Polis Daerah Labuan

Polis Daerah Labuan "Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada" Tindakan ini adalah penting demi keselamatan diri pemberi maklumat dan menjamin keselamatan maklumat itu sendiri.

POLISI FACEBOOK RASMI PDRM

PDRM mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengunjung dan menghormati hak asasi bagi setiap individu untuk kebebasan berfikir, kebebasan memberi pendapat dan berekspresi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan facebook rasmi Polis Daerah Labuan mencapai objektifnya sebagai satu platform interaksi yang dapat memberi kesed

aran mengenai pencegahan jenayah yang efektif, maka pihak admin berhak memadam sebarang komen yang tidak sesuai. Panduan memberi komen di facebook rasmi Polis Daerah Labuan adalah seperti berikut:

Komen Yang Boleh Diterima
Komen secara umum, komen yang membina dan cadangan yang bernas. Komen Yang Tidak Diterima

● Komen yang menyentuh isu perkauman, dasar ataupun corak penugasan operasi polis, menimbulkan kebencian, fitnah, ancaman, lucah, keganasan, komen yang menggunakan bahasa yang kasar dan berunsur "personal attack".

● iklan
● maklumat peribadi tentang orang lain
● bahan hak cipta milik orang lain
● link ke laman web yang tidak sesuai
● spam

Maklumat Jenayah
Semua maklumat jenayah perlu disalurkan ke alamat e-mel: [email protected]. Laporan Polis
Hubungi / lapor kepada pihak polis di kawasan anda. Pihak PDRM tidak menerima laporan polis melalui e-mel dan Facebook Rasmi PDRM. Hak Pentadbir
Pentadbir Facebook Rasmi Polis Daerah Labuan berhak untuk meminda sebarang polisi yang dinyatakan di sini dari masa ke semasa. Pentadbir berhak dalam sebarang keadaan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan objektif Facebook Rasmi Polis Daerah Labuan sentiasa terpelihara. Pentadbir juga berhak untuk membuang/mamadam komen-komen yang berbentuk provokasi atau menggunakan bahasa yang menyentuh sensitiviti individu, organisasi, parti, agama dan perkauman.

� Segala pandangan/pendapat/komen oleh mana - mana individu di mana - mana ruang di dalam Facebook Rasmi Polis Daerah Labuan adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pentadbir Facebook Rasmi Polis Daerah Labuan. Pihak pentadbir Facebook Rasmi Polis Daerah Labuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada pandangan/pendapat/komen berkenaan.

LATIHAN KAWAD BULANAN IPD LABUAN BAGI BULAN OGOS 2026IPD Labuan telah melaksanakan Latihan Kawad Bulanan bagi bulan Ogos...
18/08/2026

LATIHAN KAWAD BULANAN IPD LABUAN BAGI BULAN OGOS 2026

IPD Labuan telah melaksanakan Latihan Kawad Bulanan bagi bulan Ogos 2026 pada 18 Ogos 2026 bertempat di perkarangan IPD Labuan.

Latihan yang disertai seramai 110 warga IPD Labuan, terdiri daripada 18 Pegawai Kanan Polis dan 92 Pegawai Rendah Polis, turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan, DSP Robin @ Ridzuan bin Ismail bersama Ketua-Ketua Bahagian.

Latihan kawad ini dilaksanakan sebagai usaha memperkemas tahap disiplin, kekemasan, ketangkasan serta kesiapsiagaan warga PDRM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”


COMMUNITY ENGAGEMENT (TALK TO US) BALAI POLIS LUBOK TEMIANGBalai Polis Lubok Temiang, IPD Labuan telah melaksanakan akti...
18/08/2026

COMMUNITY ENGAGEMENT (TALK TO US) BALAI POLIS LUBOK TEMIANG

Balai Polis Lubok Temiang, IPD Labuan telah melaksanakan aktiviti Community Engagement (Talk To Us) pada 18 Ogos 2026 bertempat di hadapan Kedai Hap Huat, Durian Tunjong, W.P. Labuan.

Seramai 19 orang awam terdiri daripada 10 lelaki dan 9 perempuan telah ditemui dalam aktiviti tersebut.

Aktiviti ini bertujuan mendekati masyarakat, mendapatkan maklum balas berkaitan tahap keselamatan setempat serta menyampaikan nasihat dan tips pencegahan jenayah.

Pihak polis turut mengedarkan risalah berkaitan pencegahan jenayah curi, jenayah komersil dan jenayah seksual. Orang awam turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta tidak cuai menjaga barangan peribadi, khususnya telefon bimbit dan kunci motosikal.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”


18/08/2026
17/08/2026
Siaran media pemanduan berbahaya. Ingat! CCTV ada di mana-mana, jangan menjadi samseng di jalan raya. Sudahnya, anda aka...
16/08/2026

Siaran media pemanduan berbahaya.

