22/08/2026
22.08.2026 | PARTI BERSATU SABAH (PBS) P166 LABUAN
🏆 KEJOHANAN LAWN BOWLS PAIRS TERTUTUP LABUAN 2026 🏆
Anjuran Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) P166 Labuan
Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) P166 Labuan telah berjaya menganjurkan Kejohanan Lawn Bowls Pairs Tertutup Labuan 2026 yang bertempat di Arena Antarabangsa Lawn Bowls Labuan.
Kejohanan yang berlangsung selama satu hari ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 24 pasukan/pairs dari sekitar Labuan.
Majlis perasmian serta penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Christopher Mandut, Ketua Bahagian PBS N.6 Bandau, merangkap Ketua Pemuda Pusat PBS dan Pengerusi Perkasa Realty Sdn. Bhd.
Turut hadir bersama ialah Ketua Bahagian PBS P166 Labuan, Tuan Sheiron Chang, Ahli Jawatankuasa Bahagian, barisan Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Wanita.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Dr. Christopher Mandut atas kesudian hadir, sokongan serta sumbangan yang diberikan dalam membantu menjayakan kejohanan ini. Sokongan sebegini amat bermakna dalam usaha kita menggalakkan penglibatan masyarakat, khususnya golongan belia, dalam aktiviti sukan dan kemasyarakatan.
Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta, pemenang, urus setia, pengadil serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semangat kesukanan, kerjasama dan silaturahim yang ditunjukkan sepanjang kejohanan amat membanggakan.
Semoga penganjuran seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi platform untuk memperkukuhkan perpaduan, mengeratkan hubungan masyarakat serta mencungkil bakat dalam sukan Lawn Bowls di Labuan.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Kejohanan Lawn Bowls Pairs Tertutup Labuan 2026! 🇲🇾🎯
PBS P166 LABUAN