Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi

Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi merupakan pejabat utama untuk Klinik-Klinik Kesihatan di Langkawi,
(1)

Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif

Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik. VISI
Negara menggemble

ng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik

MISI
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatanmenghargai kesihatan sebagai aset paling berhargamengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan merekaii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:mengutamakan pelanggansaksamatidak membebankancekapwajar mengikut teknologiboleh disesuaikan mengikut persekitaraninovatifiii. dengan menekankan:sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukansifat menghormati maruah insanpenglibatan masyarakat
i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- mengutamakan pelanggan
- saksamatidak membebankan
- cekapwajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif
iii. dengan menekankan:
- sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- sifat menghormati maruah insan
- penglibatan masyarakat

KAMI SEDIA MEMBANTU - Profesionalisma , Penyayang & Kerja Berpasukan

๐Ÿง โœจ ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฐ๐ข, ๐€๐ฒ๐ฎ๐ก ๐‘๐š๐ฆ๐š๐ข-๐‘๐š๐ฆ๐š๐ข ๐‡๐š๐ฆ๐ฉ๐š ๐’๐ž๐ฆ๐ฎ๐š! โœจ๐Ÿง โ€‹Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi menjemput seluruh warga Langkawi u...
17/08/2026

๐Ÿง โœจ ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฐ๐ข, ๐€๐ฒ๐ฎ๐ก ๐‘๐š๐ฆ๐š๐ข-๐‘๐š๐ฆ๐š๐ข ๐‡๐š๐ฆ๐ฉ๐š ๐’๐ž๐ฆ๐ฎ๐š! โœจ๐Ÿง 

โ€‹Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi menjemput seluruh warga Langkawi untuk hadir meriahkan ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ก ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐Œ๐ข๐ง๐๐š ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (Peringkat Daerah Langkawi)!

โ€‹Pelbagai aktiviti menarik dan pertandingan menanti hampa semua. Mai ajak famili dan kawan-kawan join sekali!

โ€‹๐Ÿ“ Maklumat Program:
โ€‹Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
โ€‹Masa: 8.00 Pagi hingga selesai
โ€‹Lokasi: Langkawi Fair, Langkawi, Kedah

โ€‹๐ŸŽจ Pertandingan Menarik Yang Disediakan:
โ€‹Pertandingan Mewarna:
โ€‹Tahap 1: Umur 5 โ€“ 9 Tahun
โ€‹Tahap 2: Umur 10 โ€“ 15 Tahun
โ€‹Pertandingan Terrarium: Umur 13 โ€“ 20 Tahun
โ€‹Pertandingan Mencipta Poster AI: Terbuka kepada semua peringkat umur

โ€‹๐Ÿ“ฒ Pendaftaran & Cabutan Bertuah:
Jangan lepaskan peluang untuk sertai program ini dan berpeluang memenangi Cabutan Bertuah!

โ€‹๐Ÿ‘‰ Scan Kod QR pada poster di atas sekarang untuk pendaftaran online atau maklumat lanjut!
โ€‹Hentikan Stigma, Bina Komuniti Penyayang. Minda Sejahtera, Kehidupan Bermakna! โค๏ธ

โ€‹

16/08/2026
16/08/2026

๐Ÿฝ๏ธ Makanan dijual berhampiran tapak pelupusan โ€” selamat ke?

Isu jualan makanan di persekitaran tapak pelupusan tular di media sosial baru-baru ini, dan ia mengingatkan kita: lokasi jualan menentukan selamat atau tidaknya makanan yang kita beli.

Tapak pelupusan adalah tumpuan lalat, lipas, tikus dan bakteria seperti Salmonella โ€” semuanya boleh memindahkan kuman ke makanan terdedah dalam beberapa saat sahaja.

Sebelum membeli makanan, perhatikan perkara ini:
โœ… Kawasan sekitar bersih, tiada longgokan sampah atau air bertakung
โœ… Makanan ditutup dan dilindungi daripada lalat
โœ… Makanan panas kekal panas, sejuk kekal sejuk โ€” jauhi zon bahaya 4ยฐC hingga 63ยฐC

Makanan yang selamat bermula daripada lokasi yang bersih. Jika nampak premis beroperasi dalam keadaan tidak bersih, salurkan aduan melalui SiSPAA di moh.spab.gov.my.

