Hospital Lahad Datu

Hospital Lahad Datu "FB Hospital Lahad Datu,adalah untuk menyampaikan Aktviti-aktiviti terkini yang dijalankan,SEBARANG ADUAN sila kemukakan ke email [email protected]

Pengenalan
1. Pendahuluan

1.1 Latar belakang Daerah Lahad Datu. Hospital Lahad Datu terletak di bahagian Pantai Timut Negeri Sabah, bersempadan dengan daerah Kinabatangan di sebelah utara manakala sebekah barat bersempadan dengan daerah Kunak. Daerah Lahad Datu mempunyai keluasan 6500 km persegi @ 687,372 hektar.. Jumlah penduduk untuk daerah Lahad Datu adalah seramai 156,297 orang (mengikut ban

cian 2000) yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Bajau, Cina, kadazan, Suluk, Bugis dan sebagainya. Kegiatan sosio-ekonomi penduduk Lahad Datu adalah pertanian dan perikanan serta golongan kecil yang terlibat dengan perusahaan sarang burung, penternakan dan pembalakan. Kebanyakan daerah Lahad Datu diliputi dengan tanaman pokok kelapa sawit samada dimiliki oleh pekebun-pekebun kecil ataupun Syarikat yang besar. Salah satu lading yang terbesar adalah Felda Sahabat , salah satu lading kelapa sawit yang terbesar diMalaysia. Daerah Lahad Datu sedang giat memajukan

Daerah Lahad Datu boleh dihubungi melalui sistem jalan raya yang berturap serta perhubungan penerbangan udara melalui Mas Wing. Pertajalan darat adripada daripada Kota Kinabali ke Lahad Datu memakan masa selama 8 jam, 2 jam daripadaSandakandan 2 jam perjalanan ke Tawau.

1.2 Latar belakang Hospital Lahad Datu. Hospital Lahad Datu mula beroperasi di bangunan baru pada tanggal 1 April 2004 setelah berpindah daripada bangunan asal yang pada asalnya dikenali sebagai nama Hospital Ann, Hospital baru Lahad Datu dibina dengan harga RM208 juta ringgit oleh kontraktor UEM dengan kerjasama SEDCO. Hospital ini dibina di tapak tanah seluas 23.1 hektar yang terdiri daripada bangunan blok utama, bangunan kediaman kakitangan . Hospital ini mengandungi 268 katil.

Sukacita dimaklumkan, Jabatan Oftalmologi dengan kerja sama Unit Perubatan Transfusi akan menganjurkan *Program Saringan...
20/08/2026

Sukacita dimaklumkan, Jabatan Oftalmologi dengan kerja sama Unit Perubatan Transfusi akan menganjurkan *Program Saringan Mata & Derma Darah*

Tarikh: 21 Ogos 2026
Masa : 8 pagi - 4 petang
Tempat: Klinik Kesihatan Tungku

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
1. Ceramah kesihatan
2. Saringan mata
3. Konsultasi berkaitan penyakit mata
4. Derma darah

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.

Jabatan Oftalmologi
Hospital Lahad Datu

๐ŸŽ“โœจ SEKALUNG TAHNIAH & SYABAS โœจ๐ŸŽ“Pihak Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga Kerja Hospital Lahad Datu merakamkan setingg...
15/08/2026

๐ŸŽ“โœจ SEKALUNG TAHNIAH & SYABAS โœจ๐ŸŽ“

Pihak Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga Kerja Hospital Lahad Datu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada

SAZALINNAH BINTI SALIM

atas kejayaan membanggakan apabila dianugerahkan sebagai GRADUAN CEMERLANG BAGI PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN PERAWATAN RAPI (ADC) sempena Istiadat Konvokesyen 2026, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Zon Sabah, bertempat di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah.

๐Ÿ† Kejayaan ini bukan sahaja menjadi pencapaian peribadi dan profesional yang amat bermakna, malah turut membawa serta mengharumkan nama Hospital Lahad Datu.

Hospital Lahad Datu amat berbangga dengan warga kerjanya daripada pelbagai profesion dan disiplin yang terus mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang โ€” sama ada akademik, profesional, inovasi, penyelidikan, sukan, kesenian mahupun pencapaian lain.

