05/05/2017
Sebagai sebuah negeri kedua terbesar di Malaysia yang terletak di utara kepulauan Borneo, Sabah ialah negeri yang sangat kaya dengan hutan yang subur menghijau dan menjadi tempat perlindungan pelbagai hidupan liar.
Demi menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang terpelihara, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memelihara hidupan liar dan dalam masa yang sama menyeimbangkan ekosistem melalui aktiviti pemeliharaan, pendidikan dan penyelidikan.
Projek Rileaf ialah satu Inisiatif program penanaman semula hutan dan kelestarian minyak sawit di Sabah yang akan terus dilaksanakan sehingga tahun 2017, sejajar dengan komitmen Nestle terhadap kelestarian alam sekitar.
Projek RiLeaf telah diasaskan untuk memulihkan hutan pinggir sungai dengan menanam semula pokok di sepanjang Sungai Kinabatangan sebagai langkah membantu mengurangkan pencemaran air, di samping meningkatkan kesedaran tentang amalan penanaman kelapa sawit lestari dalam kalangan masyarakat tempatan.
Projek RiLeaf, usaha penghutanan semula tepian sungai dan inisiatif kemampanan minyak sawit yang bertujuan mengekalkan salah satu ekosistem terkaya di dunia dengan mewujudkan lanskap bagi alam semula jadi iaitu tumbuhan dan haiwan, manusia dan pertanian boleh wujud bersama.