Eastern Sabah Security Command

Eastern Sabah Security Command Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Eastern Sabah Security Command, Government Organization, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Kementerian Dalam Negeri, Blok B Kompleks Komersial Bandar Harbour, Jalan Pantai, Lahad Datu Town.
(1)

Laman FB yang menyalurkan maklumat semasa dan sahih mengenai Zon Selamat Sabah Timur atau Eastern Sabah Safety Zone (ESS Zone) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berpangkalan di Lahad Datu, Sabah.

BERHENTI SEBELUM KONGSI — SEMAK, FIKIR, JANGAN SEBARSetiap perkongsian di media sosial membawa kesan. Sebelum mempercaya...
16/08/2026

BERHENTI SEBELUM KONGSI — SEMAK, FIKIR, JANGAN SEBAR

Setiap perkongsian di media sosial membawa kesan. Sebelum mempercayai atau menyebarkan sesuatu kandungan, pastikan sumbernya sahih, maklumatnya benar dan tidak mengandungi unsur kebencian, provokasi atau fahaman yang boleh menggugat keharmonian masyarakat. Sikap berhati-hati dalam ruang digital merupakan sebahagian daripada tanggungjawab bersama menjaga keselamatan negara.

“MyPCVE menjadi panduan penting kepada seluruh pemegang taruh dalam menangani ancaman fahaman pelampau keganasan di Malaysia.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE) 2024–2028 menggariskan pendekatan menyeluruh melibatkan kerajaan, sektor swasta, media, institusi pendidikan dan masyarakat dalam mencegah serta menangani ancaman fahaman pelampau keganasan. Pelan ini berteraskan pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dan pengukuhan.

Sebelum menekan butang “kongsi”, tanyakan kepada diri:

Siapa sumbernya?
Adakah maklumat ini benar?
Adakah ia membangkitkan kebencian?
Apakah kesannya jika saya sebarkan?

Dalam dunia digital yang pantas, satu perkongsian tanpa semakan boleh mencetuskan salah faham, kebencian dan perpecahan. Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab serta bersama-sama membina ruang digital yang lebih selamat, harmoni dan berintegriti.

SEMAK. FIKIR. JANGAN SEBAR.
☎️ Talian Utama: 999
☎️ Majlis Keselamatan Negara (MKN): 03-8888 2010
☎️ Malaysia Government Call Centre (MyGCC): 03-8000 8000

Sumber: Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan 2024–2028 (MyPCVE), Kementerian Dalam Negeri.

Sumber: KDN
https://www.facebook.com/share/p/1HRojNka1r/?mibextid=wwXIfr

JANGAN JADI SEBAHAGIAN RANTAIAN — HENTI. SEMAK. JANGAN SEBAR.Kandungan berbahaya tidak perlu dikongsi semula untuk diteg...
16/08/2026

JANGAN JADI SEBAHAGIAN RANTAIAN — HENTI. SEMAK. JANGAN SEBAR.

Kandungan berbahaya tidak perlu dikongsi semula untuk ditegur atau dikritik. Setiap perkongsian, komen atau interaksi boleh memperluas capaian kandungan tersebut dan membuka ruang kepada penyebaran kebencian, provokasi serta pengaruh negatif. Jika kandungan itu berbahaya, jangan tambah capaiannya — laporkan melalui saluran yang betul.

“MyPCVE menjadi rujukan dan panduan penting kepada seluruh pemegang taruh dalam menangani ancaman fahaman pelampau keganasan di Malaysia.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE) 2024–2028 menggariskan pendekatan menyeluruh yang melibatkan pelbagai sektor termasuk kerajaan, swasta, media, pendidikan dan masyarakat dalam usaha mencegah serta menangani ancaman fahaman pelampau keganasan.

Dalam ruang digital, tindakan kita mempunyai kesan. Jangan kongsi semula. Jangan tambah capaian. Lapor jika berbahaya. Bersama-sama kita putuskan rantaian penyebaran kandungan yang boleh menggugat keharmonian, ketenteraman dan keselamatan masyarakat.

