Jabatan Pengangkutan Jalan Lahad Datu

Jabatan Pengangkutan Jalan Lahad Datu Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi no pejabat yang disediakan

12/08/2026

𝑰𝑡𝑭𝑢 𝑱𝑷𝑱

🚦 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 πŒπ„πŒπ€π“π”π‡πˆ π‹π€πŒππ” πˆπ’π˜π€π‘π€π“

Lampu isyarat merupakan salah satu elemen penting dalam memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya. Setiap warna mempunyai maksud yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya.

πŸ”΄ MERAH – BERHENTI
Berhenti sepenuhnya di garisan berhenti dan jangan meneruskan perjalanan.

🟑 KUNING – BERSEDIA
Bersedia untuk berhenti dan jangan memecut untuk melintasi isyarat.

🟒 HIJAU – JALAN
Teruskan perjalanan apabila keadaan jalan selamat dan tiada halangan.

⚠️ Patuhi setiap isyarat, utamakan keselamatan. Jangan mengambil risiko kerana kecuaian sesaat boleh mengundang kemalangan.

Pandu Cermat, Sampai Selamat.

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sabah

12/08/2026

SEKILAS MELIHAT TELEFON, RISIKO KEMALANGAN MENINGKAT BERKALI GANDA

Masih ramai pemandu menggunakan telefon bimbit ketika memandu walaupun menyedari perbuatan tersebut boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Setiap kali mata beralih daripada jalan raya untuk membaca mesej, menjawab panggilan atau melayari media sosial, tumpuan pemanduan akan terganggu dan masa tindak balas terhadap situasi kecemasan menjadi lebih perlahan.

🚫 Jangan gunakan telefon bimbit ketika memandu.
🚫 Jangan membaca atau membalas mesej.
🚫 Jangan biarkan gangguan digital mengatasi keselamatan.

βœ… Fokus sepenuhnya kepada pemanduan.
βœ… Berhenti di lokasi yang selamat jika perlu menggunakan telefon.
βœ… Jadilah pemandu yang bertanggungjawab.







πŸ”„ Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

11/08/2026

πŸ—ΊοΈ ROUTE MAP | LANGKAH MERDEKA FUN RUN JPJ SABAH 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Laluan 7 KM sudah tersedia! πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ

Untuk semua peserta, jom semak dan biasakan diri dengan laluan sebelum hari acara. Dalam route map ini turut ditandakan lokasi Start & Finish, Water Station, Aid Station, Check Point, Marshal, Traffic (PDRM), tandas, parkir dan kemudahan lain sepanjang laluan.

πŸ“… 12 September 2026 (Sabtu)
⏰ 6.30 pagi
πŸ“ JPJ Negeri Sabah, Bundusan Penampang
πŸƒ 7 KM FUN RUN

Simpan route map ini sebagai rujukan dan bersedia untuk 7 KM Langkah Merdeka! πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ

DESKRIPSI LALUAN

JPJ BUNDUSAN -> ROUNDABOUT PAVILLION -> TRAFFIC LIGHT KDCA -> BULATAN NENAS -> JALAN PENAMPANG LAMA -> TAMAN REGENCY PARK -> JALAN PENAMPANG LAMA - JALAN BUNDUSAN -> BULATAN PAVILION -> JPJ BUNDUSAN

LINK PENDAFTARAN :

Yang belum mendaftar boleh daftar melalui : https://jpjsabahmy.com/jpjfunrun/

SETIA DEMI PERTIWI

02/08/2026

Jangan Lawan Letih, Rehat Sebelum Terlambat.

Rasa mengantuk dan keletihan ketika memandu bukan sekadar mengurangkan fokus, malah boleh menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa dalam sekelip mata.

Jika mata mula terasa berat, kerap menguap atau hilang tumpuan, segera berhenti di kawasan rehat yang selamat. Berehat seketika atau tidur sekejap sebelum meneruskan perjalanan.








πŸ”„ Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan ray

27/07/2026

π’πˆπŒππ€ππ† ππ„π‘ππ„π“π€πŠ πŠπ”ππˆππ†: πŠπ„π“π€π‡π”πˆ ππ„π‘π€π“π”π‘π€πππ˜π€

Simpang berpetak kuning diwujudkan bagi memastikan aliran trafik kekal lancar dan mengelakkan kesesakan di persimpangan. Setiap pengguna jalan raya bertanggungjawab mematuhi peraturan yang ditetapkan demi keselamatan dan kelancaran perjalanan semua.

Ingat tiga perkara penting:
⛔️ Jangan memasuki petak kuning jika laluan keluar belum jelas atau masih sesak.
⛔️ Jangan berhenti di dalam petak kuning di belakang kenderaan yang tidak bergerak.
⛔️ Pastikan keseluruhan kenderaan telah melepasi petak kuning sebelum berhenti.

Patuhi peraturan jalan raya, amalkan sikap bertimbang rasa dan bersama-sama memastikan perjalanan lebih selamat untuk semua.



27/07/2026

π€πƒπ•πŽπŠπ€π’πˆ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 π‘π€π˜π€

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Teruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Perak untuk sebarang informasi terkini.







✍🏻 oleh : PRO

26/07/2026
12/07/2026

Info JPJ

11/07/2026

INFO JPJ

Segitiga kecemasan merupakan peralatan keselamatan penting yang perlu ada di dalam setiap kenderaan. Ia berfungsi memberi amaran awal kepada pengguna jalan raya lain sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan atau kecemasan di jalan raya.




11/07/2026

AWAS! Hati-Hati Memandu di Kawasan Perumahan

Kawasan perumahan merupakan kawasan berisiko tinggi kerana kehadiran kanak-kanak, pejalan kaki, penunggang basikal serta kenderaan yang keluar masuk dari simpang dan rumah kediaman.

βœ… Kurangkan kelajuan
βœ… Sentiasa peka dengan pergerakan sekeliling
βœ… Berhenti sepenuhnya di persimpangan dan lintasan pejalan kaki
βœ… Elakkan gangguan seperti penggunaan telefon bimbit ketika memandu







πŸ”„ Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

Address

Jalan Silam
Lahad Datu Town
91122

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengangkutan Jalan Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share