29/05/2026
UPKO MOHON SERTAI GABUNGAN RAKYAT SABAH
1. Hari ini, saya mengetuai delegasi UPKO mengadakan kunjungan dan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
2. Dalam pertemuan ini, saya mengemukakan permohonan UPKO menjadi parti komponen GRS.
3. Ini sesuai dengan mandat Majlis Tertinggi UPKO yang bersidang pada 25 Mei 2026 yang telah sebulat suara memutuskan untuk menyertai GRS. Keputusan Majlis Tertinggi tersebut telah dibincangkan di peringkat Bahagian-Bahagian UPKO sebelum itu.
4. UPKO mahu menyumbang kepada penyatuan dan kerjasama parti-parti tempatan Sabah bagi memperkukuh usaha membangunkan masa depan Sabah serta memperjuangkan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
5. Dalam pilihanraya yang lepas, UPKO menyatakan akan bekerjasama dengan parti-parti tempatan Sabah dalam menubuh dan memperkukuh Kerajaan Sabah.
6. Wawasan Sabah First yang diperjuangkan oleh UPKO adalah bersesuaian dengan perjuangan GRS melalui Halatuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang mesti diperkukuh melalui kerjasama lebih erat dan penyatuan parti-parti tempatan Sabah.
7. Sabah First, Sabah Prosper, Sabah Forward dan Sabah United - intipati Halatuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang mendekatkan UPKO dengan GRS.
8. Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri di atas kesediaan dan keterbukaan beliau yang mengalu-alukan keputusan penyertaan UPKO ini.