HENTI. SEMAK. JANGAN SEBAR.
☎️ Talian Utama: 999
☎️ Majlis Keselamatan Negara (MKN): 03-8888 2010
☎️ Malaysia Government Call Centre (MyGCC): 03-8000 8000

Sumber: Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan 2024–2028 (MyPCVE), Kementerian Dalam Negeri.

Sumber: KDN
https://www.facebook.com/share/p/1DV7PAevCV/?mibextid=wwXIfr

JANGAN ABAIKAN TANDA AMARAN — KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMAKeselamatan komuniti bermula dengan kepekaan setiap darip...
16/08/2026

JANGAN ABAIKAN TANDA AMARAN — KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Keselamatan komuniti bermula dengan kepekaan setiap daripada kita. Sekiranya mengesan ancaman, hasutan keganasan atau sebarang situasi mencurigakan, jangan tunggu — laporkan segera kepada pihak berkuasa. Tindakan pantas dan laporan awal mampu membantu mencegah ancaman sebelum ia berkembang menjadi risiko yang lebih besar kepada masyarakat.

“MyPCVE perlu menjadi rujukan dan panduan penting dalam menangani ancaman fahaman pelampau keganasan di Malaysia.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE) 2024–2028 merupakan kerangka komprehensif negara yang menggembleng peranan kerajaan, sektor swasta, media, institusi pendidikan serta masyarakat dalam memperkukuh usaha pencegahan dan menangani ancaman fahaman pelampau keganasan. Pelaksanaannya berteraskan pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dan pengukuhan.

☎️ Talian Utama: 999
☎️ Majlis Keselamatan Negara (MKN): 03-8888 2010
☎️ Malaysia Government Call Centre (MyGCC): 03-8000 8000

Jangan mengambil mudah tanda-tanda awal yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara. Kepekaan, tindakan segera dan kerjasama masyarakat menjadi benteng penting dalam melindungi keluarga, komuniti dan negara.

PILIH KEAMANAN, TOLAK KEGANASAN.

Sumber: Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan 2024–2028 (MyPCVE), Kementerian Dalam Negeri.

Sumber: KDN
https://www.facebook.com/share/p/1DKk7JwLLC/?mibextid=wwXIfr

OPERATIF PASUKAN KHAS ESSCOM SERTAI EKSPEDISI PUNCAK GUNUNG KINABALU JABATAN PEGUAM NEGARA 2026Jabatan Peguam Negara Mal...
16/08/2026

OPERATIF PASUKAN KHAS ESSCOM SERTAI EKSPEDISI PUNCAK GUNUNG KINABALU JABATAN PEGUAM NEGARA 2026

Jabatan Peguam Negara Malaysia telah menganjurkan Ekspedisi Puncak Gunung Kinabalu 2026 diketuai Peguam Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar yang menyaksikan penyertaan seramai 25 peserta dari seluruh negara termasuk dua orang Operatif Pasukan Khas ESSCOM dalam misi menawan puncak Gunung Kinabalu.

Ekspedisi dianjurkan oleh Jabatan Peguam Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara Cawangan Negeri Sabah telah bermula pada 14 Ogos 2026 dan YBhg. Tan Sri Peguam Negara serta pasukannya telah berjaya menakluk puncak gunung ini pada 15 Ogos 2026 serta seterusnya telah selamat menamatkan pendakian turun ke Timpohon Gate pada 16 Ogos 2026.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Peguam Negara dan pasukan pendakian AGC serta kedua-dua Operatif Pasukan Khas ESSCOM atas kejayaan menakluk puncak Akinabalu!!!

