Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

  • Home
  • Malaysia
  • Labuan
  • Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM)bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan makanan.
(1)

Penuh tenaga, bijak, dan pantas! 🏃💨Gelagat para peserta melintasi 5 stesen cabaran dalam Pertandingan Explorace sempena ...
22/08/2026

Penuh tenaga, bijak, dan pantas! 🏃💨

Gelagat para peserta melintasi 5 stesen cabaran dalam Pertandingan Explorace sempena Karnival Germbuster Peringkat Wilayah Persekutuan 2026. Dari stesen pertama hingga stesen kelima, pelbagai tugasan interaktif berkaitan keselamatan makanan berjaya ditakluki!

Kerjasama pasukan yang padu dan ilmu yang diperolehi memang terbaik. Tahniah buat semua peserta yang berjuang hingga ke garisan penamat! 🏆✨

Terdapat 8 buah sekolah menengah yang bertanding:
1. SMK Labuan
2. SMK Mutiara
3. SM Sains Labuan
4. SMK Pantai
5. SMK Lajau
6. SM St Anne
7. SMK Taman Perumahan Bedaun
8. SM St Anthony

Gelagat peserta Pertandingan Chef Cilik Bento dari murid Sekolah Rendah sempena Karnival Germbuster Peringkat Wilayah Pe...
22/08/2026

Gelagat peserta Pertandingan Chef Cilik Bento dari murid Sekolah Rendah sempena Karnival Germbuster Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan tahun 2026 🫶🏼

Terdapat 8 buah sekolah rendah yang bertanding. Tahniah diucapkan!

Sekolah yang bertanding
1. SJKC Chung Hwa
2. SK. Sungai Bedaun
3. SK. Rancha-Rancha
4. SK. Tanjung Aru
5. SK. Layang-Layangan
6. SK. Sungai Lada
7. SK. Pantai
8. SK. Pekan 2

Dari kertas putih ke kertas penuh warna-warni kehidupan! 🎨✨Sekitar Kemuncak Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Pe...
22/08/2026

Dari kertas putih ke kertas penuh warna-warni kehidupan! 🎨✨

Sekitar Kemuncak Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Wilayah Persekutuan 2026 di Karnival Germbuster. Penglibatan bersemangat daripada para pendidik serta pelajar sekolah rendah dan menengah menjadi simbolik utama bahawa di tangan generasi mudalah terletaknya pencorak asas Keselamatan Makanan negara pada masa hadapan.

Keselamatan makanan, tanggungjawab kita bersama! 🍎

20/08/2026

🏷️ Label makanan bukan hiasan — ia "kad pengenalan" produk yang membantu kita tahu apa yang sebenarnya dibeli.

✅ Semak perkara asas: nama produk, senarai ramuan, tarikh luput, arahan simpanan dan maklumat pengeluar.
⚠️ Perhatikan alergen jika ada ahli keluarga sensitif — label membantu elak risiko yang tidak perlu.
🔍 Periksa juga keadaan fizikal pembungkusan: rosak, bengkak, bocor atau tiada maklumat jelas = tanda berhati-hati.
🚫 Jangan mudah terpedaya tuntutan terlalu indah seperti "cepat kurus" atau "menyembuh" — label telus lebih penting.

Sebelum bayar, semak label dahulu. Langkah kecil hari ini boleh elakkan masalah besar esok.

Baca artikel penuh: https://safebite-daily-ai.blogspot.com/2026/08/label-makanan-bukan-hiasan-baca-sebelum.html

18/08/2026

🎙️ PODCAST KESELAMATAN MAKANAN – SEMBANG SERIUS

ADA APA DENGAN LABEL❓

Tahukah anda, label pada sesuatu produk makanan bukan sekadar memaparkan nama dan maklumat produk, malah membantu pengguna membuat pilihan yang lebih bijak dan selamat?

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perbincangan mengenai kepentingan membaca dan memahami label makanan sebelum membuat pilihan, demi memastikan makanan yang dibeli adalah selamat dan berkualiti untuk anda sekeluarga.

📌 Tarikh : 20 Ogos 2026
📌 Masa : 3:00 petang
📌 Panel : Puan Safura binti Mohd Nasir
Ketua Penolong Pengarah
Cawangan Standard dan Codex
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan

🎓 E-sijil disediakan kepada peserta.

Keselamatan makanan adalah tanggungjawab kita bersama.




Terdapat pengendali makanan yang masih menggunakan surat khabar bersentuhan secara langsung dengan makanan untuk membung...
18/08/2026

Terdapat pengendali makanan yang masih menggunakan surat khabar bersentuhan secara langsung dengan makanan untuk membungkus, menutup atau menyerap minyak.

Dakwat boleh berpindah ke makanan, terutama apabila terkena minyak.

Surat khabar terpakai juga boleh membawa bakteria, habuk dan kotoran.