Ingat! CCTV ada di mana-mana, jangan menjadi samseng di jalan raya. Sudahnya, anda akan kena!

Sayangi nyawa disekeliling kita. Kesilapan anda boleh menjadi penyebab kepada kehilangan nyawa insan tersayang.




PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT IPD LABUAN – TRIM & FIT (BRISK WALK)14 Ogos 2026(Jumaat)Warga IPD Labuan terus mengamalkan gaya...
14/08/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT IPD LABUAN – TRIM & FIT (BRISK WALK)

14 Ogos 2026(Jumaat)

Warga IPD Labuan terus mengamalkan gaya hidup sihat menerusi Program Trim & Fit (Brisk Walk) yang berlangsung pada petang tadi bertempat di Jalan Komplek Sukan Laut dan kawasan Pantai Tanjung Batu.

Program yang diketuai oleh Superintenden Wan Mohd Firdaus bin Wan Zaki, Ketua Polis Daerah W.P. Labuan, disertai seramai 165 warga IPD Labuan, terdiri daripada 26 Pegawai Kanan Polis, 115 Pegawai Rendah Polis dan 24 Pegawai Awam.

Program ini merupakan inisiatif Ketua Polis Daerah W.P. Labuan dalam menggalakkan warga kerja PDRM mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan serta kecergasan fizikal.

Aktiviti seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan fizikal, malah turut mengeratkan silaturahim, memupuk semangat berpasukan dan mewujudkan suasana kerja yang lebih positif serta harmoni.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”



13 OGOS 2026 | LABUANPENGARAH LOGISTIK DAN TEKNOLOGI BUKIT AMAN ADAKAN LAWATAN KERJA KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUANYDH CP...
13/08/2026

13 OGOS 2026 | LABUAN

PENGARAH LOGISTIK DAN TEKNOLOGI BUKIT AMAN ADAKAN LAWATAN KERJA KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

YDH CP Redzuan bin Abdul Hamid, Pengarah Logistik dan Teknologi Bukit Aman telah mengadakan lawatan kerja ke W.P. Labuan semalam bagi meninjau keadaan serta mengenal pasti keperluan logistik, fasiliti dan infrastruktur PDRM di Labuan.

Rombongan turut disertai oleh SAC Zulkifli bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Logistik dan Teknologi serta ACP Mohd Kahar bin Mantamin, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Fasiliti, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman. Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut, ACP Ahmad Amri bin Abd Rahman, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah, ACP Wong Leong Meng, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Kontinjen Sabah serta beberapa pegawai kanan PDRM yang lain.

Sesi lawatan kerja rasmi dimulakan ke Labuan Shipyard & Engineering (LSE) Sdn. Bhd. bagi meninjau projek pembinaan kapal induk jenis Police Transport Vessel (PTV) milik Pasukan Polis Marin (PPM), PDRM yang sedang dibina di limbungan tersebut. Terdahulu, pihak rombongan telah diberikan taklimat mengenai perkembangan projek pembinaan kapal PTV di pejabat LSE yang dihadiri oleh Tn Hj Mohd Zamri bin Sampol, Ketua Pegawai Eksekutif, Ir. Ts Mohd Faesac Talla, Pengurus Besar, Bambang Hari Mukti Wibawa, Ketua Bahagian Projek serta pegawai kerja yang lain.

Pada sesi petang p**a, lawatan diteruskan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan dan rombongan telah disambut oleh Ketua Polis Daerah W.P. Labuan, Superintenden Wan Mohd Firdaus bin Wan Zaki bersama barisan pegawai kanan IPD Labuan.

Lawatan turut melibatkan beberapa fasiliti utama IPD dan perumahan PDRM termasuk rumah pam air, kaunter Trafik, pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, bahagian pengangkutan, berek lama, perumahan 10 tingkat dan Blok Pegawai Kanan. Kawasan tersebut merupakan projek yang telah diangkat sebelum ini untuk tindakan pembaikan dan penyelangaraan.

Majlis lawatan kerja rasmi diakhiri dengan sesi jamuan Hi-Tea di Dewan Bancolasi IPD Labuan.

Lawatan ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen pucuk pimpinan PDRM dalam memastikan aspek logistik, infrastruktur dan kebajikan warga pasukan sentiasa diberi perhatian demi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif serta menyokong penyampaian perkhidmatan kepolisan yang berkesan.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

Jurugambar : Sarjan Winara



13/08/2026

[LIVE] HARI POLIS KE-219: PERHIMPUNAN PEGAWAI AWAM PDRM KE-18 BERSAMA KPN

Kini sedang berlangsungnya Perhimpunan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ke-18 Bersama Ketua Polis Negara (KPN) Sempena Hari Polis ke-219 Tahun 2026 yang disempurnakan oleh KPN, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.






#13082026

Address

Peti Surat 81004, Ibu Pejabat Polis Daerah
Labuan
87000

Telephone

087412222

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Labuan:

Shortcuts

Share