Baca artikel penuh: https://safebite-daily-ai.blogspot.com/2026/08/makanan-dijual-berhampiran-tapak.html

16/08/2026

๐‡๐…๐Œ๐ƒ ๐๐”๐Š๐€๐ ๐“๐ˆ๐Š๐„๐“ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐‘๐‚๐”๐“๐ˆ! ๐Ÿšซ๐Ÿ–๏ธ

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) merupakan penyakit berjangkit yang perlukan pesakit serta melayakkan ibu/ bapa pesakit mendapat cuti kuarantin.

Walau bagaimanapun, cuti kuarantin bukan tiket untuk ibu bapa membawa anak-anak yang sedang dijangkiti pergi bercuti, ke pusat peranginan, taman permainan, pusat membeli-belah atau tempat awam yang menjadi tumpuan ramai.

Jika anak-anak menunjukkan tanda-tanda HFMD seperti demam, ulser atau lepuh di dalam mulut serta ruam atau lepuh pada tangan dan kaki, segera bawa mereka mendapatkan pemeriksaan di klinik atau fasiliti kesihatan.

Jika disahkan menghidap HFMD, pastikan anak berehat dan diasingkan di rumah mengikut nasihat petugas kesihatan sehingga pulih dan tidak lagi berisiko menjangkiti kanak-kanak lain.

Ingat! HFMD mudah merebak melalui sentuhan rapat, titisan air liur atau rembesan pernafasan serta sentuhan dengan permukaan dan barangan yang tercemar.

Sikap kita yang acuh tak acuh atau menganggap HFMD sebagai penyakit biasa boleh menyebabkan jangkitan terus merebak, khususnya dalam kalangan kanak-kanak di taska, tadika dan komuniti.

Jangan kerana kita mahu meneruskan rancangan bercuti, anak yang sedang sakit p**a dibawa berjalan ke sana sini. Biar percutian ditangguhkan, jangan kesihatan anak-anak dan kanak-kanak lain dipertaruhkan.

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memutuskan rantaian jangkitan. Anak sakit, rehat di rumah. Anak disahkan HFMD, jangan bawa keluar bersiar-siar. Lindungi anak sendiri dan lindungi anak-anak lain. ๐Ÿ‘ถ๐Ÿปโค๏ธ



๐Ÿšจ RAMBUT, PAKU ATAU DAWAI DALAM MAKANAN? JANGAN DIAM! ๐Ÿฝ๏ธPernah tak anda makan, tiba-tiba ternampak rambut, paku, dawai k...
16/08/2026

๐Ÿšจ RAMBUT, PAKU ATAU DAWAI DALAM MAKANAN? JANGAN DIAM! ๐Ÿฝ๏ธ

Pernah tak anda makan, tiba-tiba ternampak rambut, paku, dawai k***t atau bahan asing di dalam makanan? ๐Ÿ˜จ

Tahukah anda, bahan-bahan tersebut merupakan pencemaran fizikal yang boleh menyebabkan kecederaan dan menjejaskan keselamatan makanan.

Sebelum membeli makanan, PERHATI & PILIH! ๐Ÿ‘€
โœ… Pilih pengendali makanan yang bersih dan mengamalkan kebersihan diri.
โœ… Pilih kedai makan atau premis makanan yang bersih.
โœ… Utamakan premis yang mempunyai Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS).
โœ… Jika mendapati makanan tercemar, simpan bukti dan ambil gambar jika ada.

๐Ÿ“ข Jangan hanya diam! Aduan boleh dibuat melalui saluran rasmi SiSPAA Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Satu laporan daripada anda mungkin dapat membantu KKM bertindak lebih cepat dan mengelakkan risiko kepada pengguna lain.

๐Ÿฅ˜ Perhati. Pilih. Laporkan.
Bersama kita pastikan makanan yang dinikmati kekal bersih dan selamat.






๐Ÿ€ ๐๐€๐†๐€๐ˆ๐Œ๐€๐๐€ ๐‹๐„๐๐“๐Ž๐’๐๐ˆ๐‘๐Ž๐’๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“?Pernah tertanya-tanya bagaimana bakteria Leptospira boleh masuk ke dalam tubuh manu...
15/08/2026

๐Ÿ€ ๐๐€๐†๐€๐ˆ๐Œ๐€๐๐€ ๐‹๐„๐๐“๐Ž๐’๐๐ˆ๐‘๐Ž๐’๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“?

Pernah tertanya-tanya bagaimana bakteria Leptospira boleh masuk ke dalam tubuh manusia? ๐Ÿค”

Leptospirosis boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada air, tanah atau permukaan yang tercemar dengan bakteria Leptospira daripada air kencing haiwan yang dijangkiti, khususnya tikus.

