Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu

Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu Dr. Gary Goh Chun Chao
Pegawai Kesihatan Kawasan PKKLDU telah mula beroperasi sejak tahun 1971.

Kini perkhidmatan yang diberikan adalah merangkumi perkhidmatan kesihatan di 5 buah Klinik Kesihatan dan 15 buah Klinik Desa. Ia meliputi kawasan seluas 1166 km2 dengan jumlah penduduk seramai lebih kurang 89,260 orang. Sebelum tahun 1985, pentadbiran PKKLDU diletakkan di bawah Pegawai Kesihatan yang beribupejabat di Tawau. Selepas tahun 1985, PKKLDU telah diwujudkan dengan pentadbiran sendiri. Pa

da 1 April 2003, Bangunan Hospital Lahad Datu yang menempatkan Klinik Kesihatan Lahad Datu telah mula beroperasi. Pada masa yang sama pusat pentadbiran PKKLDU juga telah dipindahkan ke bangunan ini. PKKLDU mentadbir enam mukim iaitu mukim Silam, Mukim Segama, Mukim Dam, Mukim Tungku, dan MukimTambisan dengan jumlah keluasan 687372 hektar persegi dan jumlah penduduk seramai 156297 orang (bancian 2000). Kini PKKLDU beroperasi di bangunan sendiri yg bermula pada 2003 sehingga kini di alamat berikut :-
PEJABAT KESIHATAN KAWASAN LAHAD DATU
PETI SURAT NO. 61167
91120 LAHAD DATU

JEREBU: LINDUNGI KESIHATAN ANDA Jerebu boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya kepada kanak-kanak, warga emas ...
08/09/2026

JEREBU: LINDUNGI KESIHATAN ANDA

Jerebu boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya kepada kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan. Ketahui langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri dan keluarga sepanjang keadaan berjerebu.

Jom sama-sama ambil langkah berjaga-jaga dan utamakan kesihatan. πŸ’™

πŸ“’ Pesanan kesihatan ini dibawakan khas oleh:
Unit Promosi Kesihatan
Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu



Jerebu boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya kepada kan...

07/09/2026
19/08/2026

🎀✨ JOM SERTAI PERTANDINGAN NYANYIAN! ✨🎀

Sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Negeri Sabah, Wellness Hub Lahad Datu menjemput seluruh masyarakat Lahad Datu untuk tampil menunjukkan bakat dan suara anda! 🎢

πŸ† 3 KATEGORI:
🎀 Bintang Remaja – 20 tahun ke bawah
🎀 Terbuka – 21 hingga 54 tahun
🎀 Suara Emas – 55 tahun ke atas

πŸ’™ PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!

πŸ“… SARINGAN: 6 SEPTEMBER 2026
πŸ† FINAL: 26 SEPTEMBER 2026
πŸ“ Wellness Hub Lahad Datu

🌟 Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat anda, berani mencuba dan buktikan bahawa suara anda mampu memukau semua!

πŸ“² Maklumat lanjut & pendaftaran:
Pn. Norine: 014-670 7142
En. Zul: 011-393 26795

πŸ“’ Sebarang perubahan atau makluman terkini akan diberitahu melalui Group WhatsApp peserta.

🎢 AYUH TUNJUKKAN BAKAT ANDA DAN JADI BINTANG! 🌟

BENGKEL PEMBANGUNAN MANUAL PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN (PJKM) BAGI SKIM PENSIJILAN MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB...
11/08/2026

BENGKEL PEMBANGUNAN MANUAL PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN (PJKM) BAGI SKIM PENSIJILAN MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTRI (MeSTI)

TARIKH: 29 Julai 2026 (Rabu)
MASA: 8.00 pagi - 5.00 petang
TEMPAT: Bilik Seminar, Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu

Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu (PKKLD) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Manual Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) bagi Skim Pensijilan MeSTI yang julung kali diadakan di daerah Lahad Datu.

