Laman Wanita Labuan

Laman Wanita Labuan Laman Wanita (LaWa) Labuan
Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan

🌸 Jom Sertai Program MEKAR! 🌸Ingin tampil lebih yakin, berpenampilan menarik dan menyerlahkan potensi diri?Sertai Progra...
13/07/2026

🌸 Jom Sertai Program MEKAR! 🌸

Ingin tampil lebih yakin, berpenampilan menarik dan menyerlahkan potensi diri?

Sertai Program MEKAR: Bengkel Kecantikan & Keterampilan Diri yang direka khas untuk memberi pendedahan tentang penjagaan penampilan, etika, keyakinan diri serta imej yang positif.

📅 24 Julai 2026 (Jumaat)
🕖 8.00 pagi - 4.30 petang
📍 Laman Wanita Labuan

Ayuh bersama-sama memperkasa diri, menimba ilmu dan membina keyakinan untuk menjadi wanita yang lebih berinspirasi, berdaya saing dan berkarisma.

Jumpa anda di sana! 💙

2 JULAI 2026 (KHAMIS): Laman Wanita (LaWa) Labuan telah berlangsung Kelas Mengaji Muslimah yang terdiri dari komuniti se...
02/07/2026

2 JULAI 2026 (KHAMIS): Laman Wanita (LaWa) Labuan telah berlangsung Kelas Mengaji Muslimah yang terdiri dari komuniti setempat dari kalangan Suri Rumah di sekitar W. P. Labuan yang dbimbing oleh tenaga pengajar bertauliah iaitu Ustazah Datin Hajah Jijah binti Suhai. Kelas ini telah disertai seramai 15 orang muslimah.

Kelas Mengaji Muslimah telah diadakan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk memperbaiki bacaan Al-Quran serta meningkatkan kefahaman ilmu agama dalam suasana pembelajaran yang santai dan harmoni. Sepanjang kelas berlangsung, peserta telah dibimbing dalam bacaan Al-Quran termasuk tajwid, makhraj huruf serta pembacaan secara bertalaqqi bersama tenaga pengajar.

Program ini turut menjadi medium mengeratkan silaturahim sesama peserta disamping dapat menyemai sahsiah dan kerohanian bagi mendekatkan diri kepada amalan-amalan yang menjurus kepada ibadat yang dituntut oleh agama islam dalam kehidupan seharian.

25 JUN 2026 (KHAMIS), LAMAN WANITA (LaWa) LABUAN telah berlangsung PROGRAM : Kursus Bawang Goreng Crispy: Langkah MAIWP ...
02/07/2026

25 JUN 2026 (KHAMIS), LAMAN WANITA (LaWa) LABUAN telah berlangsung
PROGRAM : Kursus Bawang Goreng Crispy: Langkah MAIWP Perkasa Ekonomi Asnaf anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (MAIWP) dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan (PPWN WP)

Objektif program Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta, menyuntik semangat keusahawanan serta menggalakkan penerima bantuan MAIWP terus berusaha memperbaiki taraf ekonomi keluarga dan berdikari.

Kursus ini dikendalikan oleh Puan Salha Matnor daripada PPWN WP dibantu oleh Puan Zainah Ismail. Para peserta didedahkan dengan teknik penyediaan dan pembuatan bawang goreng yang berkualiti serta berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan tambahan.

Kempen Menangani Keganasan terhadap wanita (EVAW) dan PRISMANITA telah disampaikan oleh Puan Salhah Matnor, mewakili PPWN WP.

Seramai 30 Orang peserta yang terdiri dari ibu tunggal dan suri rumah telah hadir mengikuti program tersebut.

11 JUN 2026 (KHAMIS): Laman Wanita (LaWa) Labuan telah berlangsung Kelas Mengaji Muslimah yang terdiri dari komuniti set...
16/06/2026

11 JUN 2026 (KHAMIS): Laman Wanita (LaWa) Labuan telah berlangsung Kelas Mengaji Muslimah yang terdiri dari komuniti setempat dari kalangan Suri Rumah di sekitar W. P. Labuan yang dbimbing oleh tenaga pengajar bertauliah iaitu Ustazah Datin Hajah Jijah binti Suhai. Kelas ini telah disertai seramai 18 orang muslimah.

Kelas Mengaji Muslimah telah diadakan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk memperbaiki bacaan Al-Quran serta meningkatkan kefahaman ilmu agama dalam suasana pembelajaran yang santai dan harmoni. Sepanjang kelas berlangsung, peserta telah dibimbing dalam bacaan Al-Quran termasuk tajwid, makhraj huruf serta pembacaan secara bertalaqqi bersama tenaga pengajar.

Program ini turut menjadi medium mengeratkan silaturahim sesama peserta disamping dapat menyemai sahsiah dan kerohanian bagi mendekatkan diri kepada amalan-amalan yang menjurus kepada ibadat yang dituntut oleh agama islam dalam kehidupan seharian.

10 JUN 2026 (RABU), Skuad WAJA Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan telah menyantuni mangsa kebakaran iaitu En...
16/06/2026

10 JUN 2026 (RABU), Skuad WAJA Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan telah menyantuni mangsa kebakaran iaitu Encik Nizamzuri bin Awang bersama keluarga yang tinggal di kampung Bukit Kalam, Wilayah Persekutuan Labuan. Mangsa tinggal bersama keluarga seramai 11 orang termasuk seorang bayi berumur 1 bulan.

