Upko Lahad Datu

Upko Lahad Datu UPKO P188 LAHAD DATU

26/08/2026

Kerjasama kerajaan, sektor swasta penting lonjakkan ekonomi Sabah – Ewon

25 Ogos 2026

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri dan sektor swasta perlu terus berganding bahu dalam memacu pertumbuhan serta membentuk masa depan ekonomi Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mempunyai peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong pertumbuhan perniagaan dan pelaburan melalui dasar yang bersesuaian, penyediaan infrastruktur, kesalinghubungan, fasilitasi serta bentuk sokongan lain.

Bagaimanapun katanya, kerajaan tidak mampu membina masa depan ekonomi Sabah secara bersendirian, justeru penyertaan kukuh sektor swasta khususnya ketua pegawai eksekutif (CEO), usahawan dan pemimpin industri amat penting bagi melengkapi usaha kerajaan.

“Kerajaan tidak mampu membina masa depan ekonomi Sabah secara bersendirian. Sebab itu, penyertaan kukuh sektor swasta, khususnya CEO, usahawan dan pemimpin industri amat penting dalam melengkapi usaha kerajaan memacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang kepada rakyat.

“Saya percaya pemimpin-pemimpin industri mempunyai peranan penting dalam membentuk fasa seterusnya pembangunan ekonomi Sabah.

“Pengetahuan dan pengalaman yang dikongsikan akan menjadi lebih bernilai apabila ia menghasilkan idea baharu, kerjasama perniagaan, pelaburan dan inisiatif yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan pada program CEO Masterclass 2026 anjuran Sabah Young Business and Industry Leaders (SYBIL) dan Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia.

Semoga peringatan Maulidur Rasul hari ini menguatkan lagi nilai kasih sayang, keamanan dan hormat-menghormati agar kekuatan keharmonian terus terpelihara di dalam negara kita.

25/08/2026
25/08/2026
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidu...
25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448 Hijrah kepada seluruh umat Islam, khususnya masyarakat Islam di Lahad Datu, serta di seluruh Sabah dan Malaysia.

Sebagai seorang pemimpin yang mewakili masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, saya amat menghargai nilai-nilai murni yang terkandung dalam sambutan Maulidur Rasul, khususnya nilai kasih sayang, saling menghormati, keharmonian dan perpaduan.

Nilai-nilai tersebut amat penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang hidup dalam suasana aman, saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira perbezaan agama, kaum mahupun latar belakang.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi satu kesempatan untuk kita terus memperkukuhkan semangat perpaduan, toleransi dan kebersamaan demi kesejahteraan seluruh rakyat Lahad Datu dan Sabah.

Ikhlas daripada,
YBhg. Datuk Basari Sarkun
Ketua Bahagian UPKO Lahad Datu

Datuk Basari Sarkun Ketua Bahagian UPKO Lahad Datu merangkap Naib Presiden UPKO Malaysia dan warga UPKO Bahagian Lahad D...
14/08/2026

Datuk Basari Sarkun Ketua Bahagian UPKO Lahad Datu merangkap Naib Presiden UPKO Malaysia dan warga UPKO Bahagian Lahad Datu mengucapkan Selamat Ulang Tahun kepada Puan Noorain Ali, Ketua Wanita UPKO Bahagian Lahad Datu.

Semoga Tuhan mengurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan, rezeki yang melimpah, serta kekuatan dan kebijaksanaan dalam terus memimpin Pergerakan Wanita UPKO Bahagian Lahad Datu.

Terima kasih atas komitmen, dedikasi dan sumbangan yang tidak ternilai dalam memperkukuh perjuangan parti, memperkasakan wanita serta berkhidmat untuk masyarakat.

Semoga tahun yang baharu ini membawa lebih banyak kejayaan, keberkatan dan rahmat dalam setiap langkah perjuangan.

Selamat Ulang Tahun, Puan Noorain Ali.