Setiap kali anda melangkah membawa jati diri dan nama profesion, anda turut membawa bersama nama Hospital Lahad Datu. Setiap kejayaan yang diraih menjadi sebahagian daripada kebanggaan organisasi dan bukti bahawa warga Hospital Lahad Datu mampu menyerlah serta mencipta kecemerlangan di mana sahaja berada. ๐Ÿฅโœจ

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja Hospital Lahad Datu untuk terus menimba ilmu, meningkatkan kompetensi, berani mencabar kemampuan diri dan mengejar kecemerlangan.

ยซโ€œJadikan ilmu sebagai bekalan, teruskan melangkah, jangan pernah berputus asa dan jangan pernah berhenti percaya pada diri sendiri. Kejayaan yang paling berharga apabila ilmu dan pencapaian memberi inspirasi kepada semua.โ€
โ€” Sazalinnah Binti Salimยป

๐ŸŒน Tahniah atas pencapaian yang membanggakan. Terus melangkah, terus berbakti dan terus menjadi inspirasi.

Tulus ikhlas daripada:
Pihak Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga Kerja
HOSPITAL LAHAD DATU

๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS | NAIB JOHAN PERTANDINGAN POSTER AMALAN BAIK KKP 2026Pihak Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Hos...
07/08/2026

๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS | NAIB JOHAN PERTANDINGAN POSTER AMALAN BAIK KKP 2026

Pihak Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Hospital Lahad Datu merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada SN Arman Hamsah, Jururawat U5, Unit Survelan Klinikal, Hospital Lahad Datu, atas kejayaan merangkul Naib Johan Pertandingan Poster Amalan Baik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) sempena Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia (World OSH Day) 2026 Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia, yang telah berlangsung pada 5 Ogos 2026 di Kuching, Sarawak. ๐ŸŽ‰๐Ÿ†

Lebih membanggakan, sebanyak tujuh (7) karya poster telah dihasilkan dan dihantar bagi pertandingan ini, dengan setiap karya mengangkat interpretasi serta mesej tersendiri berteraskan tema World OSH Day 2026, khususnya berkaitan persekitaran kerja psikososial yang baik, keselamatan, kesejahteraan mental serta perlindungan warga kerja.

Daripada tujuh karya yang dikemukakan, tiga (3) poster turut terpilih untuk dipamerkan pada hari sambutan, sekali gus memberi ruang kepada mesej dan kreativiti yang dibawa oleh warga Hospital Lahad Datu untuk dikongsikan kepada para delegasi serta pengunjung di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Alhamdulillah, satu daripada tujuh karya tersebut akhirnya berjaya meraih Naib Johan. ๐Ÿฅˆโœจ
Pencapaian ini bukan sahaja merupakan pengiktirafan terhadap kreativiti dalam penghasilan karya visual, malah membuktikan bahawa medium seni dan reka bentuk mampu menjadi instrumen komunikasi yang berkesan dalam menyampaikan mesej Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) โ€” khususnya dalam memperjuangkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat, positif dan menyokong kesejahteraan psikososial petugas kesihatan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga Hospital Lahad Datu untuk terus berani berkarya, berkongsi idea, berinovasi dan mengetengahkan amalan terbaik dalam usaha memperkukuh budaya keselamatan serta kecemerlangan organisasi.

Daripada tujuh karya yang dihantar, tiga diberi ruang untuk dipamerkan, dan satu membawa pulang sebuah kemenangan.
Namun di sebalik setiap karya, mesejnya tetap sama โ€” keselamatan dan kesejahteraan warga kerja adalah tanggungjawab kita bersama. ๐Ÿ’™

Syabas dan tahniah!
Teruskan melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Hospital Lahad Datu di peringkat negeri, kebangsaan dan seterusnya. ๐ŸŒŸ

Ikhlas daripada:

Pihak Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga Hospital Lahad Datu











LAWATAN PENYELIAAN TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PERUBATAN), JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH KE HOSPITAL LAHAD DATU...
07/08/2026

LAWATAN PENYELIAAN TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PERUBATAN), JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH KE HOSPITAL LAHAD DATU

Hospital Lahad Datu dengan penuh sukacita mengalu-alukan Lawatan Penyeliaan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke Hospital Lahad Datu pada 6 Ogos 2026 Khamis.

