Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu

Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu Institut yang menjalankan program program latihan, seminar, kursus, wacana dan ceramah kepada warga masyarakat di sekitar Zon Pantai Timur, Sabah

SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448H/2026Sempena Maulidur Rasul SAW, marilah kita menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SA...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448H/2026

Sempena Maulidur Rasul SAW, marilah kita menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan menghayati sirah, meneladani akhlak dan mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kepada Baginda menjadi pedoman dalam membina ummah yang beriman, berilmu, berakhlak dan bersatu.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI.

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga ILIM Kampus Lahad Datu

SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448H/2026

Sempena Maulidur Rasul SAW, marilah kita menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan menghayati sirah, meneladani akhlak dan mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kepada Baginda menjadi pedoman dalam membina ummah yang beriman, berilmu, berakhlak dan bersatu.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI.

Ikhlas daripada Pengarah Kanan dan seluruh warga ILIM

11/08/2026

07.07.26 (JUMAAT)
Di'balik Citra: Program ILIMSLIM Minggu Ke-28

Sempena Bulan Kebangsaan, warga ILIM Kampus Lahad Datu (IKLD) bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme melalui aktiviti pemasangan Jalur Gemilang yang dilaksanakan bersempena Program ILIMSLIM.

Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan persekitaran kampus dengan kibaran Jalur Gemilang, malah menjadi lambang kecintaan, perpaduan dan semangat kebersamaan warga IKLD dalam menyambut Bulan Kebangsaan.

Jalur Gemilang dikibar megah, semangat patriotisme terus membara! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

--------

ILIM Outreach: Jaulah Kasih 2.0 Santuni Komuniti Ladang Bagahak Melalui Pengukuhan IbadahLAHAD DATU, 1 Ogos โ€“ Institut L...
01/08/2026

ILIM Outreach: Jaulah Kasih 2.0 Santuni Komuniti Ladang Bagahak Melalui Pengukuhan Ibadah

LAHAD DATU, 1 Ogos โ€“ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu telah menganjurkan Program ILIM Outreach: Jaulah Kasih 2.0 bertempat di Surau Ar-Rayyan, Ladang Bagahak 3. Program yang menghimpunkan kira-kira 200 peserta daripada komuniti Ladang Bagahak 3, Ladang Bagahak 2 dan Ladang Seberang ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah ILIM Kampus Lahad Datu, Ustaz Mizzuan bin Jafilus.

Program ini merupakan inisiatif ILIM Kampus Lahad Datu dalam mendekati masyarakat melalui penyampaian ilmu fardu ain secara praktikal, sekali gus memperkukuh kefahaman dan penghayatan ibadah dalam kalangan komuniti setempat.

Sepanjang program berlangsung, para peserta mengikuti beberapa pengisian utama iaitu Klinik Thaharah, Praktikal Wuduk dan Klinik Solat. Sesi-sesi ini memberi penekanan kepada tatacara bersuci, penyempurnaan rukun wuduk serta pelaksanaan solat yang betul mengikut tuntutan syarak. Pendekatan berbentuk teori dan praktikal membolehkan peserta bertanya secara langsung serta memperbaiki amalan ibadah harian mereka.

Melalui penganjuran program ini, ILIM Kampus Lahad Datu berharap usaha turun padang seperti Jaulah Kasih akan terus menjadi medium dakwah yang berkesan dalam memperkukuh kefahaman agama, mengeratkan hubungan antara institusi dan masyarakat serta melahirkan komuniti yang lebih cakna terhadap pelaksanaan ibadah yang sahih dan sempurna.

AL-QURAN MENYAPA HATI, WAHYU MEMBENTUK KEHIDUPANLahad Datu | 28 Julai 2026Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus ...
29/07/2026

AL-QURAN MENYAPA HATI, WAHYU MEMBENTUK KEHIDUPAN

Lahad Datu | 28 Julai 2026

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Program Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PKPHEI) telah berjaya menganjurkan Webinar Tadabbur Wahyu Teragung: Memahami Al-Quran, Memaknai Kehidupan secara dalam talian pada 28 Julai 2026 dengan penuh jayanya dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Penganjuran webinar ini merupakan manifestasi komitmen berterusan ILIM Kampus Lahad Datu dalam memperkasa kefahaman, penghayatan dan pembudayaan al-Quran sebagai sumber petunjuk Ilahi yang menjadi tunjang pembinaan modal insan rabbani, berintegriti dan berdaya saing. Program ini dirangka sebagai wadah intelektual dan spiritual bagi memperluas kefahaman peserta terhadap konsep tadabbur al-Quran secara holistik, mendalam dan berpaksikan manhaj yang sahih.

