PAS Kawasan Labuan

PAS Kawasan Labuan Facebook Rasmi PAS Kawasan Labuan PAS Kawasan Labuan Meneraju Kesejahteraan Labuan

📸LENSA PERWAKILAN LABUAN DI MUKTAMAR PAS PUSAT 72📸
04/09/2026

📸LENSA PERWAKILAN LABUAN DI MUKTAMAR PAS PUSAT 72📸




🇲🇾 HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026PAS Kawasan Labuan mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh raky...
30/08/2026

🇲🇾 HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

31 Ogos 2026

PAS Kawasan Labuan mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Wilayah Persekutuan Labuan.

Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini merupakan satu amanah yang perlu dipelihara dengan penuh rasa syukur dan tanggungjawab. Marilah kita bersama-sama memperkukuh perpaduan, menjaga keharmonian serta membina sebuah negara yang adil, sejahtera, bermaruah dan diberkati Allah SWT.

Semoga Malaysia terus dikurniakan keamanan, kestabilan dan kemakmuran, serta kepimpinan yang amanah demi kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera.”

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan ke-69.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

PAS KAWASAN LABUAN
31 Ogos 2026

30 Ogos 2026, Kepimpinan PAS Labuan turut berkesempatan memenuhi jemputan raja sehari pasangan pengantin kedua, Razdie d...
30/08/2026

30 Ogos 2026, Kepimpinan PAS Labuan turut berkesempatan memenuhi jemputan raja sehari pasangan pengantin kedua, Razdie dan Kina di Dewan JKR Labuan.

Setulus doa buat kedua-dua mempelai, semoga ikatan perkahwinan yang dibina menjadi sakinah, mawaddah wa rahmah, dikurniakan keberkatan, kebahagiaan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dalam melayari bahtera kehidupan bersama.
Selamat Pengantin Baru! 🌹🤲

Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.




30 Ogos 2026, kepimpinan PAS Labuan memenuhi jemputan raja sehari antara Muhammad Yushaimi dan pasangannya Nurul Amni di...
30/08/2026

30 Ogos 2026, kepimpinan PAS Labuan memenuhi jemputan raja sehari antara Muhammad Yushaimi dan pasangannya Nurul Amni di Kg Ganggarak.

Kami mendoakan semoga rumahtangga mereka barakah dan memperolehi sakinah mawaddah warahmah. Amin




29 Ogos 2026, kepimpinan PAS Labuan memenuhi satu jemputan raja sehari. Pasangan Khairil dan pasangannya Sharifah di Dew...
29/08/2026

29 Ogos 2026, kepimpinan PAS Labuan memenuhi satu jemputan raja sehari. Pasangan Khairil dan pasangannya Sharifah di Dewan JKR Labuan.

Kami mendoakan semoga rumahtangga mereka barakah dan memperolehi sakinah mawaddah warahmah. Amin




Salam Maulidurrasul 1448H 🌙✨Semoga dengan memperingati hari kelahiran Rasulullah SAW, kita terus menyuburkan rasa cinta ...
24/08/2026

Salam Maulidurrasul 1448H 🌙✨

Semoga dengan memperingati hari kelahiran Rasulullah SAW, kita terus menyuburkan rasa cinta kepada Baginda, memperkukuhkan ukhuwah, serta berusaha mengamalkan sunnahnya dalam setiap aspek kehidupan.

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagimu.”
(Surah Al-Ahzab: 21)

Semoga kita semua dikurniakan hati yang sentiasa mencintai Rasulullah SAW dan istiqamah mengikuti ajaran Baginda.
Selamat Menyambut Maulidurrasul 1448H.

🌿 Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad ﷺ




✨ LENSA PERASMIAN ALAM RIA PASTI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN ✨Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis...
23/08/2026

✨ LENSA PERASMIAN ALAM RIA PASTI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN ✨
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis Perasmian Alam Ria PASTI Wilayah Persekutuan Labuan yang bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Labuan, sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap usaha memperkasa pendidikan awal kanak-kanak serta membina generasi yang berilmu, berakhlak dan berjiwa Islam.

Semoga program Alam Ria PASTI terus menjadi wadah mencungkil bakat, menyemai ukhuwah dan menceriakan dunia pendidikan anak-anak PASTI. 🌸💚

PASTI Pilihan Kita!
Mendidik Anak-Anak, Membina Generasi Rabbani. 💚





14/08/2026

Laluan ke SK Layang-Layangan Perlu Dibaiki Segera

Laluan menuju ke SK Layang-Layangan yang digunakan setiap hari oleh murid, guru, ibu bapa dan penduduk setempat semakin kurang kondusif dan memerlukan perhatian serta tindakan segera.

Keadaan laluan yang rosak bukan sahaja menyukarkan pergerakan, malah boleh mengundang risiko keselamatan, khususnya kepada murid-murid yang menggunakan laluan ini setiap hari.

Mohon pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi membaiki dan menaik taraf laluan ini demi keselamatan serta keselesaan semua pengguna.

13/08/2026

LALUAN SRA LAYANG-LAYANGAN PERLU TINDAKAN SEGERA

Laluan menuju SRA Layang-Layangan kini semakin membimbangkan dan boleh mendatangkan risiko kepada pengguna, khususnya para ibu bapa, guru serta anak-anak yang melalui laluan ini setiap hari.

Keadaan laluan yang kurang selamat perlu diberi perhatian segera oleh pihak berkenaan sebelum berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Diharapkan pihak berkaitan dapat turun padang dan mengambil tindakan segera demi keselamatan serta keselesaan pengguna.

Keselamatan anak-anak dan masyarakat perlu menjadi keutamaan.



Alhamdulillah, warga Blok 5, Kampung Layang-Layangan mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong mencantas pokok yang t...
08/08/2026

Alhamdulillah, warga Blok 5, Kampung Layang-Layangan mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong mencantas pokok yang telah lama menjadi potential risk kepada wayar elektrik dan kabel telekomunikasi.

Setelah sekian lama laporan dibuat tanpa tindakan pihak berwajib, warga blok berganding bahu mengumpulkan dana bagi menampung sewaan skylift demi keselamatan dan keselesaan bersama.

YDP PAS Labuan sendiri sebagai warga Blok 5 amat berbangga dengan semangat kerjasama ini.

Tahniah dan syabas warga Blok 5! Bersama kita jaga keselamatan dan kesejahteraan komuniti. 🌿🤝

Address

SOUTHSEA PEARL RESIDENCES, Jalan OKK DAUD, MERINDING
Labuan

Telephone

+60135576156

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Kawasan Labuan:

Shortcuts

Share