MISI MENAWAN PUNCAK MENARA KAYANGAN, GUNUNG SILAM LAHAD DATUKetua Pegawai Eksekutif ESSCOM, YBhg. Datuk Dr. Jamaluddin b...
16/08/2026

MISI MENAWAN PUNCAK MENARA KAYANGAN, GUNUNG SILAM LAHAD DATU

Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, YBhg. Datuk Dr. Jamaluddin bin Mohd. Ali selaku Penaung Kelab Kebajikan dan Rekreasi ESSCOM (KKRE) bersama-sama Ketua Staf Bahagian Operasi Laut, Laksamana Pertama Maritim Abd Razak bin Mohamed merangkap Pengerusi KKRE telah berjaya memimpin warga ESSCOM dalam Misi Menawan Puncak Menara Kayangan anjuran KKRE pada 15 Ogos 2026 di Gunung Silam, Lahad Datu.

Seramai 50 warga ESSCOM berjaya menamatkan misi pendakian sejauh 10 kilometer dengan ketinggian 800 meter dari aras laut di gunung tersebut. Para peserta diuji dengan laluan mencabar Denai Kubu Jepun yang kaya dengan flora dan fauna sebelum menamatkan pendakian di Puncak Menara Kayangan.

Pendakian ini merupakan sebahagian daripada siri latihan intensif yang dirangka ESSCOM Runners untuk misi persediaan fizikal serta mental buat warga ESSCOM yang akan menggalas cabaran yang lebih besar iaitu Misi Menawan Gunung Kinabalu pada bulan hadapan!

Istimewanya, misi kali ini turut dilaksanakan sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Bendera Sabah. Warga ESSCOM dengan penuh bangga telah mengibarkan megah bendera Malaysia dan Sabah di puncak Menara Kayangan sebagai simbolik menyemarakkan bulan kebangsaan dan menzahirkan rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air serta bumi di bawah bayu.

Selain menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), program ini menjadi wadah terbaik dalam memperkukuh ukhuwah sesama warga kerja.

Terima kasih tidak terhingga kepada rakan strategik, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Perhutanan Sabah Daerah Lahad Datu yang turut sama menjayakan program ini! Satu bukti semangat kerja berpasukan yang tinggi menjadi pendorong kepada prestasi kerja dan penyampaian perkhidmatan yang berkesan buat masyarakat di Sabah Timur.

15/08/2026

Hentikan sebar spekulasi dan maklumat tidak sahih!!! Pihak Berkuasa Malaysia sedang memantau dan akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Berita Pilihan: Polis nafi kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna, Lahad DatuPETALING JAYA: Polis menafikan ...
15/08/2026

Berita Pilihan: Polis nafi kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna, Lahad Datu

PETALING JAYA: Polis menafikan dakwaan tular di media sosial mengenai kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata ke Semporna dan Lahad Datu.

Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana situasi keselamatan di kawasan berkenaan berada dalam keadaan terkawal.

Katanya, ESSCOM juga sentiasa menjalankan pemantauan dan kawalan keselamatan, khususnya di perairan serta lokasi-lokasi strategik dalam Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

“Langkah berkenaan termasuk pemantauan berterusan bagi mengesan sebarang ancaman atau aktiviti mencurigakan yang boleh menjejaskan keselamatan penduduk dan kawasan perairan Sabah Timur,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau turut menasihati supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana ia boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Sebarang maklumat berkaitan ancaman keselamatan hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan dan pengesahan lanjut,” katanya.

Terdahulu, tular satu hantaran Facebook mendakwa sekumpulan lelaki bersenjata tiba di Semporna dan Lahad Datu. Sumber: UTUSAN

KENYATAAN PERINGATAN ESSCOM:

Orang Awam dinasihatkan untuk berhenti menyebarkan spekulasi dan maklumat tidak sahih berkenaan dakwaan tersebut.

Tindakan menyebar maklumat yang belum disahkan boleh menimbulkan kegusaran masyarakat serta mengganggu ketenteraman awam.

Pihak berkuasa memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas di bawah Undang-undang Malaysia terhadap mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu.