Seiring dengan aspirasi untuk melahirkan masyarakat yang celik al-Quran dan berjiwa tadabbur, para peserta turut didedahkan dengan pendekatan yang sistematik dalam menelusuri makna serta mesej yang terkandung di sebalik ayat-ayat suci al-Quran. Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh keupayaan peserta dalam menganalisis kandungan wahyu secara kritis dan berfokus, bahkan mampu menyemai nilai-nilai rabbani yang dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian sebagai panduan membina sahsiah dan memperteguh jati diri Muslim.

Webinar ini telah menghimpunkan seramai 170 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, guru-guru Takmir, imam-imam kariah dan rawatib, guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), penjawat awam serta masyarakat umum yang mempunyai minat dan iltizam yang tinggi untuk mendalami penghayatan al-Quran dalam kehidupan.

Bagi menyemarakkan pengisian ilmiah program ini, ILIM Kampus Lahad Datu telah menjemput Ustaz Syahmi Syazeril bin Azmi, Pengarah Urusan Tadabbur Center Sdn. Bhd., Selangor, sebagai penceramah jemputan. Beliau merupakan seorang tokoh yang berpengalaman luas dalam bidang tadabbur al-Quran dan telah berkongsi pelbagai kaedah, pendekatan serta pengalaman praktikal dalam mendekatkan peserta kepada keindahan dan kebijaksanaan wahyu Allah SWT.

Hakikatnya, al-Quran diturunkan bukan sekadar untuk dibaca dan difahami melalui terjemahan semata-mata, bahkan untuk ditadabburi, dihayati serta dijadikan pedoman dalam setiap dimensi kehidupan. Melalui pendekatan tadabbur, setiap untaian ayat yang dibaca mampu menyentuh sanubari, mencetuskan kesedaran rohani serta membentuk pemikiran yang lebih terpandu ke arah memperoleh keredaan Allah SWT.

Semoga penganjuran webinar ini menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan masyarakat yang sentiasa mendekatkan diri dengan al-Quran, seterusnya menjadikan wahyu Ilahi sebagai kompas kehidupan dalam membina sebuah masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia, berintegriti dan diberkati. Sesungguhnya, apabila al-Quran menyapa hati, maka lahirlah kehidupan yang terpimpin dengan cahaya wahyu dan dipandu oleh nilai-nilai Islam yang syumul.

ILIM KAMPUS LAHAD DATU PERKUKUH JALINAN STRATEGIK MENERUSI KUNJUNGAN HORMAT KE INSTITUT LATIHAN PERTANIAN PINTAR SABAHLa...
23/07/2026

ILIM KAMPUS LAHAD DATU PERKUKUH JALINAN STRATEGIK MENERUSI KUNJUNGAN HORMAT KE INSTITUT LATIHAN PERTANIAN PINTAR SABAH

Lahad Datu, 22 Julai 2026 โ€“ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Latihan Pertanian Pintar Sabah (ILPPS) sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang latihan, pembangunan modal insan dan pemerkasaan komuniti.

Delegasi ILIM Kampus Lahad Datu diketuai oleh Pengarahnya, Ustaz Mizzuan bin Jafilus, manakala pihak ILPPS menerima kunjungan tersebut menerusi sesi yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Edwin Laimin, Ketua Pengarah ILPPS. Turut hadir ialah Noor Emmywatie binti Kasiman@Julaiman, Pengarah ILPPS, serta Nor Diana binti Abdul Rasid, Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar ILPPS.

Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif dengan memfokuskan kepada usaha memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua institusi. Antara persetujuan yang dicapai ialah jalinan integrasi dalam pengusahaan tanah milik ILIM Kampus Lahad Datu sebagai lokasi latihan amali bagi pelajar ILPPS dalam bidang pertanian, sekali gus membuka ruang kepada perkongsian kepakaran dan pengalaman secara berterusan.

Selain itu, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk melaksanakan program jalinan bersama yang berteraskan konsep Fardu Ain dan Fardu Kifayah sebagai usaha melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek ilmu, kemahiran, sahsiah serta nilai-nilai spiritual.

Dalam pada itu, kedua-dua institusi turut menyatakan komitmen untuk memperkukuhkan hubungan strategik melalui pelaksanaan program bersama, perkongsian kepakaran, pembangunan latihan dan inisiatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi serta masyarakat.

Kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati sebagai simbol penghargaan dan komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan kerjasama yang terjalin antara ILIM Kampus Lahad Datu dan Institut Latihan Pertanian Pintar Sabah.

