kamu di sana bah! ๐Ÿค™

Kementerian Pertahanan Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Laut Diraja Malaysia



Terima kasih Datuk atas kesudian menyantuni warga UPST dan PSTL Labuan
03/04/2026

Terima kasih Datuk atas kesudian menyantuni warga UPST dan PSTL Labuan

Our Trail Day - 29 May 25Projek Jelajah Geopark LabuanBukit Minyak Gas โœ…Terowong Arang Batu Labuan โœ…"Hidup adalah sebaha...
30/05/2025

Our Trail Day - 29 May 25

Projek Jelajah Geopark Labuan

Bukit Minyak Gas โœ…
Terowong Arang Batu Labuan โœ…

"Hidup adalah sebahagian dari apa yang kita buat, dan sebahagian lagi yang dibuat oleh teman-teman yang kita pilih." - Tennessee Williams

23/05/2025

Our Trail Day...

Bukit Kubong

Bukit Kubong merupakan puncak semulajadi tertinggi di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Puncak yang terletak di Kampung Pohon Batu ini mempunyai ketinggian pada paras 91 meter dari aras laut.

"No Surrender. Never Stop. Never Fall"

17/05/2025

Sekilas sambutan Pangkalan TLDM Labuan ke-59

SAMBUTAN PANGKALAN TLDM LABUAN KE-59Insyaallah sambutan ke 60 tahun bakal lebih meriah...Berminat baju Pangkalan TLDM La...
17/05/2025

SAMBUTAN PANGKALAN TLDM LABUAN KE-59

Insyaallah sambutan ke 60 tahun bakal lebih meriah...

Berminat baju Pangkalan TLDM Labuan? ๐Ÿ˜

"With great power comes great responsibility"                                                 - Uncle Ben , Spiderman -5...
06/05/2025

"With great power comes great responsibility"
- Uncle Ben , Spiderman -

5 Mei 25 - Majlis pemakaian pangkat bagi warga pangkalan TLDM Labuan telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, bertempat di Dewan Kuliah, Pangkalan TLDM Labuan dengan protokol ketenteraan yang sewajarnya. Majlis pemakaian pangkat ini melibatkan anggota UPST dan PSTL iaitu :

- 843597 LK I TNL Ahmad Zulhilmi bin Atan
- 843686 LK I TNL Muhammad Haziq bin Mazlan

Semoga dengan kenaikan pangkat ini memberi motivasi kepada anggota untuk berkhidmat lebih cemerlang pada masa akan datang

PROGRAM JIWA MURNI BAGI PENGHASILAN TANAMAN BUNGA SEMUSIM SEMPENA BORNEO FLORA FESTIVAL (BFF) LABUAN 20254 Mei 25 - Prog...
04/05/2025

PROGRAM JIWA MURNI BAGI PENGHASILAN TANAMAN BUNGA SEMUSIM SEMPENA BORNEO FLORA FESTIVAL (BFF) LABUAN 2025

4 Mei 25 - Program sukarelawan bagi penghasilan tanaman bunga semusim sempena BFF melalui Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah berlangsung seawal 8 pagi bertempat di Tapak Semaian Pulau Buah, W.P. Labuan.

Warga Navy People Labuan bersama sukarelawan pelbagai agensi dan barisan Siswa/Siswi daripada Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) dan Kolej Matrikulasi Labuan telah bersama-sama mengusahakan medium semaian untuk kegunaan festival flora di Labuan yang bakal berlangsung mulai 26 hingga 30 Julai 2025.

Borneo Flora Festival 2025 yang julung-julung kalinya diadakan ini akan mempamerkan lebih 20 taman bertema yang direka secara kreatif dan luar biasa seperti Laman Magika, "Under Water World Garden", Taman "Glow In The Dark" dan banyak lagi sebagai pilihan spot bergambar menarik untuk para pengunjung.

PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TLDM KE-91 PERINGKAT PANGKALAN TLDM LABUAN.2 Mei 25 - Program derm...
02/05/2025

PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TLDM KE-91 PERINGKAT PANGKALAN TLDM LABUAN.

2 Mei 25 - Program derma darah peringkat Pangkalan TLDM Labuan telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama dengan Tabung Darah Hospital Labuan .

Program yang dilaksanakan ini telah dimeriahkan dengan penyertaan warga Pangkalan TLDM Labuan, KD PERAK, KD BADIK dan KD SRI GAYA.

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua penderma dan individu yg terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap program seumpamanya dapat diteruskan pada tahun2 mendatang

"1 beg darah untuk 3 nyawa"

Address

PANGKALAN TLDM LABUAN Jalan TANJUNG PURUN
Labuan
87000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPS TLDM TIMUR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category