13 Woksyop Briged

13 Woksyop Briged Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from 13 Woksyop Briged, Armed forces, Lahad Datu.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒLahad Datu, 7 Mac 2026 - Perbar...
08/03/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ

Lahad Datu, 7 Mac 2026 - Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah 13 Wksp Bgd yang telah berlangsung di Dataran Daulat, Kem Cenderawasih, Lahad Datu Sabah.

Brig Jen Datuk Jagjit Singh Indar Singh, Panglima 13 Bgd telah menyaksikan penyerahan tugas Mej Mohamad Zamir bin Zainal yang telah menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Kapt (PKW) Ts. Mohd Ariff bin Mat Ruding selaku Pemangku Pegawai Pemerintah 13 Wksp Bgd.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐ˆ๐, ๐“๐€๐‡๐‹๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐€ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐Š๐‡๐”๐“๐๐€๐‡ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„-๐Ÿ—๐Ÿ‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ...
27/02/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐ˆ๐, ๐“๐€๐‡๐‹๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐€ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐Š๐‡๐”๐“๐๐€๐‡ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„-๐Ÿ—๐Ÿ‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”, 27 Feb 26 โ€“ Sempena menyambut Hari Tentera Darat ke-93 yang bakal tiba menjelang 1 Mac 26 ini, Markas 13 Briged telah melaksanakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat serta Khutbah Jumaat Khas yang dilaksanakan di Surau Ar-Raayah, Kem Cenderawasih. Program ini juga dijalankan serentak di 4 lokasi pasukan naungan iaitu 7 RAMD di Masjid Nurussaadah Kem Kubota dan Rej 516 (AW) di Surau Nururrohman Kem Kukusan bagi Zon Tawau, 13 Wksp Bgd di Surau Kem JPG bagi Zon Lahad Datu serta 26 RAMD di Surau Nururssaadah MK Tak Keningau.

Majlis yang dihadiri oleh semua Pegawai Memerintah dan Pemerintah bawah naungan 13 Briged ini telah dimulakan dengan Bacaan Yasin, Tahlil, Doa Selamat dan seterusnya khutbah bertajuk โ€œKemahuan Untuk Menang - Pemangkin Keperkasaan Tentera Daratโ€.

๐”๐‰๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐˜๐€๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐ˆ๐•๐ˆ๐ƒ๐” (๐”๐Š๐Š๐ˆ) ๐…๐€๐‘๐ƒ๐” ๐€๐ˆ๐ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ ๐๐€๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”, 11 Februari 2026 - Pasukan 13 ...
11/02/2026

๐”๐‰๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐˜๐€๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐ˆ๐•๐ˆ๐ƒ๐” (๐”๐Š๐Š๐ˆ) ๐…๐€๐‘๐ƒ๐” ๐€๐ˆ๐ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ ๐๐€๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”, 11 Februari 2026 - Pasukan 13 Wksp Bgd telah melaksanakan Ujian Kelayakan dan Kemahiran Individu (UKKI) Fardu Ain yang bertempat di Surau Kem JPG, Lahad Datu Sabah.

Objektif ujian adalah bagi mengukur tahap kefahaman pengetahuan ilmu agama bagi setiap anggota yang beragama Islam. Selain menguji dan mengukur tahap kefahaman, ujian ini juga secara langsung akan menambahkan pengetahuan berkenaan perkara-perkara asas dalam melaksanakan ibadah dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Ilmu pengetahuan agama islam adalah perkara asas yang perlu dipelajari dan diketahui bagi setiap anggota tentera yang beragama Islam.

Kesimpulan yang dapat diambil dari ujian ini adalah tahap pemahaman anggota muslim 13 Wksp Bgd amat memuaskan melalui ujian teori diikuti ujian amali. Ujian teori iaitu soalan subjektif yang diberikan merangkumi ilmu Tauhid, Feqah dan Akhlak. Ujian ini dikawal selia oleh Kpl Muhammad Taufiq bin Ayub selaku Penyelia Hal Ehwal Islam Pasukan berkaitan dengan Ujian Teori dan amali serta penguasaan Al-Quran.

