08/01/2026
πππππ ππππππππ πππππ πππππππ ππππ π
πππ π
7 Januari β Pejabat Perangkaan Langkawi, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kedah telah melaksanakan kerja lapangan Banci Ekonomi 2026 Fasa 1 melalui kaedah bancian secara bersemuka di lokasi Pasar Awam Padang Matsirat
Banci Ekonomi bertujuan memperoleh maklumat yang holistik, komprehensif dan relevan berkaitan struktur serta ciri-ciri sektor ekonomi negara. Ia merangkumi semua aktiviti ekonomi termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), pertubuhan perniagaan, pertubuhan tidak berasaskan keuntungan serta sektor informal yang melibatkan sebanyak 1.34 juta pertubuhan di seluruh negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pengusaha perniagaan atas kerjasama yang amat baik sepanjang pelaksanaan banci.