Kebakaran rumah mangsa telah berlaku pada 9 Jun 2026 (Selasa) pada jam 12.47 tengahari ketika penghuni rumah tersebut keluar ke bandar. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berwajib dan kebakaran telah memusnahkan 100 peratus rumah mangsa.

Walau bagaimanapun, mangsa kebakaran telah menerima bantuan awal dari pelbagai agensi seperti Ahli Parlimen, Jabatan Kebajikan Masyarakat, MAIWP, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta . Skuad WAJA Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan telah menyerahkan sedikit sumbangan pakaian hasil dari sumbangan orang ramai seterusnya memberikan sokongan psikososial dan moral kepada keluarga mangsa menghadapi ujian.

9 JUN 2026 (SELASA), LAMAN WANITA (LaWa) LABUAN telah berlangsung PROGRAM : MEKAR - Perkembangan Perniagaan Home- Base W...
16/06/2026

9 JUN 2026 (SELASA), LAMAN WANITA (LaWa) LABUAN telah berlangsung
PROGRAM : MEKAR - Perkembangan Perniagaan Home- Base Wanita Labuan

Objektif program adalah untuk memberi pengenalan kepada pemprosesan makanan secara kaedah retort kepada peserta dan usahawan wanita Labuan dalam perkembangan perniagaan yg diusahakan secara kaedah moden.

Antara pengisian program adalah:
- Bengkel berkaitan retort secara teori dan praktikal yang dikendalikan oleh Puan Salhah binti Matnor sebagai tenaga pengajar.
- Sesi dialog berkenaan dengan isu semasa berkenaan retort dan kaedah menghadapinya
- Kelebihan produk retort.
- Sesi praktikal retort telah dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai proses penyediaan produk sebelumdan semasa proses pensterilan. Peserta didedahkan dengan kaedah menimbang produk mengikut berat yang ditetapkan, proses pembungkusan (packing) dan tatacara penyusunan dan memasukkan produk ke dalam mesin retort untuk proses pensterilan. Melalui sesi praktikal ini, peserta dapat memahami dan mengaplikasikan langkah-langkah pengendalian produk retort secara hands-on bagi memastikan keselamatan dan kualiti produk yang dihasilkan.

Turut hadir iaitu Encik Irwan Effendy bin Bahtiar, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita, Wilayah Persekutuan telah memberikan taklimat berkenaan program yang berlangsung dan juga berkaitan PRISMANITA

Kempen Menangani Keganasan terhadap wanita (EVAW) telah disampaikan oleh Puan Liu Kim Pau, Penguasa Rumah Perlindungan Kota Kinabalu.

Seramai 40 Orang peserta yang terdiri dari ibu tunggal dan suri rumah telah hadir mengikuti program tersebut.

16/06/2026

*8 Jun 2026 (Isnin):* Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan (PPWN WP) telah melaksanakan *Program MATAHARI ‘Meningkatkan Daya Tahan dan Psikologi’ Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2026* bertempat di *Dewan Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Labuan* . Program yang bertujuan memperkukuh kesejahteraan mental dan fizikal wanita melalui pendedahan kepada kaedah pengurusan stres, penjagaan kesihatan serta amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.
Antara pengisian utama program adalah seperti berikut:
▫️ *Taklimat PRISMAnita* yang disampaikan oleh Puan Siti Marnizah binti Abdul Rahim, Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan.
▫️ *Slot Cakna 1: Kesihatan Mental dalam Komuniti*
Disampaikan oleh Encik Maradona ak Lawrence, Pegawai Psikologi S10, Jabatan Kebajikan Masyarakat.
▫️ *Slot Cakna 2: Kaedah De’stress Kendiri*
Disampaikan oleh Puan Maslia Binti Kaman, Pegawai Psikologi S9, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan.
▫️ *Slot Cakna 3: Gaya Pemakanan Sihat*
Disampaikan oleh Puan Wenty Kong Ai Yun, Pegawai Dietetik Hospital Labuan.
Seramai *205 orang peserta* yang terdiri daripada penjawat awam daripada pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pesara serta masyarakat setempat di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.
Program telah *disempurnakan oleh Encik Irwan Effendy bin Bahtiar, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan.*
Hadir sama *Yang Setia Penguasa Kanan Bomba Satu Tuan Abdul Rahman Bin Ali, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat* dan *Yang Berusaha Encik Mohd Farhan bin Mohd Din, Pegawai Yayasan Kebajikan Negara Negeri Sabah.

09/06/2026
Sambutan Hari Raya Aidiladha merupakan simbolik menguji keimanan seseorang dalam meletakkan perintah Allah SWT lebih tin...
29/05/2026

Sambutan Hari Raya Aidiladha merupakan simbolik menguji keimanan seseorang dalam meletakkan perintah Allah SWT lebih tinggi daripada kepentingan dan emosi peribadi yang bermatlamat mengikis sifat kedekut, mementingkan diri sendiri, dan memupuk rasa kesyukuran serta sifat ikhlas dalam setiap amalan.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi kasih sayang sesama insan.
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dibalas dengan kebaikan dan rahmat daripada-Nya

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada kami,
Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan💐

Address

No. U1402, Peti Surat 81124, Jalan OKK Abdullah,, Labuan Federal Territory
Labuan
87021

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Wanita Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share