Diharapkan kepada semua anggota muslim pasukan 13 Wksp Bgd terus menuntut dan menimba lebih banyak ilmu agama dan mengamalkannya bagi menjamin masa depan di Akhirat kelak sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud โ€œ๐‘บ๐’†๐’”๐’Š๐’‚๐’‘๐’‚ ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ด๐’†๐’๐’†๐’Ž๐’‘๐’–๐’‰ ๐‘ฑ๐’‚๐’๐’‚๐’ ๐‘ผ๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐‘ด๐’†๐’๐’„๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ฐ๐’๐’Ž๐’–, ๐‘จ๐’๐’๐’‚๐’‰ ๐‘จ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’–๐’…๐’‚๐’‰๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’‚๐’ˆ๐’Š๐’๐’š๐’‚ ๐‘ฑ๐’‚๐’๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’† ๐‘บ๐’š๐’–๐’“๐’ˆ๐’‚โ€
(Hadis Shahih - Riwayat Muslim)

โ€“ ๐๐„๐‘๐“๐”๐Š๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐€๐๐† โ€“

Disediakan oleh:
Kpl Muhammad Taufiq bin Ayub





๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐€๐ ๐”๐‰๐ˆ๐€๐ ๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐‹๐€๐‰๐” (๐”๐‰๐‹) ๐Ÿ“ ๐Š๐Œ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐–๐Ž๐Š๐’๐˜๐Ž๐ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”, 10 Februari 2026 โ€“ Pasu...
10/02/2026

๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐€๐ ๐”๐‰๐ˆ๐€๐ ๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐‹๐€๐‰๐” (๐”๐‰๐‹) ๐Ÿ“ ๐Š๐Œ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐–๐Ž๐Š๐’๐˜๐Ž๐ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”, 10 Februari 2026 โ€“ Pasukan 13 Wksp Bgd telak melaksanakan Latihan Persediaan Ujian Jalan Laju (UJL) 5 KM dengan jayanya yang melibatkan 2 X pegawai dan 43 anggota Lain- Lain Pangkat (LLP) di sekitar kawasan Lahad Datu.

Ujian ini bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal dan kesiapsiagaan anggota selaras dengan keperluan latihan serta operasi semasa. Acara dimulakan dengan taklimat keselamatan dan pemanasan badan sebelum peserta menempuh laluan sejauh 5 KM yang telah ditetapkan.

Penyertaan anggota amat memberangsangkan dan menunjukkan tahap disiplin serta komitmen yang tinggi terhadap kecergasan fizikal. Keputusan ujian akan dijadikan rujukan penilaian dan perancangan latihan seterusnya di peringkat pasukan dan Briged. Selain itu objektif ujian ini juga adalah sebagai persiapan latihan dari segi fizikal dan mental sebelum pelaksanaan Latihan Persediaan UJL 8 KM yang akan diadakan selepas ini.

Diakhir acara, pemeriksaan FSMO dijalankan bagi persiapan kesiapsiagaan anggota selaras dengan keperluan latihan.

โ€“ ๐๐„๐‘๐“๐”๐Š๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐€๐๐† โ€“

Disediakan oleh:
SSjn Muhammad Shafiq bin Idris





๐”๐‰๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐‚๐„๐‘๐†๐€๐’๐€๐ ๐€๐’๐€๐’ (๐”๐Š๐€) ๐๐„๐๐†๐†๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”, 6 Februari 2026 - Pasukan 13 Wksp Bgd telah melaksanak...
10/02/2026

๐”๐‰๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐‚๐„๐‘๐†๐€๐’๐€๐ ๐€๐’๐€๐’ (๐”๐Š๐€) ๐๐„๐๐†๐†๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”, 6 Februari 2026 - Pasukan 13 Wksp Bgd telah melaksanakan Ujian Kecergasan Asas (UKA) penggal pertama bagi pasukan 13 Wksp Bgd bertempat di sekitar Perkarangan Kompleks Sukan, Jalan Reno Fajar Lahad Datu.

Seramai 2 pegawai dan 43 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan 13 Wksp Bgd dan KSOD 13 Wksp Bgd terlibat dalam ujian ini. Ujian ini juga merupakan latihan yang dilaksanakan dua kali setahun, yang melibatkan larian 2.4 KM mengikut kategori umur, tekan tubi dan bangkit tubi.

Turut dihadiri Mej Mohamad Zamir bin Zainal, Pegawai Pemerintah 13 Wksp Bgd. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen kepimpinan dalam memastikan kesiagaan fizikal warga 13 Wksp Bgd dan KSOD 13 Wksp Bgd sentiasa di tahap optimum.