Orang ramai diminta untuk merujuk hanya kepada sumber rasmi seperti Polis Diraja Malaysia, ESSCOM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk maklumat yang sahih.

Sebarang maklumat berkaitan insiden keselamatan boleh disalurkan terus kepada pihak berkuasa yang berhampiran.

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA KE ESSCOMKetua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN) Majlis Keselamatan Neg...
13/08/2026

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA KE ESSCOM

Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Raja Dato’ Nushirwan bin Zainal Abidin diiringi Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri; YBhg. Dato' Haji Ahmad Hamizan bin Mohd Yusof mengadakan lawatan kerja rasmi ke Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) yang disambut oleh Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), YDH DCP Datuk Victor B Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, YBhg. Datuk Dr. Jamaluddin bin Mohd. Ali pagi tadi di Pejabat ESSCOM, Lahad Datu.

Lawatan kerja tersebut bertujuan membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan keselamatan nasional dan kawalan sempadan negara khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Hadir sama Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kedaulatan Maritim, YBrs. Tuan Khairul Azhar (Nik) bin Abu Bakar; Pengarah Keselamatan Negeri Sabah YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman serta Ketua-ketua Staf Bahagian Keselamatan ESSCOM, Pegawai-pegawai Kanan ESSCOM, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan MKN.

MAJLIS APRESIASI DIHOSKAN OLEH YB MENTERI DALAM NEGERI SEMPENA PROGRAM TAKLIMAT DAN TINJAUAN KESELAMATAN BERSAMA-SAMA PE...
13/08/2026

MAJLIS APRESIASI DIHOSKAN OLEH YB MENTERI DALAM NEGERI SEMPENA PROGRAM TAKLIMAT DAN TINJAUAN KESELAMATAN BERSAMA-SAMA PERWAKILAN ASING DI ESS ZONE 2026

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan Majlis Apresiasi bersempena Program Taklimat dan Tinjauan Keselamatan Menteri Dalam Negeri bersama-sama Perwakilan Asing di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) yang diiringi oleh Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), YDH DCP Datuk Victor B Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, YBhg. Datuk Dr. Jamaluddin bin Mohd. Ali pada 7 Ogos 2026 di Sandakan.

Majlis anjuran bersama KDN, ESSCOM dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) ini turut dihadiri Pembantu Menteri kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, YB Dr. Andi Md Shamsureezal bin Mohd Sainal, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman dan Setiausaha Tetap KePKAS, YBhg. Datuk Josie Lai Ming Sing bersama-sama dengan 14 orang Perwakilan Asing dari 10 negara iaitu United Kingdom, Finland, Itali, Belgium, Austria, Perancis, Republik Czech, Slovakia, Amerika Syarikat serta satu dari pertubuhan antarabangsa, Kesatuan Eropah.

Majlis yang berlangsung dengan tema keunikan kepelbagaian budaya masyarakat di Sabah ini merupakan wadah interaksi dalam suasana yang santai bagi menghargai kehadiran dan kerjasama para wakil diplomatik yang telah bersama-sama menyertai siri lawatan dan tinjauan keselamatan ke kawasan-kawasan pelancongan utama di ESS Zone.

Selain itu, kehadiran para perwakilan ini ke lapangan adalah penting untuk mereka melihat, menilai dan berinteraksi secara langsung dengan komuniti, agensi keselamatan serta pengusaha pelancongan sebagai satu langkah ke hadapan dalam usaha membetulkan persepsi sedia ada terhadap kawasan ini.
Dalam Ucaptama YB MDN semasa majlis ini, beliau menaruh kepercayaan bahawa membina keyakinan komuniti antarabangsa memerlukan keterbukaan, ketelusan dan usaha berterusan. Bukan sekadar dengan laporan dan angka, tetapi dengan pengalaman nyata dan hubungan yang tulus. Langkah ini kecil pada pandangan sesetengah pihak, tetapi impaknya besar buat negara dan kesejahteraan masyarakat.

