Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan Keling 087-419561
KD Sg.

🌻KLINIK-KLINIK DESA WP LABUAN 🌻
☎️☎️☎️
KD Lajau 087-468089
KD Layangan (+ Bkt Kalam) 087-462732
KD Lubok Temiang 087-463122
KD Batu Manikar 087-463996
KD Rancha-Rancha 087-416201
KD Sg. Lada (+ Bebuloh) 087-462743
KD Tanjung Aru 087-4190894
Waktu operasi: Isnin - Jumaat, 8 am - 5 pm

πŸ«§πŸ’š BUBBLE RUN 6KM 2026 | BERLARI, BERSERONOK & HENTIKAN STIGMA πŸ«§πŸ’š Ayuh sertai Bubble Run 6KM, larian santai yang julung ...
19/08/2026

πŸ«§πŸ’š BUBBLE RUN 6KM 2026 | BERLARI, BERSERONOK & HENTIKAN STIGMA πŸ«§πŸ’š

Ayuh sertai Bubble Run 6KM, larian santai yang julung kali diadakan di Labuan sempena Karnival Kemuncak Jelajah Hentikan Stigma Kesihatan Mental Peringkat W.P. Labuan Tahun 2026.

Rasai keseronokan berlari dalam buih dan bubble, sambil bersama-sama membawa mesej HENTIKAN STIGMA KESIHATAN MENTAL! πŸ’šπŸ«§πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ

πŸ“… Tarikh: 17 Oktober 2026 | Masa:6.00 Pagi
πŸ“ Tempat: Ujana Kewangan, W.P. Labuan
🏁 Jarak: 6KM Bubble Run
🏒 Anjuran: Jabatan Kesihatan W.P. Labuan
πŸ“Œ Kategori: Terbuka Lelaki & Wanita | 18 tahun ke atas

πŸŽ‰ APA YANG MENANTI ANDA?
🫧 Bubble & Foam Fun – berlari dan bermain dalam foam yang menyeronokkan!
🎨 Face Painting – tampil lebih colourful dan ceria!
πŸ“Έ Photo Spot – abadikan momen bersama rakan dan keluarga!
🎢 Suasana meriah & penuh keceriaan
πŸƒβ€β™€οΈ 6KM Fun Run – bergerak bersama demi gaya hidup sihat!

🎁 PENYERTAAN TERMASUK:
πŸ‘• T-Shirt Eksklusif
πŸ… Medal Finisher
πŸ“œ E-Certificate
πŸ›‘οΈ Insurans
πŸ₯€ Refreshment
🎁 Peluang menyertai Cabutan Bertuah dengan hadiah menarik!

πŸ’° YURAN PENYERTAAN RM35 SAHAJA!πŸ”₯

πŸ† HADIAH LUMAYAN
πŸ₯‡ RM300 | πŸ₯ˆ RM200 | πŸ₯‰ RM100
πŸŽ–οΈ Tempat ke-4 hingga ke-5: RM50

πŸ“² DAFTAR SEKARANG melalui link atau SCAN QR Code pada poster!
https://forms.gle/k9VRVxbWSdEGtN4P8

‼️Tarikh Tutup Penyertaan: 19 SEPTEMBER 2026‼️

πŸ“ž Pertanyaan:
017-3532601 (Pn. Anne) | 014-8738157 (En. Jemhi)





13/08/2026
12/08/2026
KENYATAAN SEBUTHARGA
12/08/2026

KENYATAAN SEBUTHARGA

HENTIKAN STIGMA; JOM PEDULI KESIHATAN MENTALAyuh sertai Podcast Siri II: Hentikan Stigma; Jom Peduli Kesihatan Mental ya...
27/07/2026

HENTIKAN STIGMA; JOM PEDULI KESIHATAN MENTAL

Ayuh sertai Podcast Siri II: Hentikan Stigma; Jom Peduli Kesihatan Mental yang akan membincangkan kepentingan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, menghapuskan stigma terhadap individu yang mendapatkan bantuan serta menggalakkan masyarakat untuk lebih peka, prihatin dan saling menyokong dalam menjaga kesejahteraan mental.

