AADK Wilayah Persekutuan Labuan

AADK Wilayah Persekutuan Labuan Page Rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan Labuan, Kementerian Dalam Negeri

19/08/2026

TEKNIK THOUGHT STOPPING | HENTIKAN RANGKAIAN FIKIRAN & HASRAT GIAN

Keinginan untuk kembali mengambil dadah boleh bermula daripada satu pencetus — situasi, emosi, kenangan atau fikiran tertentu. Jika dibiarkan berlarutan, fikiran tersebut boleh berkembang menjadi hasrat dan akhirnya membawa kepada tindakan.

Namun, setiap fikiran tidak semestinya perlu diikuti.

Teknik Thought Stopping boleh membantu memutuskan rangkaian fikiran tersebut dengan beberapa langkah mudah seperti visualisasi, merentap gelang getah sebagai isyarat menghentikan fikiran, teknik relaksasi serta menghubungi individu yang dipercayai.

Berhenti seketika. Kenal pasti fikiran. Alihkan perhatian. Pilih tindakan yang lebih selamat.

Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang berdepan dengan keinginan untuk kembali kepada dadah, jangan hadapi seorang diri. Dapatkan sokongan dan bantuan daripada pihak yang boleh dipercayai.

_____________________________________________

Ada Masalah Dadah? Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





18/08/2026
18/08/2026
18/08/2026

Ramai yang ingat secawan kopi tu 'ubat' untuk segala benda.
Mengantuk? Cari kopi. Tak fokus? Refill lagi satu cawan. Memang betul, kafein boleh bantu kita pusing sekejap untuk bagi tumpuan. Tapi kalau dah hari-hari 'bergantung' nyawa dengan kopi, kesannya akan terbalik.

Malam kita mula susah nak lelap, badan rasa gelisah, hujung-hujung fokus pun makin melayang. Kadang-kadang, badan kita bukan nak kafein sangat, dia cuma minta rehat yang cukup, air kosong dengan pemakanan yang betul. Sayangi badan dulu, baru kerja pun jalan.

📌 Anda p**a macam mana? Jenis 'pantang nampak kopi' atau sekadar minum sekali-sekala?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



18/08/2026

Nak tidur nyenyak dan poket sentiasa penuh? Rahsianya mudah, jauhi barang terlarang 🚫 Tak ada kos bayaran, tak ada kesan sampingan yang memusnahkan, yang ada cuma masa depan yang lebih cerah. ✨

Ramai yang ingat jalan pintas (dadah) boleh bagi kebahagiaan, tapi hakikatnya ia cuma 'scam' yang merugikan diri dan keluarga. Jom amalkan gaya hidup bebas dadah.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



14/08/2026

PEMERKASAAN PROGRAM RAWATAN DAN PEMULIHAN SECARA SUKARELA

Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang mula berkuat kuasa pada 22 Ogos 2025 selepas pindaan memberi nafas baharu dengan memperluas akses untuk merawat penagih serta penyalah guna dadah dan bahan.

Akta ini juga menggalakkan individu tampil mendapatkan rawatan dan pemulihan secara sukarela di fasiliti AADK.

Ingin tahu tentang program ini dengan lebih lanjut, ikutkan temu bual eksklusif bersama Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Dato’ Ruslin Jusoh dalam Radio NasionalFM pada 14 Ogos 2026, pukul 11.15 pagi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah







KULIAH ISYAK KHAS: PENCEGAHAN DADAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA.​Tarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)Lokasi: Masjid Jamek Layang-Laya...
14/08/2026

KULIAH ISYAK KHAS: PENCEGAHAN DADAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

​Tarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)
Lokasi: Masjid Jamek Layang-Layangan

​Alhamdulillah, Kuliah Isyak Khas bersama komuniti setempat anjuran Jawatankuasa Masjid Jamek Layang Layangan Wp Labuan telah berlangsung dengan jayanya malam tadi.

​Sesi perkongsian ini disampaikan oleh Ketua Unit Pencegahan AADK WP Labuan, Encik Mohd Noor Hazri bin Ahmad. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ikon AADK WP Labuan, Encik Ahmad Nazri.

Pencegahan ancaman dadah memerlukan peranan aktif institusi keluarga, masjid, dan masyarakat secara bersama.

​Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Masjid, Tuan Haji Basran bin Jamil, barisan jawatankuasa, serta jemaah yang hadir atas jemputan dan sokongan padu menjayakan majlis ilmu ini.

​

11/08/2026

Tekanan hidup adalah perkara yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Namun, mencari jalan keluar melalui penyalahgunaan dadah bukanlah jalan penyelesaian.

Dadah mungkin memberi kesan sementara, tetapi kesan jangka panjangnya boleh menjejaskan kesihatan, hubungan keluarga dan masa depan seseorang.

Buat pilihan yang bijak.
Sayangi diri dan masa depan anda.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji, Jalan Bunga Kesuma
Labuan
87026

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6087422977

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Wilayah Persekutuan Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share