Komitmen ini jelas mencerminkan kesungguhan kerajaan melalui KDN bagi memperkukuh hubungan diplomatik dan keselamatan serantau menerusi pendekatan MADANI yang inklusif dan berdaya saing demi menjamin keselamatan serantau dan insan.
Hadir sama Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, YB Datuk Joniston Bangkuai; Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah, YB Datuk Zainudin bin Aman; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN; YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, YBhg. Datuk Hj. Ag. Shahminan bin Datuk Hj. Ag. Sahari; Setiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, YBhg. Datuk Zulkifli bin Abidin; Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH CP Datuk Mohd Azhar bin Hamin; Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim; Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah YBhg. Datuk Sh Sitti Saleha @ Sh Saleha binti Habib Yussof; Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA), YDH SAC Datuk Nor Omar bin Sappi; Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Encik Irman bin Tajuddin Edy; Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Brigedier Jeneral Megat Maz Ardi bin Haji Nohuddin, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali; Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, YDH ACP Ahmad Amri bin Abd Rahman; Pengarah Muzium Sabah, Encik Aldofus Lester John Milip serta warga ESSCOM, KDN, KePKAS, STB, Jabatan Perhutanan Sabah, Sekretariat SMJ, Jabatan Muzium Sabah, Taman-Taman Sabah serta Jabatan/ agensi Persekutuan dan Negeri Sabah.

MAJLIS MAKAN MALAM RESEPSI SEMPENA PROGRAM TAKLIMAT DAN TINJAUAN KESELAMATAN MENTERI DALAM NEGERI BERSAMA PERWAKILAN ASI...
13/08/2026

MAJLIS MAKAN MALAM RESEPSI SEMPENA PROGRAM TAKLIMAT DAN TINJAUAN KESELAMATAN MENTERI DALAM NEGERI BERSAMA PERWAKILAN ASING DI ESS ZONE 2026

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), YB Datuk Jafry bin Hj Ariffin dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman telah menyempurnakan Majlis Makan Malam Resepsi sempena Program Taklimat dan Tinjauan Keselamatan Menteri Dalam Negeri bersama dengan Perwakilan Asing di Daerah Sandakan yang diiringi oleh Komander ESSCOM, YDH DCP Datuk Victor B Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, YBhg. Datuk Dr. Jamaluddin bin Mohd. Ali pada 6 Ogos 2026 di Sandakan.

Antara pengisian utama program ialah taklimat keselamatan semasa ESS Zone yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Tindakan Awam ESSCOM, potensi pelaburan ekonomi di negeri Sabah oleh Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya dan promosi sektor pelancongan di Sabah oleh pihak Sabah Tourism Board (STB) serta sesi ramah mesra dengan 14 orang Perwakilan Asing dari 10 buah negara United Kingdom, Finland, Itali, Belgium, Austria, Perancis, Republik Czech, Slovakia, Amerika Syarikat dan satu dari pertubuhan antarabangsa, Kesatuan Eropah yang diundang khas KDN.

Hadir sama Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, YB Datuk Joniston Bangkuai; Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah, YB Datuk Zainudin bin Aman; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN; YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, YBhg. Datuk Hj. Ag. Shahminan bin Datuk Hj. Ag. Sahari; Setiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, YBhg. Datuk Zulkifli bin Abidin; Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim; Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Encik Irman bin Tajuddin Edy; Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Brigedier Jeneral Megat Maz Ardi bin Haji Nohuddin, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali serta warga ESSCOM, KDN, KePKAS, STB, Jabatan Perhutanan Sabah, Sekretariat SMJ, Jabatan Muzium Sabah, Taman-Taman Sabah serta Jabatan/ agensi Persekutuan dan Negeri Sabah.

Address

Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Kementerian Dalam Negeri, Blok B Kompleks Komersial Bandar Harbour, Jalan Pantai
Lahad Datu Town
91100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eastern Sabah Security Command posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share