UMS Kampus Antarabangsa Labuan

UMS Kampus Antarabangsa Labuan Pada 1 januari 1999, UMS KAL telah mula beroperasi dengan pengambilan seramai 356 orang pelajar kumpulan pertama pada bulan Mei 1999.

UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS KAL) yang terletak kira-kira 18km dari pusat bandar Labuan merupakan kampus cawangan pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kampus ini yang dikenalai sebagai The Beach Campus kerana kedudukannya yang berhadapan dengan pantai me...rupakan salah satu institusi pengajian tinggi yang terindah di Malaysia. Suasana kampus yang nyaman dam harmoni menyediakan persekit

aran pembelajaran yang kondusif. UMS KAL bercirikan gunaan yang merangkumi kemahiran berkomunikasi, mengurus dan menganalisis bersifat global menarik pelajar antarabangsa, khususnya dari rantau Afrika dan Timur Tengah. Sehingga kini, UMS KAL telah mempunyai kira-kira 100 orang pelajar antarabangsa dari pelbagai negara. Halatuju program akademik UMS KAL ialah untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi bersifat global yang melambangkan Labuan sebagai sebuah Pusat Perniagaan dan berteraskan kecemerlangan menuju ke arah pembangunan masyarakat dan negara. Di UMS KAL, pelajar diajar, dididik, dibimbing dan dibentuk secara menyeluruh dalam pelbagai bentuk disiplin pengajian yang unik, dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif disokong oleh kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap dan canggih untuk melahirkan modal insan yang seimbang dalam semua aspek.

Address

Jalan Sungai Pagar
Labuan
87000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMS Kampus Antarabangsa Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UMS Kampus Antarabangsa Labuan:

Share