Objektif perlaksanaan UKA adalah untuk menguji, menilai dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta mental semua peringkat pegawai dan anggota agar sentiasa berada di tahap tertinggi sebilang masa sebagaimana yang ditetapkan oleh perkhidmatan.

โ€“ ๐๐„๐‘๐“๐”๐Š๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐€๐๐† โ€“

Disediakan oleh:
SSjn Muhammad Shafiq bin Idris





๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐„๐‘๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐”๐‹๐”๐๐† ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„-๐Ÿ‘๐Ÿ๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”, 4 Februari 2026 โ€“ Pasukan 13 Wksp Bgd telah ...
10/02/2026

๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐„๐‘๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐”๐‹๐”๐๐† ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„-๐Ÿ‘๐Ÿ

๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”, 4 Februari 2026 โ€“ Pasukan 13 Wksp Bgd telah menyaksikan Perbarisan Perutusan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat yang Ke-31 di Bilik Gerakan 13 Wksp Bgd, Lahad Datu, Sabah.

Seramai 2 pegawai dan 34 anggota LLP 13 Wksp Bgd hadir menyaksikan perutusan tersebut secara Tontonan Live Streaming yang disampaikan oleh Jeneral Datoโ€™ Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-31 yang bertempat di Dataran Parawood, 8 RRD (Para), Kem Terendak, Melaka. Turut hadir menyaksikan Mej Mohamad Zamir bin Zainal, Pegawai Pemerintah 13 Wksp Bgd.

Dalam Perutusan Perintah Ulung PTD Ke-31, Secara Umumnya, Perintah Ulung ini adalah berlandaskan kepada satu Sasaran Utama:

1. โ€œPEMERKASAAN TENTERA DARAT MENERUSI PENGUKUHAN TERAS KEUPAYAANโ€ - Falsafah Pemerintahan (Command Philosophy)

2. "SIAPA KITA SEBAGAI WARGA TENTERA DARAT" - Prinsip Pemerintahan (Command Principles)

3. "SIAPA KITA' DAN 'IKRAR KITA" - Keutamaan Pemerintahan (Command Priorities)

4. "KETAHUILAH SETIAP KALIAN ADALAH PEMIMPIN. KESEMUANYA BERTANGGUNGJAWAB DENGAN APA YANG DIPIMPINNYA" - Elemen Anggota, Elemen Organisasi, Elemen Doktrin, Elemen Kewangan, Elemen Alat atau Peralatan dan Elemen Latihan

Di akhir perutusan, PTD membulatkan tekad dan melafazkan sumpah *TAAT SETIA* untuk memerintah Tentera Darat dengan penuh Jiwa dan Raga, Adil lagi Saksama dengan berpaksikan kepada nilai nilai ketenteraan yang unggul, Pemerintahan yang beramanah, Pemerintahan yang menjunjung kesucian agama, dan Pemerintahan yang berpegang teguh kepada prinsip *โ€˜SIAPA KITAโ€™* dan *โ€˜IKRAR KESATRIAโ€™* yang sama- sama kita lafazkan serta mendoakan agar segala usaha dipermudahkan oleh Allah SWT.

โ€“ ๐๐„๐‘๐“๐”๐Š๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐€๐๐† โ€“

Disediakan oleh:
SSjn Muhammad Shafiq bin Idris





๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐๐‘๐€ ๐๐€๐Š๐€๐‘ ๐’๐„๐Œ๐๐Ž๐˜๐€๐๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐–๐Ž๐Š๐’๐˜๐Ž๐ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”- 29 Jan 26, Pasukan 13 Wksp Bgd telah melaksanakan Pemeriksaan...
30/01/2026

๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐๐‘๐€ ๐๐€๐Š๐€๐‘ ๐’๐„๐Œ๐๐Ž๐˜๐€๐
๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐–๐Ž๐Š๐’๐˜๐Ž๐ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ

๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”- 29 Jan 26, Pasukan 13 Wksp Bgd telah melaksanakan Pemeriksaan Pra Pakar Semboyan oleh 5 SSB pada 29 Jan 26 (Khamis) bertempat di Garaj Pembaikan, 13 Wksp Bgd, Kem JPG Lahad Datu, Sabah.