18/07/2026

18.07.26 (JUMAAT)
Di'balik Citra: Program ILIMSLIM Minggu Ke-27

Kali ni buat kelainan sikit hehe, selepas cek kesihatan, semua berkumpul untuk membaca Surah Al-Kahfi. Selepas itu, kami cuba meneroka laluan briswalk baharu dengan melalui jalan kebun sawit sekitar IKLD, agak memcabar juga sebab baru, sempat bergambar sekejap di papan tanda amaran sebagai kenang kenangan, gaya dah macam penombak sawit semua ๐Ÿ˜†. Terima kasih juga kepada yang sponsor makan minum kami setiap ILIMSLIM. Semoga ikatan ukhwah sesama warga ILIM Lahad Datu semakin kukuh dah erat melalui aktiviti sihat sebegini

Bye Jumpa next week

--------

๐Ÿ“– WEBINAR TADABBUR WAHYU TERAGUNG ๐Ÿ“–Memahami Al-Quran, Memaknai KehidupanAssalamualaikum W.B.T.Mari luangkan sedikit masa...
16/07/2026

๐Ÿ“– WEBINAR TADABBUR WAHYU TERAGUNG ๐Ÿ“–
Memahami Al-Quran, Memaknai Kehidupan

Assalamualaikum W.B.T.

Mari luangkan sedikit masa untuk bersama-sama menghayati kalam Allah SWT melalui Webinar Tadabbur Wahyu Teragung, sebuah perkongsian yang akan membawa kita memahami mesej Al-Quran serta mengaplikasikan nilai-nilainya dalam kehidupan seharian.

๐ŸŽ™ Penceramah:
Ustaz Syahmi Syazeri bin Azmi
Pengarah Urusan Tadabbur Centre Sdn. Bhd. & Personaliti TV Al-Hijrah

๐Ÿ—“ Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa)
๐Ÿ•ข Masa: 7.30 pagi
๐Ÿ’ป Platform: Google Meet

โœจ โ€œMemahami Al-Quran, Memaknai Kehidupan.โ€

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster untuk menyertai webinar.

Jangan lepaskan peluang menambah ilmu, mendalami tadabbur Al-Quran dan mengukuhkan hubungan kita dengan wahyu Allah SWT.

Kongsikan hebahan ini kepada keluarga, rakan-rakan dan warga kerja agar lebih ramai mendapat manfaat.

KUNJUNGAN HORMAT ILIM KAMPUS LAHAD DATU KE JABATAN PENJARA LAHAD DATU PERKUKUH JALINAN KERJASAMA STRATEGIKLahad Datu, 13...
13/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT ILIM KAMPUS LAHAD DATU KE JABATAN PENJARA LAHAD DATU PERKUKUH JALINAN KERJASAMA STRATEGIK

Lahad Datu, 13 Julai 2026 โ€“ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Penjara Lahad Datu sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama dalam pelaksanaan program pembangunan modal insan.

Delegasi ILIM Kampus Lahad Datu telah diketuai oleh YBrs. Pengarah Kampus, Ustaz Mizzuan bin Jafilus, manakala pihak Jabatan Penjara Lahad Datu diketuai oleh Penolong Kanan Komisioner (PKK) Jorennedy Sylvester bersama barisan pengurusan jabatan.

Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif dengan memberi tumpuan kepada usaha mengenal pasti ruang kerjasama yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua institusi. Antara fokus utama yang dibincangkan ialah pelaksanaan program latihan bercirikan Islami dan latihan generik yang bersesuaian untuk kakitangan Jabatan Penjara Lahad Datu serta penghuni penjara.

Kerjasama yang dicadangkan merangkumi penganjuran kursus, seminar, ceramah, latihan pembangunan kompetensi, pembinaan sahsiah, pengukuhan nilai integriti serta program penghayatan Islam yang diyakini mampu menyumbang kepada pembangunan modal insan yang seimbang dari aspek intelektual, spiritual dan sosial.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat dan berterusan melalui pelaksanaan program-program yang memberi manfaat kepada semua pihak, selaras dengan aspirasi memperkasakan pembangunan insan berteraskan nilai-nilai Islam.

Kunjungan hormat ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama strategik yang mampan antara ILIM Kampus Lahad Datu dan Jabatan Penjara Lahad Datu, sekali gus memperluas impak latihan serta pembangunan modal insan kepada warga kerja dan penghuni institusi pemulihan.

Address

KM 28 Jalan Tungku, Peti Surat 62305
Lahad Datu
91128

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

+6089886803

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu:

Share