Seramai 21 orang peserta daripada 12 buah premis pengeluaran produk bakeri di daerah Lahad Datu telah menyertai bengkel ini. Tujuan penganjuran bengkel ini adalah untuk membimbing pengusaha makanan dalam membangunkan Manual PJKM sebagai salah satu keperluan utama bagi permohonan Skim Pensijilan (MeSTI) serta mematuhi Peraturan 9 di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Bagi memperkukuh keberkesanan bengkel, seramai empat (4) orang Pegawai Teknologi Makanan dari Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau telah dijemput sebagai penceramah bersama bagi berkongsi kepakaran dan menyampaikan taklimat mengenai elemen-elemen MeSTI kepada para peserta. Selain itu, taklimat penguatkuasaan berkaitan PJKM juga telah disampaikan oleh Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran PKKLD, En. Mohd Hairul bin Poumin. Pada sesi petang, peserta turut menjalankan aktiviti berkumpulan sekali gus memberi peluang kepada mereka mengaplikasikan pengetahuan yang telah diperoleh.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penceramah serta para peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan bengkel ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat membantu peserta dalam menyediakan dan mengadakan PJKM di premis masing-masing. Pematuhan terhadap keperluan ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap keselamatan makanan malah membantu pengusaha memenuhi kehendak perundangan, di mana kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.





30/07/2026

IKLAN TELAH DITUTUP!

πŸ“’ IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MySTEP TAHUN 2026

Wellness Hub Lahad Datu, Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

πŸƒ Personel MySTEP (Pegawai Penerangan Aktiviti Fizikal) Gred S9

Maklumat Ringkas:
βœ… Gaji: RM2,300.00 sebulan
βœ… Penempatan: Wellness Hub Lahad Datu
βœ… Bidang: Sains Sukan / Pengurusan Sukan / Pendidikan Sukan

Kelayakan:
βœ”οΈ Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
βœ”οΈ Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sukan, Pendidikan Sukan atau Pengurusan Sukan.
βœ”οΈ Berminat dalam aktiviti kecergasan, promosi kesihatan dan kerja bersama komuniti.

πŸ“² Permohonan dibuat melalui platform MyFutureJobs.
Sila imbas kod QR atau klik pautan yang disediakan pada poster untuk membuat permohonan.

πŸ“… Tarikh tutup permohonan: 3 Ogos 2026

⚠️ Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil menghadiri sesi temuduga.

🩸 HEBAHAN PROGRAM DERMA DARAHAnjuran Bersama Unit Perubatan Transfusi (Tabung Darah) Hospital Lahad Datu & Pejabat Kesih...
09/07/2026

🩸 HEBAHAN PROGRAM DERMA DARAH
Anjuran Bersama Unit Perubatan Transfusi (Tabung Darah) Hospital Lahad Datu & Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu

❀️ "Setitis Darah, Sejuta Harapan"

πŸ“… Tarikh: 30 Julai 2026 (Khamis)

πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

πŸ“ Tempat: Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu

🩸 Jom sertai Program Derma Darah!

Derma darah anda mampu:

❀️ Menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.
πŸ₯ Membantu memastikan bekalan darah Hospital Lahad Datu sentiasa mencukupi.
🀝 Menyokong usaha kemanusiaan dan tanggungjawab sosial bersama.

Semua warga PKK Lahad Datu dan orang awam yang memenuhi syarat adalah dialu-alukan untuk menderma darah.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Perubatan Transfusi (Tabung Darah), Hospital Lahad Datu.

"Derma Darah, Hadiah Terindah Kehidupan."

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI EXTENDED HOURSDimaklumkan bahawa perkhidmatan Extended Hours di Klinik Kesihatan ...
23/06/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI EXTENDED HOURS

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan Extended Hours di Klinik Kesihatan Lahad Datu akan ditutup sementara pada ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 23 Jun 2026 (Selasa)
πŸ•” Masa: 5.00 petang hingga 9.00 malam

Penutupan sementara ini adalah disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan operasi perkhidmatan.

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan kerjasama serta pemahaman orang ramai berhubung perkara ini amat dihargai.

Terima kasih.

PENGUMUMAN PENTING | MAKLUMAN WAKTU OPERASIAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan kepada seluruh warga Lahad Da...
13/05/2026

PENGUMUMAN PENTING | MAKLUMAN WAKTU OPERASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan kepada seluruh warga Lahad Datu bahawa bermula 1 Jun 2026, terdapat perubahan waktu operasi Unit Farmasi, Klinik Kesihatan Lahad Datu seperti yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dipohon untuk mengambil maklum mengenai waktu operasi baharu ini serta merancang urusan pengambilan ubat dan perkhidmatan farmasi dengan lebih teratur.

Mohon jasa baik semua pihak untuk turut menghebahkan makluman ini kepada keluarga, rakan-rakan serta komuniti setempat agar tiada kesulitan berlaku.

Kerjasama dan perhatian anda amat dihargai.
Terima kasih.




08/05/2026

Address

Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu
Lahad Datu
91120

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089882178

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu:

Shortcuts

Share