Pemeriksaan ini melibatkan anggota Sel Kembalik serta anggota Cawangan Logistik oleh anggota pemeriksa dari 5 SSB untuk persediaan awal bagi memastikan tahap pengetahuan, kecekapan teknikal serta pematuhan prosedur kerja berada pada tahap yang ditetapkan sebelum pemeriksaan pakar sebenar dilaksanakan.

Pelaksanaan pemeriksaan ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan anggota, meningkatkan tahap profesionalisme serta memastikan keupayaan sokongan logistik dan teknikal sentiasa berada dalam keadaan optimum selaras dengan keperluan semasa formasi.

Turut hadir bagi pemeriksaan ini PW I Tc. Mohd Aiman Amir bin Mohd Hanafi (PWF) mewakili Mej Mohamad Zamir bin Zainal, Pegawai Pemerintah 13 Wksp Bgd.

Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua anggota yang terlibat amat dihargai dalam memastikan kelancaran pelaksanaan pemeriksaan ini.

Disediakan oleh:
SSjn Muhamad Affindi bin Ahmad







๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐’๐Œ๐€๐‘๐“ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐” - 15 Jan 26, Pasukan 13 Wksp Bgd telah menganjurkan Bengkel...
26/01/2026

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐’๐Œ๐€๐‘๐“ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐” - 15 Jan 26, Pasukan 13 Wksp Bgd telah menganjurkan Bengkel Smart Solat Siri 1 peringkat 13 Bgd bagi Tahun 2026.

Bengkel ini telah disertai seramai 30 anggota naungan 13 Bgd dari Zon tawau dan Zon Lahad Datu yang disampaikan oleh PW II Mohd Fadhlur Rahman bin Khairul Anwar, Penasihat Hal Ehwal Islam MK 13 Bgd dan Kpl Muhammad Taufiq bin Ayub, Penyelia Hal Ehwal Islam 13 Wksp Bgd. Bengkel ini bertujuan bagi mempelajari dan mengulangi pelajaran asas-asas dalam Fardu Ain terutamanya berkaitan Solat. Ia juga suatu bengkel yang memperkukuh keimanan dan memperbaiki segala kecacatan dalam ibadah solat.

Bengkel ini dimulakan dengan pelajaran bersuci sehingga ke solat jemaah merangkumi syarat sah, syarat wajib, rukun, bacaan serta tatacara yang sah dan sempurna, disamping penghayatan terhadap makna sesuatu ibadah itu sendiri.

Majlis Penutupan bengkel ini dirasmikan oleh Mej Mohamad Zamir bin Zainal, Pegawai Pemerintah 13 Wksp Bgd. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepada para peserta agar segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat diamalkan secara berterusan, bukan sahaja untuk diri sendiri, malah disampaikan kepada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling. Beliau juga turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pengajar dan peserta yang terlibat atas komitmen dan usaha dalam menjayakan bengkel ini.

Majlis penutupan bengkel diakhiri dengan sesi bergambar Pegawai Pemerintah 13 Wksp Bgd bersama para pengajar dan peserta bagi tatapan dan kenangan bersama yang akan disemat di dalm hati dan ingatan di masa depan. Didoakan kepada semua yang terlibat dalam penganjuran bengkel ini dikurniakan kekuatan untuk mendirikan solat jemaah dengan istiqamah, penuh khusyuk dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

"๐’๐จ๐ฅ๐š๐ญ ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ๐ง๐š ๐‡๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐ญ๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ ๐š ๐‰๐š๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ง ๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ซ๐ ๐š"

Disediakan oleh:
Kpl Muhammad Taufiq bin Ayub







๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐’๐‘๐€๐Š ๐Œ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‰ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐–๐Ž๐Š๐’๐˜๐Ž๐ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”, 16 Jan 26 - Pasukan 13 Wksp Bgd telah menganjurkan Program Isr...
16/01/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐’๐‘๐€๐Š ๐Œ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‰ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐–๐Ž๐Š๐’๐˜๐Ž๐ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ

๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”, 16 Jan 26 - Pasukan 13 Wksp Bgd telah menganjurkan Program Israk Mikraj yang dilaksanakan dengan lancar dan penuh pengisian. Program dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha dan diikuti ceramah yang disampaikan oleh Kpl Muhammad Taufiq bin Ayub, Penyelia Hal Ehwal Islam pasukan berkaitan peristiwa Israk Mikraj yang memberi penekanan kepada penghayatan dan pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa agung tersebut. Program kemudiannya diteruskan dengan kuiz agama bagi menguji serta menambah kefahaman kepada anggota muslim agar tetap sentiasa fokus dan memberi tumpuan kepada apa yang telah disampaikan.

Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Pemerintah 13 Wksp Bgd, Mej Mohamad Zamir bin Zainal, Pegawai dan anggota 13 Wksp Bgd. Diharapkan program seumpama ini dapat meningkatkan kefahaman, penghayatan serta mengukuhkan nilai keimanan dalam kalangan warga pasukan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

"๐ˆ๐ฌ๐ซ๐šk' ๐Œ๐ข๐ค๐ซ๐š๐ฃ ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐›๐ฎ๐ค๐ญ๐ข ๐Š๐ž๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š๐š๐ง ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐’๐–๐“ ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ข๐š๐š๐ง ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐’๐€๐–"

Disediakan oleh:
Kpl Muhammad Taufiq bin Ayub





๐๐„๐‘๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”, ๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Pasukan 13 Wksp Bgd telah menyaksikan Perutu...
13/01/2026

๐๐„๐‘๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐

๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”, ๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Pasukan 13 Wksp Bgd telah menyaksikan Perutusan Tahun Baharu 2026 Menteri Pertahanan di Bilik Gerakan 13 Wksp Bgd, Lahad Datu, Sabah.

Seramai 2 pegawai dan 30 anggota LLP 13 Wksp Bgd hadir menyaksikan perutusan tersebut secara sidang video (VC) yang disampaikan oleh Yang Berhormat Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia. Turut hadir Pegawai Pemerintah 13 Wksp Bgd, Mej Mohamad Zamir bin Zainal.

Dalam perutusannya, Menteri Pertahanan menekankan lapan fokus utama Kementerian bagi tahun 2026:

1. Meneruskan kesinambungan pencapaian dan inisiatif kepengerusian ASEAN 2025.

2. Menumpukan perhatian terhadap pengurusan ancaman di Laut China Selatan.

3. Memberi perhatian serius kepada pembangunan industri pertahanan negara.

4. Memodenkan dan memperkasa kesiagaan aset pertahanan negara selaras aspirasi Angkatan Masa Hadapan.

5. Memartabatkan pertahanan menyeluruh sebagai tanggungjawab semua lapisan masyarakat, bukan hanya ATM.

6. Menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan anggota sebagai teras kekuatan pertahanan negara.

7. Memperkasa kesejahteraan veteran ATM sebagai penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka.

8. Melancarkan beberapa pelan baharu bagi meningkatkan keunggulan Kementerian Pertahanan.

Di akhir perutusan, YB Menteri merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Kementerian Pertahanan dan ATM atas komitmen sepanjang tahun 2025. Beliau menyeru agar tahun 2026 dilangkah dengan azam baharu selaras keperluan pertahanan negara yang semakin mencabar serta mendoakan agar segala usaha dipermudahkan oleh Allah SWT.

Beliau turut menegaskan komitmen untuk memastikan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia kekal unggul demi memastikan Malaysia terus berdaulat, aman dan makmur.

โ€“ ๐๐„๐‘๐“๐”๐Š๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐€๐๐† โ€“

Disediakan oleh:
SSjn Noorasyid bin Ahmad





๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐–๐Š๐’๐ ๐๐†๐ƒ๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐” โ€“ Pasukan 13 Wksp Bgd telah menganjurkan Sambutan Hari Keluarga di ...
11/01/2026

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐–๐Š๐’๐ ๐๐†๐ƒ

๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐” โ€“ Pasukan 13 Wksp Bgd telah menganjurkan Sambutan Hari Keluarga di Felda Residence Sahabat, Lahad Datu, Sabah.

Seramai 3 pegawai, 59 anggota, 35 ahli BAKAT serta 58 kanak-kanak daripada warga Pasukan 13 Wksp Bgd telah hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut. Pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan melibatkan semua peringkat warga pasukan dan ahli keluarga antaranya acara sukaneka.

Penganjuran program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim sesama anggota dan ahli keluarga Pasukan 13 Wksp Bgd. Walaupun pasukan terlibat dengan pelbagai komitmen dan aktiviti lain, Sambutan Hari Keluarga pada tahun ini tetap dapat direalisasikan dengan konsep โ€œSantai Bersama Keluargaโ€.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar, diikuti aktiviti senamrobik, Larian 5 KM serta sarapan pagi. Seterusnya, acara sukaneka melibatkan pelbagai permainan seperti membawa bola pingpong dalam sudu, kerusi berirama dan lain-lain. Bagi kategori dewasa khas untuk anggota pasukan, pertandingan tarik tali, ikatan tali kasih serta boling padang turut dipertandingkan.