Elakkan sentuhan terus antara makanan dan surat khabar.

Gunakan pembungkus atau bekas yang bersih dan selamat untuk makanan.

Jaga pembungkusan, jaga keselamatan makanan.

17/08/2026

MAKLUMAN 📢

Program Keselamatan dan Kualiti Makanan akan menganjurkan Kursus Wajib Tenaga Pengajar (KWTP) Latihan Pengendali Makanan bagi tahun 2026 berdasarkan jadual berikut dan tertakluk kepada sebarang pindaan.

Bagi individu yang berminat untuk mengikuti Kursus tersebut, permohonan boleh dikemukakan melalui sistem atas talian Food Safety Information System Of Malaysia (FoSIM) di https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home.

Langkah-langkah pendaftaran dan permohonan seperti berikut:

1️⃣ Mendaftar sebagai pengguna sistem. Klik butang daftar
Nota: Pastikan maklumat profil pada menu Profil Saya telah dilengkapkan seperti alamat, no. telefon bimbit, muat naik salinan identiti.

2️⃣ Selepas berjaya daftar, log masuk kedalam sistem.Klik pada menu Pendaftaran / Permohonan > Kursus > Kalender Kursus > Pilih Jenis Kursus KWTP > Cari Kursus KWTP: SESI 09/2026 > Daftar > Klik tab Pendaftaran Kursus Wajib Tenaga Pengajar.

3️⃣ Rujuk manual pengguna PMP-18064_Manual_Pengiktirafan_TP_(Pemohon) bagi mendapatkan maklumat lengkap pendaftaran KWTP.

4️⃣ Tempat adalah terhad. Pemilihan adalah berdasarkan kepada 30 orang peserta terawal yang memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Program ini khususnya yang telah digariskan di dalam Garis Panduan Skim Akreditasi Program Latihan Pengendali Makanan Edisi Ke 6 Cetakan 2024. Garis Panduan tersebut boleh dimuat turun di https://hq.moh.gov.my/fsq/ebook/lpm/mobile/index.html



Pejam celik esok hari Isnin sudah kan…👀 Tapi tidak apa, sebab hujung minggu min luangkan masa produktif bersama komuniti...
16/08/2026

Pejam celik esok hari Isnin sudah kan…👀

Tapi tidak apa, sebab hujung minggu min luangkan masa produktif bersama komuniti 🫶🏼

16/8/2026 (Sabtu) menyampaikan taklimat kepada 30 orang peserta anjuran Jabatan Pertanian dengan tajuk “Pengendalian, Pembungkusan dan Pelabelan Makanan”. Objektif taklimat ini adalah untuk memastikan peniaga yang baru berniaga untuk tahu tentang keperluan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

17/8/2026 (Ahad) buka pameran menyampaikan info keselamatan makanan dengan warga Kg Sungai Labu sempena Jelaha Hentikan Stigma Kesihatan Mental Subzon 3&4 anjuran Jabatan Kesihatan WP Labuan.

Ini bukan review vendor…Tapi cerita min kepanasan. Panas betul cuaca di Labuan 2-3 hari ni. Jadi min singgah di Roadside...
15/08/2026

Ini bukan review vendor…

Tapi cerita min kepanasan. Panas betul cuaca di Labuan 2-3 hari ni. Jadi min singgah di Roadside beli air melegakan kepanasan di hari minggu.

Bila tengok kedai roadside ni min pulak rasa terharu. Teringat dulu-dulu mereka bermula di tepi jalan, bantu pengusaha yang masak dari rumah untuk jual makanan di vendor semenjak zaman Covid melanda. Semakin lama mereka semakin maju.

Dari gerai tepi jalan, mampu menyewa kedai yang lebih terjaga dari segi kebersihan dan penyimpanan.

Peniaga yang menjual makanan dari rumah pun turut maju.

Ada peniaga yang mula tahu cara label makanan.

Ada peniaga yang sudah cakna jual makanan dari rumah pun perlu suntikan vaksin tifoid dan latihan pengendali makanan.

Ada peniaga yang sudah tahu makanan bermasak perlu habis dijual/dimakan dalam tempoh 4 jam di suhu luar.

Semua ini hanya bermula dari menghantar jualan ke vendor untuk menjana pendapatan lebih.

Sampailah ada ramai sudah peniaga homebased di Labuan dapat Penyenaraian HomeBased KKM.

Min mengucapkan terima kasih kepada semua peniaga di Labuan yang akur dan patuh dengan peraturan kami 🫶🏼

Peraturan dan akta bukan untuk kebaikan kami tapi untuk kebaikan dalam menjaga semua orang.

“Keselamatan Makanan Tanggungjawab Kita Bersama”

14/08/2026

Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS)

Address

Jabatan Kesihatan W. P
Labuan
87028

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6087425161

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan:

Shortcuts

Share