Pejabat Tenaga Kerja Lahad Datu

Pejabat Tenaga Kerja Lahad Datu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Tenaga Kerja Lahad Datu, Government Organization, MDLD 3988, Lot 103, Bangunan Lembaga Koko Malaysia, Fajar Centre, Jln Segama, Lahad Datu.

28/07/2026

Jabatan Tenaga Kerja Sabah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada YBrs. Tuan Hj. Nor Zulhilmie bin Mohd Salleh atas perlantikan sebagai Ketua Bahagian Pekerja GIG, Jabatan Tenaga Sabah.


28/07/2026

Tahniah & Selamat Datang!

Seluruh warga Jabatan Tenaga Kerja Sabah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada YBrs. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah, berkuat kuasa pada 29 Julai 2026.

Semoga dengan pengalaman, kepimpinan dan iltizam yang dibawa, Jabatan Tenaga Kerja Sabah akan terus melakar kecemerlangan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan, memartabatkan hak pekerja serta memperkasakan pembangunan tenaga kerja demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri Sabah.

Selamat menjalankan amanah.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam memimpin Jabatan Tenaga Kerja Sabah ke arah yang lebih cemerlang.

Selamat Bertugas, Tuan Pengarah!

23/07/2026
11/07/2026

💼 Aturan Kerja Fleksibel (AKF) terbukti meningkatkan produktiviti apabila 81% pekerja di Lembah Klang melaporkan prestasi kerja yang lebih baik.




10/07/2026
10/07/2026

🎥 JOM SAKSIKAN SESI TIKTOK LIVE ISTIMEWA SEMPENA PERSARAAN PENGARAH TENAGA KERJA SABAH

Jabatan Tenaga Kerja Sabah menjemput seluruh warga kerja, rakan strategik, majikan, pekerja serta orang ramai untuk bersama-sama menyaksikan Sesi TikTok LIVE Sempena Persaraan YBrs. Tuan Wan Zulkfli Wan Setapa, Pengarah Tenaga Kerja Sabah.

Sepanjang lebih enam tahun menerajui Jabatan Tenaga Kerja Sabah, beliau telah mencurahkan bakti, kepimpinan dan komitmen yang tinggi dalam memperkasakan perkhidmatan serta melindungi kebajikan pekerja dan majikan di negeri Sabah.

✨ “Satu Legasi, Seribu Inspirasi” – sebuah penghargaan buat seorang pemimpin yang meninggalkan jejak jasa dan inspirasi kepada seluruh warga JTK Sabah.

🗓️ Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)
🕝 Masa: 2.30 Petang
📱 Platform: TikTok LIVE

Ayuh bersama-sama memeriahkan siaran ini, tinggalkan ucapan penghargaan dan doa, serta raikan perjalanan kerjaya seorang pemimpin yang telah banyak berjasa kepada Jabatan Tenaga Kerja Sabah.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan, Tuan Wan Zulkfli Wan Setapa. Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga serta keberkatan dalam setiap langkah kehidupan selepas persaraan.

Ceramah dan dialog perburuhan bersempena Program "People's Day"  Mewah Datu Sdn Bhd yang telah diadakan pada 01 Julai 20...
01/07/2026

Ceramah dan dialog perburuhan bersempena Program "People's Day" Mewah Datu Sdn Bhd yang telah diadakan pada 01 Julai 2026

01/07/2026

KONVENSYEN REVOLUSI PERBURUHAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2026.

Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah) sentiasa komited dalam memperkukuh agenda pendidikan perburuhan sebagai
pemangkin utama ke arah pembentukan masyarakat industri yang berpengetahuan
tinggi, berdaya saing, serta berintegriti. Selaras dengan hasrat murni tersebut, JTK
Sabah amat berbesar hati untuk menganjurkan Konvensyen Revolusi Perburuhan
Peringkat Negeri Sabah 2026 pada ketetapan berikut;

Tarikh: 8 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 Petang
Tempat: Ballroom 1, Level 1, The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.

Daftar sekarang ‼️

https://s3p.mohr.gov.my/programprapendaftaran/544



16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H / 2026M

Pengarah dan Warga Jabatan Tenaga Kerja Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam dan Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi pemangkin untuk kita memperbaharui azam, memperkukuhkan integriti, meningkatkan profesionalisme serta terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan pekerja, majikan dan kemakmuran negeri Sabah.


"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"

Semoga tahun 1448H membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan kepada kita semua.

Ikhlas daripada
Pengarah & Warga
Jabatan Tenaga Kerja Sabah

01/06/2026

🚫 CIRI-CIRI PEMBULI DI TEMPAT KERJA

Di sekolah ada pembuli, apatah lagi di tempat kerja. Kadang-kadang pembuli bukanlah orang yang paling garang atau paling lantang. Mereka mungkin nampak baik di hadapan orang tertentu, tetapi menyakiti orang lain di belakang tabir.

⚠️ Antara tanda-tanda yang perlu diberi perhatian:
✅ S**a merendahkan orang lain
✅ Mengumpat dan melaga-lagakan rakan sekerja
✅ Menyalahgunakan kuasa atau senioriti
✅ Pilih kasih dan pilih bulu
✅ Sentiasa mencari kesalahan kecil orang lain
✅ Bersikap manipulatif
✅ Menakut-nakutkan orang daripada bersuara
✅ Tidak menghormati rehat dan kesihatan staf
✅ Memencilkan atau memulaukan seseorang

💔 Kesan kepada mangsa:
• Tekanan dan stres berpanjangan
• Hilang keyakinan diri
• Takut datang bekerja
• Anxiety dan burnout
• Merasakan diri tidak berguna walaupun sebenarnya rajin dan berprestasi

🌱 Ingatlah, tempat kerja adalah tempat mencari rezeki, membina kerjaya dan bekerjasama, bukannya medan menjatuhkan maruah orang lain.

Rasulullah SAW bersabda:
"Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya dizalimi."
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

🤝 Jadilah rakan sekerja yang menyokong, menghormati dan membantu antara satu sama lain.

Orang yang benar-benar kuat tidak perlu menjatuhkan orang lain untuk nampak hebat.








Address

MDLD 3988, Lot 103, Bangunan Lembaga Koko Malaysia, Fajar Centre, Jln Segama
Lahad Datu
91111

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tenaga Kerja Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share