Lawatan ini merupakan satu platform penting dalam memperkukuh tadbir urus, menilai perkembangan penyampaian perkhidmatan serta meneliti pencapaian, cabaran dan hala tuju Hospital Lahad Datu dalam usaha memastikan perkhidmatan kesihatan yang selamat, berkualiti, cekap dan berorientasikan pesakit terus dipertingkatkan.

Sepanjang sesi lawatan, turut dikongsikan profil dan perkembangan Hospital Lahad Datu, pencapaian perkhidmatan, pengurusan sumber manusia, latihan dan CPD, pengurusan kewangan, fasiliti dan aset, aktiviti keselamatan serta peningkatan kualiti, pencapaian KPI, pensijilan hospital serta inisiatif penambahbaikan berterusan yang sedang dan telah dilaksanakan.

Pengarah Hospital Lahad Datu bersama seluruh warga kerja Hospital Lahad Datu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian melaksanakan lawatan penyeliaan ini, serta atas segala pandangan, teguran membina, perkongsian ilmu dan bimbingan yang diberikan.
Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada usaha Hospital Lahad Datu untuk terus memperkukuh mutu perkhidmatan, membudayakan kecemerlangan dan melangkah lebih jauh dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat. โœจ

โ€œKualiti bukan sekadar pencapaian, tetapi komitmen yang perlu dipertahankan dan ditambah baik secara berterusan.โ€

Selamat Datang & Terima Kasih ke Hospital Lahad Datu.
Bersama Memperkasa Perkhidmatan, Membudayakan Kualiti, Mengutamakan Keselamatan Pesakit.







๐Ÿ“ข PELAKSANAAN AKTIVITI AUDIT SILANG PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PROGRAM PERUBATAN HOSPITAL LAHAD DATU BAGI ...
02/08/2026

๐Ÿ“ข PELAKSANAAN AKTIVITI AUDIT SILANG PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PROGRAM PERUBATAN HOSPITAL LAHAD DATU BAGI TEMPOH JANUARI โ€“ JUN 2026

Hospital Lahad Datu dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Pasukan Juruaudit Hospital Duchess of Kent Sandakan bagi melaksanakan Aktiviti Audit Silang Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Program Perubatan bagi tempoh Januari hingga Jun 2026.

Audit silang ini merupakan satu platform penting dalam memperkukuh budaya akauntabiliti, ketelusan, perkongsian kepakaran dan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan. Melalui pendekatan semakan secara profesional antara hospital, setiap dapatan yang dikenal pasti akan menjadi asas kepada penambahbaikan sistem dan peningkatan kualiti perkhidmatan demi manfaat pesakit.

โœจ Audit bukanlah bertujuan mencari kesalahan, sebaliknya mengenal pasti ruang penambahbaikan agar setiap proses dapat diperkasakan secara berterusan. Budaya keterbukaan dalam menerima teguran serta berkongsi amalan terbaik merupakan kunci kepada kecemerlangan organisasi.

๐Ÿค Dua Hospital โ€ข Satu Matlamat

_Memperkukuh Akauntabiliti Berkongsi Kepakaran โ€ข Memacu PenambahbaikanBerterusan_

Hospital Lahad Datu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan juruaudit Hospital Duchess of Kent Sandakan serta semua Ketua Jabatan, pemegang indikator dan warga Hospital Lahad Datu atas komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga usaha ini terus memperkukuh budaya kualiti dan kecemerlangan perkhidmatan kesihatan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia MADANI
Berkhidmat Untuk Negara










๐Ÿ“ข HEBAHAN RASMI | MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN HOSPITAL LAHAD DATU BIL. 7/2026Alhamdulillah, Majlis Perhimpunan Bulanan Ho...
27/07/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN RASMI | MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN HOSPITAL LAHAD DATU BIL. 7/2026

Alhamdulillah, Majlis Perhimpunan Bulanan Hospital Lahad Datu Bil. 7/2026 telah berlangsung dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Hospital Lahad Datu yang telah meluangkan masa untuk hadir serta memberikan sokongan dalam menjayakan majlis ini. Kehadiran dan komitmen semua mencerminkan semangat kebersamaan, kerjasama dan dedikasi dalam memperkukuhkan budaya kerja cemerlang.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian penghargaan kepada lima (5) orang warga Hospital Lahad Datu yang terpilih sebagai penderma darah terbanyak, sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka dalam menyokong usaha menyelamatkan nyawa melalui amalan pendermaan darah.