Kemuncak program diteruskan pada sebelah malam melalui Majlis Makan Malam BBQ 13 Wksp Bgd yang turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang Sukaneka, Sukan 13 Wksp Bgd serta Piala Pusingan Pegawai Pemerintah 13 Wksp Bgd.

Di akhir majlis, Pegawai Pemerintah 13 Wksp Bgd, Mej Mohamad Zamir bin Zainal, menyampaikan ucapan penghargaan kepada seluruh warga pasukan atas sokongan dan penglibatan dalam memeriahkan Sambutan Hari Keluarga pada tahun ini. Semoga penganjuran aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuhkan lagi semangat kekeluargaan dan kebersamaan dalam Pasukan 13 Wksp Bgd.

โ€“ ๐๐„๐‘๐“๐”๐Š๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐€๐๐† โ€“

Disediakan oleh:
SSjn Abd Hadi bin Johan





๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐–๐Ž๐Š๐’๐˜๐Ž๐ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”, 9 Januari 2026 โ€“ Pasukan 13 Wksp Bgd telah melaksanakan Perba...
11/01/2026

๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐–๐Ž๐Š๐’๐˜๐Ž๐ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ

๐‹๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐“๐”, 9 Januari 2026 โ€“ Pasukan 13 Wksp Bgd telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Pemerintah, Upacara Pemakaian Pangkat, Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 serta Anugerah Penuntut Terbaik Kursus Mekanik Kejuruteraan Kembalik Kelas 1 yang bertempat di Dataran Pembaikan 13 Wksp Bgd.

Majlis telah disempurnakan oleh Mej Mohamad Zamir bin Zainal, Pegawai Pemerintah 13 Wksp Bgd. Seramai 1 pegawai dan 46 anggota lain-lain pangkat telah terlibat dalam perbarisan tersebut yang diketuai oleh Lt Muhammad Ridhwan Hakimi bin Muhizan.

Dalam majlis ini, seramai tiga anggota telah dinaikkan pangkat dari Lans Koperal ke Pemangku Koperal, iaitu:
1. LKpl Muhammad Luqman Al-Hakim bin Muhd Adnan
2. LKpl Mohamad Aliff Haikal bin Md Haidir
3. LKpl Muhammad Nazrul Haziq bin Nazari

Turut disempurnakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 kepada:
1. PW I Tc. Mohd Aiman Amir bin Mohd Hanafi
2. Sjn Muhammad Fahmee bin Hassan
3. Kpl Aznizam bin Elah

Manakala Anugerah Penuntut Terbaik Kursus Mekanik Kejuruteraan Kembalik Kelas 1 telah dianugerahkan kepada Kfn Mohamad Zulhilmi bin Mohd Zuki yang berkursus di Institut Kejuruteraan Tentera Darat Port Dickson, Negeri Sembilan tempoh hari.

Dalam ucapannya, Pegawai Pemerintah menyeru agar seluruh warga 13 Wksp Bgd sentiasa mengamalkan sikap matang, berdisiplin dan profesional dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab.

Beliau turut menegaskan larangan penglibatan dalam aktiviti tidak bermoral seperti yang tular di media sosial sehingga boleh menjejaskan imej pasukan dan Tentera Darat Malaysia (TDM). Beliau mengingatkan agar semua peringkat anggota tidak menjatuhkan hukuman atau membuat andaian tanpa asas, sentiasa berpegang kepada peraturan sedia ada, berhati-hati dalam pertuturan dan tindakan khususnya di alam siber, serta menyerahkan sepenuhnya pengurusan kes kepada pihak yang bertanggungjawab.

Beliau juga menyeru agar seluruh warga pasukan terus bersatu hati, berpadu tekad dan komited melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jujur serta ikhlas.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa, sesi bergambar dan jamuan makan.

โ€“ ๐๐„๐‘๐“๐”๐Š๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐€๐๐† โ€“

Disediakan oleh:
Kpl Muhd Luqman Al-Hakim bin Muhd Adnan





Address

Lahad Datu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 13 Woksyop Briged posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category