๐Ÿฆ  Bagaimana jangkitan berlaku?
1๏ธโƒฃ Air, tanah atau permukaan tercemar
2๏ธโƒฃ Manusia terdedah kepada persekitaran tersebut
3๏ธโƒฃ Bakteria masuk melalui luka, calar, rekahan pada kulit
4๏ธโƒฃ Bakteria juga boleh masuk melalui membran mukus seperti mata, hidung dan mulut

โš ๏ธ Kawasan sungai, rekreasi atau persekitaran yang kotor dan tercemar boleh menjadi tempat pendedahan kepada bakteria ini.

Kenali cara jangkitan. Cegah sebelum terlambat. Lindungi diri dan keluarga. ๐Ÿ’›



15/08/2026

๐ŸฆŸ MUSUH YANG NYATA BOLEH DILAWAN. TAPI, BAGAIMANA P**A DENGAN MUSUH TERSEMBUNYI?

Jangan biarkan bekas kecil berisi air menjadi โ€œrumahโ€ kepada Aedes! ๐Ÿชฃ๐Ÿ’ง Nyamuk Aedes boleh membiak di dalam bekas kecil yang menakung air dan mencari mangsa tanpa kita sedari.

๐Ÿšจ Tiada amaran. Tiada peringatan. Tiada pilih kasih dalam mencari mangsa.

Jangan tunggu jiran, jangan tunggu pihak berkuasa dan jangan tunggu kes denggi berlaku. Luangkan masa, periksa kawasan rumah dan hapuskan tempat pembiakan Aedes.

๐Ÿ’ช Tiada Aedes, Tiada Denggi.
Bersama-sama kita jadikan persekitaran lebih bersih, selamat dan bebas denggi.



15/08/2026

PERHATIAN!๐Ÿ›‘
Laluan sementara bagi kenderaan di Klinik Kesihatan Kuah bagi menberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf yang sedang di jalankan..

HARAP MAKLUM

๐Ÿ”Š๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐‘๐ˆ๐๐“๐ˆ๐’ ๐…๐‹๐„๐—๐ˆ ๐‡๐Ž๐”๐‘๐’๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐’๐’ ๐‡๐”๐ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐–๐ˆ & ๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐’๐’ ๐‡๐”๐ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐„๐“๐€๐‘Berita baik buat rakyat Kedah! Wellness Hub ...
15/08/2026

๐Ÿ”Š๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐‘๐ˆ๐๐“๐ˆ๐’ ๐…๐‹๐„๐—๐ˆ ๐‡๐Ž๐”๐‘๐’
๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐’๐’ ๐‡๐”๐ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐–๐ˆ & ๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐’๐’ ๐‡๐”๐ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐„๐“๐€๐‘

Berita baik buat rakyat Kedah!

Wellness Hub Langkawi dan Wellness Hub Kota Setar kini melaksanakan Inisiatif Rintis Flexi Hours bermula hari ini iaitu 10 Ogos 2026 hingga 30 September 2026.

Inisiatif ini bertujuan memberikan lebih fleksibiliti kepada komuniti untuk mendapatkan akses kepada aktiviti dan perkhidmatan promosi kesihatan mengikut kesesuaian masa.

๐ŸŸข ๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐’๐’ ๐‡๐”๐ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐–๐ˆ
๐Ÿ—“๏ธ Ahad โ€“ Khamis: 8.00 pagi โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ—“๏ธ Jumaat: 5.00 petang โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ—“๏ธ Sabtu: 8.00 pagi โ€“ 1.00 petang & 5.00 petang โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ”ด Cuti Umum: Tutup

๐ŸŸข ๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐’๐’ ๐‡๐”๐ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐„๐“๐€๐‘
๐Ÿ—“๏ธ Ahad โ€“ Khamis: 8.00 pagi โ€“ 9.00 malam
๐Ÿ—“๏ธ Sabtu: 8.00 pagi โ€“ 1.00 petang
๐Ÿ”ด Jumaat & Cuti Umum: Tutup

โœจ Masa lebih fleksibel, peluang hidup lebih sihat!

Jadikan kesihatan sebagai keutamaan dengan memanfaatkan kemudahan dan aktiviti di Wellness Hub.






14/08/2026

Address

PEJABAT KESIHATAN DAERAH LANGKAWI, ARAS 6, KOMPLEKS LADA, Jalan PERSIARAN PUTRA,, LANGKAWI
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049667141

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi:

Shortcuts

Share