JPJ W.P Labuan

JPJ W.P Labuan FACEBOOK RASMI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

1 Hari LagiREGISTRATION WILL OPEN SOON!!
16/08/2026

1 Hari Lagi
REGISTRATION WILL OPEN SOON!!

15/08/2026
2 Hari LagiREGISTRATION WILL OPEN SOON!!
15/08/2026

2 Hari Lagi
REGISTRATION WILL OPEN SOON!!

3 Hari LagiREGISTRATION WILL OPEN SOON!!
13/08/2026

3 Hari Lagi
REGISTRATION WILL OPEN SOON!!

4 Hari LagiREGISTRATION WILL OPEN SOON!!
13/08/2026

4 Hari Lagi
REGISTRATION WILL OPEN SOON!!

PERLAWANAN SUKAN BOLA TAMPAR ANTARA AGENSI DI BAWAH MOT 2026.W.P Labuan, 8 Ogos 2026 (Sabtu) - Telah berlangsung perlawa...
09/08/2026

PERLAWANAN SUKAN BOLA TAMPAR ANTARA AGENSI DI BAWAH MOT 2026.

W.P Labuan, 8 Ogos 2026 (Sabtu) - Telah berlangsung perlawanan bola tampar antara Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan WP Labuan, Jabatan Laut Malaysia, Malaysia Airport Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Labuan. Keempat-empat agensi ini merupakan agansi di bawah MOT yang berada di Labuan.

Acara ini berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Arena Bukit Kuda. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan semua yang hadir bagi menjayakan serta menyokong sepanjang program ini berlangsung.

TERUSKAN MENGIKUTI LAMAN SOSIAL RASMI JPJ CAWANGAN W.P LABUAN UNTUK SEBARANG INFORMASI TERKINI















JPJ Negeri Sabah komited ke arah Pensijilan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS)

NAZIRAN PEMATUHAN PERAKAUNAN AKRUAN DARIPADA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA (MOT) DI JPJ CAWANGAN WP LABUANW.P Labuan...
06/08/2026

NAZIRAN PEMATUHAN PERAKAUNAN AKRUAN DARIPADA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA (MOT) DI JPJ CAWANGAN WP LABUAN

W.P Labuan, 06 Ogos 2026 (Khamis) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan WP Labuan telah berjaya melaksanakan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia selama 2 hari bermula 05 Ogos 2026 sehingga 06 Ogos 2026. Pelaksanaan naziran ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh budaya integriti, ketelusan dan tadbir urus yang cemerlang selaras dengan keperluan standard antarabangsa.

Naziran ini merupakan ahli pasukan naziran daripada Unit Naziran Bahagian Akaun Kementerian Pengangkutan Malaysia yang terdiri daripada Puan Rozidah Binti Mohd Yusof, Puan Nor Hayati Binti Yeop Mat Noor, Puan Nor Azizah Binti Abu Bakar dan Encik Muhammad Khairi Bin Mazlan. Kerjasama erat antara semua pasukan naziran telah memastikan proses naziran dilaksanakan secara profesional, sistematik dan menyeluruh.

Pelaksanaan naziran tersebut melibatkan naziran ke atas Unit Hasil di Pejabat JPJ Cawangan W.P Labuan, bertujuan mengenal pasti peluang penambahbaikan bagi memperkukuh kawalan dalaman dan memastikan sistem pengurusan kewangan sentiasa relevan serta berkesan.

JPJ Cawangan WP Labuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pasukan naziran daripada Unit Naziran Bahagian Akaun Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), pegawai serta anggota yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang pelaksanaan naziran ini. Diharapkan hasil penemuan dan cadangan penambahbaikan yang diperoleh akan terus memperkukuh sistem kewangan yang lancar serta berkesan di JPJ Cawangan WP Labuan, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan jabatan yang berintegriti, telus dan berkualiti.







AUDIT DALAMAN MS ISO 37001:2016 PERKUKUH PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH JPJ CAWANGAN WP LABUANW.P Labuan, 05 O...
05/08/2026

AUDIT DALAMAN MS ISO 37001:2016 PERKUKUH PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH JPJ CAWANGAN WP LABUAN

W.P Labuan, 05 Ogos 2026 (Rabu) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan WP Labuan telah berjaya melaksanakan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Antirasuah (Anti-Bribery Management System – ABMS) MS ISO 37001:2016 yang berlangsung selama 2 hari bermula 04 Ogos 2026 sehingga 05 Ogos 2026. Pelaksanaan audit ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh budaya integriti, ketelusan dan tadbir urus yang cemerlang selaras dengan keperluan standard antarabangsa.

Audit dalaman ini telah dilaksanakan oleh Juruaudit daripada JPJ Negeri Sabah. Kerjasama erat antara semua juruaudit telah memastikan proses pengauditan dilaksanakan secara profesional, sistematik dan menyeluruh.

Pelaksanaan audit melibatkan pengauditan ke atas bahagian dan unit di Pejabat JPJ Cawangan W.P Labuan dan Stesen Penguatkuasa Labuan bagi menilai tahap pematuhan terhadap keperluan MS ISO 37001:2016. Selain menilai keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS), audit ini turut bertujuan mengenal pasti peluang penambahbaikan bagi memperkukuh kawalan dalaman dan memastikan sistem pengurusan antirasuah sentiasa relevan serta berkesan.

JPJ Cawangan WP Labuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua juruaudit, pegawai serta anggota yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang pelaksanaan audit ini. Diharapkan hasil penemuan dan cadangan penambahbaikan yang diperoleh akan terus memperkukuh pelaksanaan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) di JPJ Cawangan WP Labuan, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan jabatan yang berintegriti, telus dan berkualiti.






04/08/2026
03/08/2026

Address

Peti Surat 82153, Jalan Kg. Jawa
Labuan
87025

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 16:30

Telephone

+6087417518

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPJ W.P Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPJ W.P Labuan:

Shortcuts

Share