Selain itu, tiga (3) orang pemenang Kuiz Pendermaan Darah turut menerima hadiah sebagai galakan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan darah, manakala lima (5) orang warga Hospital Lahad Datu turut bertuah menerima hadiah melalui cabutan Kehadiran Bertuah.

Semoga pengiktirafan dan penghargaan seperti ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan, memupuk budaya penyertaan aktif serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga Hospital Lahad Datu untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua jawatankuasa dan pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis perhimpunan pagi bagi bulan ini.

"Bersama Melangkah, Bersama Berkhidmat, Demi Kesihatan Masyarakat." ๐Ÿฅ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

KURSUS PENYUSUAN SUSU IBU (MODUL 20 JAM)"Memperkasa Ilmu, Memperkukuh Amalan, Mengekalkan Pengiktirafan."Sebagai sebahag...
23/07/2026

KURSUS PENYUSUAN SUSU IBU (MODUL 20 JAM)

"Memperkasa Ilmu, Memperkukuh Amalan, Mengekalkan Pengiktirafan."

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan meningkatkan kompetensi anggota kesihatan dalam menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif, Hospital Lahad Datu telah melaksanakan Kursus Penyusuan Susu Ibu (Modul 20 Jam) yang menjadi asas kepada pengukuhan pengetahuan, kemahiran klinikal serta amalan terbaik mengikut piawaian WHO/UNICEF Baby-Friendly Hospital Initiative (BFHI).

Latihan ini bukan sekadar memenuhi keperluan kompetensi anggota kesihatan, malah menjadi komitmen Hospital Lahad Datu dalam memastikan setiap ibu menerima sokongan, bimbingan dan penjagaan terbaik sepanjang perjalanan penyusuan susu ibu.
๐ŸŒธ Ke Arah Pensijilan Semula BFHI 2026

Kini seluruh warga Hospital Lahad Datu sedang melangkah dengan penuh komited menuju Audit Pensijilan Semula Hospital Rakan Bayi (Baby-Friendly Hospital Initiative - BFHI) yang akan berlangsung pada:

๐Ÿ“… 1 hingga 3 September 2026

Audit ini bukan sekadar penilaian, tetapi merupakan manifestasi komitmen hospital dalam memastikan setiap bayi mendapat permulaan kehidupan yang terbaik melalui penyusuan susu ibu serta penjagaan mesra ibu dan bayi yang berkualiti.

Hospital Lahad Datu amat berbangga kerana telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi sejak tahun 1997, satu pencapaian yang mencerminkan dedikasi berterusan seluruh warga hospital dalam menyokong amalan penyusuan susu ibu.

Semoga dengan usaha, kerjasama dan doa daripada semua pihak, Hospital Lahad Datu akan terus berjaya mengekalkan pengiktirafan Hospital Rakan Bayi demi kesejahteraan generasi masa hadapan.

๐Ÿ’™ Ucapan Penghargaan
Pengarah Hospital Lahad Datu bersama Jawatankuasa Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI) Hospital Lahad Datu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Hospital Lahad Datu atas komitmen, dedikasi serta semangat berpasukan dalam menjayakan setiap inisiatif BFHI.

Penghargaan juga ditujukan kepada seluruh masyarakat Lahad Datu, khususnya para ibu, bakal ibu, para bapa serta keluarga, yang sentiasa menyokong usaha membudayakan penyusuan susu ibu sebagai hadiah paling berharga untuk setiap bayi.

๐Ÿคฑ Penyusuan Susu Ibu bukan sekadar pilihan, tetapi satu pelaburan terbaik untuk kesihatan ibu, bayi dan masa depan negara.

"Bersama Menyokong Penyusuan Susu Ibu, Membina Generasi Sihat Bermula Hari Ini."

๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ Pengarah Hospital Lahad Datu
๐Ÿ‘ถ Jawatankuasa Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI)
Hospital Lahad Datu

๐ŸŒธ SELAMAT BERSARA ๐ŸŒธSekalung penghargaan dan ucapan Selamat Bersara buat:๐Ÿ‘‘ Puan Abuya Binti Abdul GulamJawatan : Pembantu...
23/07/2026

๐ŸŒธ SELAMAT BERSARA ๐ŸŒธ

Sekalung penghargaan dan ucapan Selamat Bersara buat:

๐Ÿ‘‘ Puan Abuya Binti Abdul Gulam

Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) N2 (TBK1)

๐Ÿ“… Tempoh Perkhidmatan :
"1 Oktober 1994 โ€“ 1 Ogos 2026"

32 Tahun Menabur Bakti
Setiap permulaan pasti akan menemui penghujungnya, namun jasa yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan akan terus terpahat dalam lipatan sejarah dan sanubari seluruh warga
Hospital Lahad Datu.

Selama 32 tahun berkhidmat, Puan Abuya bukan sekadar melaksanakan amanah sebagai seorang penjawat awam, malah menjadi antara insan yang sentiasa menyumbang dengan penuh dedikasi, komitmen dan semangat kerja yang tinggi. Segala usaha, pengorbanan serta khidmat bakti yang diberikan menjadi inspirasi kepada rakan sekerja dan generasi yang akan meneruskan perjuangan.

Seluruh warga Hospital Lahad Datu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

๐ŸŒน "Persaraan bukanlah noktah kepada sebuah perjuangan, tetapi permulaan kepada lembaran kehidupan yang lebih tenang dan bermakna. Semoga setiap hari selepas ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, keberkatan rezeki serta masa yang indah bersama keluarga tercinta."

Terima kasih atas segala jasa. Semoga Puan Abuya sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT serta dikurniakan kehidupan persaraan yang penuh dengan kegembiraan dan ketenangan.
Jasamu dikenang, budimu disanjung.

Ikhlas daripada, Pengarah, Barisan Pengurusan dan Seluruh Warga Hospital Lahad Datu.

โค๏ธ SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH ATAS SEGALA JASA DAN BAKTI โค๏ธ"Setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan...
17/07/2026

โค๏ธ SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH ATAS SEGALA JASA DAN BAKTI โค๏ธ

"Setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan. Namun setiap perpisahan yang berlaku tidak pernah memadamkan kenangan, jasa dan bakti yang telah ditinggalkan."
Seluruh warga Hospital Lahad Datu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tiga orang Pakar Perubatan yang telah mencurahkan bakti, ilmu, kepakaran dan komitmen yang tidak ternilai sepanjang tempoh perkhidmatan di Hospital Lahad Datu.

๐Ÿ’™ Dr. Ahmad Faiz bin Dahlan
"Ketua Jabatan & Pakar Perubatan Otorinolaringologi"

Dr. Ahmad Faiz merupakan seorang pemimpin yang telah memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan perkhidmatan Otorinolaringologi (ENT) di Hospital Lahad Datu. Dengan kepakaran, dedikasi dan komitmen yang tinggi, beliau telah memberikan rawatan terbaik kepada pesakit serta membimbing pembangunan perkhidmatan kepakaran ENT di hospital ini. Setiap usaha, pengorbanan dan sentuhan profesional yang dicurahkan telah memberi harapan serta meningkatkan kualiti hidup ramai pesakit. Jasa dan sumbangan beliau akan sentiasa dikenang sebagai sebahagian daripada perjalanan dan perkembangan perkhidmatan Hospital Lahad Datu.

๐Ÿ’™ Dr. Pamela Tan
"Ketua Jabatan & Pakar Perubatan Pediatrik"

Di sebalik ketokohan seorang pakar, terserlah keperibadian seorang insan yang sentiasa merendah diri, mudah didekati dan sentiasa mengukir senyuman. Dr. Pamela bukan sahaja dikenali sebagai seorang Ketua Jabatan yang berdedikasi, malah sebagai seorang doktor yang penuh belas ihsan terhadap setiap kanak-kanak dan keluarga yang mendapatkan rawatan. Sikap profesional, keramahan dan sifat rendah hati beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati rakan sekerja serta keluarga pesakit. Terima kasih kerana menjadi inspirasi bahawa kepakaran yang tinggi sentiasa indah apabila disertai dengan nilai kemanusiaan.