πŸ“… 28 Julai 2026 (Selasa)
⏰ 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Live di Facebook: Promosi Kesihatan WP Labuan

πŸŽ™οΈ Moderator:
Puan Hanifah Binti Mohd Bandi (Jawatankuasa Komuniti Minda Sejahtera K-MINDSET)

🎀 Penceramah:
Encik Mohd Fais Bin Ismail (Pegawai Psikologi, Pusat Koreksional W.P. Labuan)

Podcast ini akan mengupas isu stigma terhadap kesihatan mental, kepentingan sokongan sosial serta langkah-langkah yang boleh diambil oleh setiap individu dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif, prihatin dan menyokong kesejahteraan mental.

✨ E-sijil disediakan kepada semua peserta.






17/07/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera warga masjid Bedaun, penduduk Kampung Sg Bedaun dan pengunjung awam Labuan!

Jom beramai-ramai kita meriahkan Kolaborasi Oral Agama (KOA) Islam! Boleh bawa anak-anak dan seisi keluarga untuk periksa gigi.

Butiran Program:

Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)

Tempat: Masjid Al-Sultan Abdullah, Kg. Sg. Bedaun

Pelbagai Aktiviti Menarik Disediakan:
* Pemeriksaan & Rawatan Penskaleran Pergigian dan Sapuan Fluorida
* Aktiviti Mewarna Kanak-kanak, Latihan Memberus Gigi Kanak-kanak, Sudut Santai Kanak-kanak
* Pameran & Ceramah Oral Agama Islam Pergigian, Ceramah Ikon Gigi dan Ceramah Kesihatan Pergigian Pegawai Pergigian
* Permainan Interaktif

Istimewa: Goodies menanti untuk 100 PESERTA TERAWAL! 🎁

17/07/2026

11 JAM MENUNGGU DI JABATAN KECEMASAN

Seorang petugas kesihatan berkongsi bahawa hospitalnya kini berdepan waktu menunggu yang boleh mencecah sehingga 11 jam.

Identiti dan lokasi pengirim dirahsiakan.

β€œSetiap hari kami berdepan pesakit yang marah, menuding jari dan memaki petugas. Tetapi kami sendiri sudah terlalu letih dan hilang semangat.”

Ramai menyangka pesakit dilayan mengikut siapa yang datang dahulu.

Namun Jabatan Kecemasan bukan restoran dengan konsep β€œfirst come, first served”.

Pesakit dirawat mengikut tahap kecemasan.

Ketika anda sedang menunggu, mungkin pasukan perubatan sedang menguruskan pesakit yang mengalami serangan jantung, strok, pendarahan serius, kemalangan atau kes yang memerlukan bantuan pernafasan segera.

Ini tidak bermakna waktu menunggu selama berjam-jam patut dianggap normal.

Ia adalah petanda bahawa sistem sedang menanggung beban yang terlalu besar. Kehadiran pesakit yang tinggi, kekurangan katil wad, kes kecemasan kompleks serta bilangan petugas dan ruang rawatan yang terhad boleh menyebabkan kesesakan berpanjangan.

Pesakit berhak bertanya dan mendapatkan penjelasan.

Tetapi memaki, mengugut atau menyerang petugas bukan penyelesaiannya.

Petugas kesihatan juga manusia. Mereka bekerja dalam keadaan letih, lapar dan tertekan, sambil perlu memastikan keputusan klinikal dibuat dengan selamat.

Sekiranya keadaan tidak mengancam nyawa seperti selesema ringan, sakit tekak, ruam lama atau masalah kesihatan yang stabil, pertimbangkan klinik kesihatan atau klinik berdekatan.

Namun segera ke Jabatan Kecemasan sekiranya mengalami sesak nafas, sakit dada, tanda strok, pendarahan banyak, pengsan, sawan atau kecederaan serius.

Waktu menunggu 11 jam bukan sekadar angka.

Di belakangnya ada pesakit yang kecewa, petugas yang keletihan dan sebuah sistem yang sedang meminta pertolongan.

Address

Membidai
Labuan
87000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan:

Shortcuts

Share