Ikhlas daripada,
UPKO Bahagian Lahad Datu
Sabah First

10/8/2026 PENAMPANGTahniah dan syabas kepada seluruh warga UPKO!Syukur ke hadrat Tuhan kerana Persidangan Perwakilan Tri...
12/08/2026

10/8/2026 PENAMPANG

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga UPKO!

Syukur ke hadrat Tuhan kerana Persidangan Perwakilan Tritahunan Ke-17 UPKO Malaysia yang berlangsung di Dewan KDCA Penampang, Kota Kinabalu telah berjaya disempurnakan dengan penuh semangat perjuangan, kematangan demokrasi dan komitmen yang tinggi daripada seluruh perwakilan.

Persidangan kali ini menyaksikan proses pemilihan kepimpinan UPKO bagi sesi 2026–2029, termasuk pengundian bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan. Alhamdulillah, Presiden dan Timbalan Presiden UPKO telah menang tanpa bertanding, satu manifestasi keyakinan dan kepercayaan ahli terhadap kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan demi Sabah dan Malaysia.

Dalam masa yang sama, beberapa jawatan turut menyaksikan pertandingan yang sengit, mencerminkan amalan demokrasi yang sihat dalam parti. Perbahasan yang berlangsung juga penuh dengan idea, pandangan dan cadangan membina yang memberi fokus kepada isu-isu rakyat, pembangunan Sabah serta hala tuju UPKO pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah berjaya dipilih. Kepada yang tidak berjaya, perjuangan tidak berakhir di sini. Teruskan menyumbang tenaga, idea dan khidmat bakti demi memperkukuhkan parti serta membela kepentingan rakyat. Kemenangan sebenar adalah apabila UPKO terus kukuh, bersatu dan diyakini oleh rakyat.

Kami dari UPKO Bahagian Lahad Datu turut merakamkan rasa syukur dan bangga atas kemenangan YBhg. Datuk Basari Sarkun, Ketua Bahagian UPKO Lahad Datu, yang telah menang tanpa bertanding sebagai Naib Presiden UPKO Malaysia. Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, pengalaman dan komitmen beliau dalam memperjuangkan aspirasi rakyat Sabah.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Saudara Craig Poster Paul, Ketua Pemuda UPKO Bahagian Lahad Datu, yang turut menang tanpa bertanding sebagai Ahli Exco Biasa Pergerakan Pemuda UPKO Malaysia bagi sesi 2026–2029. Kejayaan ini mencerminkan keyakinan terhadap kepimpinan generasi muda UPKO dan menjadi suntikan semangat kepada seluruh jentera Pemuda dalam meneruskan perjuangan parti.

Sekalung penghargaan dan tahniah juga kepada semua perwakilan Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Bahagian UPKO Lahad Datu yang hadir menunaikan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Kehadiran dan penyertaan saudara-saudari membuktikan bahawa kekuatan UPKO terletak pada kesatuan, disiplin dan kesungguhan seluruh jentera parti.

Marilah kita melangkah ke hadapan dengan tekad yang lebih utuh, memperkukuhkan perpaduan, memperhebatkan gerak kerja dan meneruskan perjuangan berlandaskan semangat Sabah First demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat Sabah.

Tahniah kepada semua. Teruskan perjuangan, teruskan berkhidmat!

Sabah First!

Sekalung TahniahSeluruh kepimpinan UPKO Bahagian Lahad Datu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Basari...
09/08/2026

Sekalung Tahniah

Seluruh kepimpinan UPKO Bahagian Lahad Datu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Basari Sarkun atas kemenangan tanpa bertanding sebagai Naib Presiden UPKO bagi penggal 2026–2029.

Kejayaan ini merupakan satu penghormatan dan kebanggaan buat seluruh warga UPKO Bahagian Lahad Datu. Semoga YBhg. Datuk terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam memikul amanah serta memperkukuh perjuangan UPKO demi masa depan Sabah.

Tahniah dan syabas!

Daripada:
UPKO Bahagian Lahad Datu
Sabah First

Address

Lahad Datu Town

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Upko Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Upko Lahad Datu:

Shortcuts

Share