๐Ÿ’™ Dr. Nurfariza binti Che Husin
"Pakar Perubatan Pembedahan Am"

Di sebalik ketelitian seorang Pakar Bedah tersimpan komitmen yang tinggi terhadap amanah yang dipikul. Setiap keputusan yang dibuat, setiap prosedur yang dilaksanakan dan setiap pengorbanan masa yang dicurahkan adalah demi memastikan pesakit menerima rawatan yang terbaik. Walaupun tugasan sering menuntut ketegasan dan fokus yang tinggi, sumbangan Dr. Nurfariza kepada Hospital Lahad Datu amatlah besar dan sentiasa dihargai. Terima kasih atas segala jasa, kepakaran dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang berkhidmat bersama kami.

๐Ÿ‘‘ Kepada ketiga-tiga insan yang diraikan, sesungguhnya pemergian kalian meninggalkan ruang yang sukar untuk diganti. Namun kami percaya, di mana jua langkah ini membawa kalian selepas ini, kecemerlangan, keikhlasan dan profesionalisme akan terus menjadi identiti yang dibanggakan.

Selamat melangkah ke destinasi baharu. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus mengukir kecemerlangan dalam dunia perubatan.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Hospital Lahad Datu akan sentiasa mengenang dan menghargai setiap sumbangan yang telah dicurahkan.

"Bukan mudah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada insan yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. Namun kami percaya, setiap langkah baharu yang diambil akan membawa lebih banyak sinar kepada insan lain. Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada keluarga besar Hospital Lahad Datu. Jasamu akan terus hidup dalam setiap senyuman pesakit yang pernah engkau bantu." โค๏ธ

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Hospital Lahad Datu

As mental health continues to take centre stage in today's world, the Department of Psychiatry and Mental Health, Hospit...
16/07/2026

As mental health continues to take centre stage in today's world, the Department of Psychiatry and Mental Health, Hospital Lahad Datu proudly ushered in the second half of 2026 with purpose, resilience, and a renewed commitment to empowering communities through the successful organisation of the Mental Health & Psychosocial Support (MHPSS) Course 2026, held from 1st to 3rd July 2026 at Hospital Lahad Datu. ๐ŸŒฑโœจ

Guided by this year's theme, "Rooted in Resilience," the three-day programme provided a meaningful platform to strengthen participants' knowledge, confidence, and practical skills in Psychological First Aid (PFA) and Mental Health & Psychosocial Support (MHPSS). More importantly, it empowered participants to respond to individuals experiencing psychological distress with compassion, confidence, and resilience during times of crisis.

We were honoured to welcome a diverse group of participants, including Hospital Lahad Datu healthcare staff, school teachers and counsellors, Prison Lahad Datu counsellors, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba Lahad Datu, ESSCOM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), representatives from local churches, and members of the Malaysian Red Crescent Society (Lahad Datu Branch). Their active participation, valuable perspectives, and shared experiences enriched every session while reinforcing the importance of strong inter-agency collaboration in promoting mental well-being.

With the increasing mental health challenges affecting children and adolescents, particularly within school communities, this programme came at a timely moment to raise awareness of Psychological First Aid, promote early recognition of emotional distress, and encourage timely intervention, support, and appropriate referral pathways.

Through informative lectures, interactive KAHOOT sessions, and realistic role-play simulations, participants enhanced their practical skills, strengthened teamwork, and developed greater confidence in providing psychosocial support while recognising the importance of resilience and self-care.

A heartfelt appreciation goes to all our facilitators, speakers, participants, and organising committee members for your unwavering dedication, enthusiasm, and commitment in making this programme a truly meaningful and memorable success.

Together, we remain Rooted in Resilienceโ€”united in compassion, strengthened through collaboration, and committed to building a mentally healthier, safer, and more supportive community for all. ๐ŸŒฑ๐Ÿซ€๐Ÿค

But our journey doesn't end here... โœจ

As we continue championing mental health awareness across our communities, we look forward to another meaningful programme in conjunction with Su***de Prevention and World Mental Health Day 2026โ€”another opportunity to learn, unite, inspire, and make a lasting difference. ๐Ÿ’›๐ŸŽ—๏ธ๐ŸŒ

The journey continues. ๐ŸŒฑ
The conversation continues. ๐Ÿ’ฌ
Hope continues. ๐Ÿซ€โœจ

See you at our upcoming programme in conjunction with Su***de Prevention and World Mental Health Day 2026. ๐Ÿ’š

Address

Hospital Baru Lahad Datu
Lahad Datu Town
91100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Lahad Datu:

Shortcuts

Share