Lokal Langkawi

Lokal Langkawi Proudly promoting, voicing, and engaging current issues for a better Langkawi!

๐—›๐—ถ๐—ด๐—ต๐—น๐—ถ๐—ด๐—ต๐˜ ๐—•๐—ฎ๐—ท๐—ฒ๐˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฏInfografik Bajet Madani 2023Admin-Tanin Abyad-
24/02/2023

๐—›๐—ถ๐—ด๐—ต๐—น๐—ถ๐—ด๐—ต๐˜ ๐—•๐—ฎ๐—ท๐—ฒ๐˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ

Infografik Bajet Madani 2023

Admin
-Tanin Abyad-

Langkawi Sand Bar Walk 2023Antara gambar-gambar admin sempat ketik pagi tadi. Hat mana tak dan pi harini jangan sedih, e...
21/02/2023

Langkawi Sand Bar Walk 2023

Antara gambar-gambar admin sempat ketik pagi tadi. Hat mana tak dan pi harini jangan sedih, esok last day. Boleh pi ramai-ramai dengan kawan-kawan, marka atau keluarga.

P/s: Admin lama xbuat shooting outdoor. Skill dah berkarat. Hehe ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

๐๐‘๐” ๐Ÿ๐Ÿ“ : ๐“๐ก๐ž ๐‡๐ข๐ฌ๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐œ ๐Œ๐จ๐ฌ๐ญ ๐‘๐ข๐ ๐ ๐ž๐ ๐„๐ฅ๐ž๐œ๐ญ๐ข๐จ๐ง 1. Sebelum saya menulis dan mengulas tentang kebenaran yang disembunyikan dal...
19/11/2022

๐๐‘๐” ๐Ÿ๐Ÿ“ : ๐“๐ก๐ž ๐‡๐ข๐ฌ๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐œ ๐Œ๐จ๐ฌ๐ญ ๐‘๐ข๐ ๐ ๐ž๐ ๐„๐ฅ๐ž๐œ๐ญ๐ข๐จ๐ง

1. Sebelum saya menulis dan mengulas tentang kebenaran yang disembunyikan dalam PRU 15 kali ini, saya masih lagi berasa ragu-ragu. Selepas selesai membuang undi pagi tadi dan melihat sendiri wajah teruja dan penuh harapan rakyat Malaysia yang keluar mengundi, ada yang beratur panjang, ada yang berkeringat berdiri berjam-jam, ada yang memandu pulang menempuh kesesakan, ada yang berhabis wang untuk pulang, semuanya demi hasrat Malaysia kembali stabil dan aman.

2. Terpukul dengan realiti, saya beranikan diri untuk berkongsi. Tuan-tuan, puan-puan, ayah, ibu, saudara-saudari, adik-adik yang pertama kali mengundi serta seluruh rakyat Malaysia yang sudah menunaikan tanggungjawab anda membuang undi. Ini adalah realiti, ini adalah 'inside story' yang cuba disembunyikan, sentiasa disenyapkan dan jika dibocorkan padah menerima ancaman.

3. PRU 15 adalah percaturan politik terbesar dalam sejarah PRU dan arena politik negara. Jika PRU 14, Pejuang kebenaran berdendang tentang isu 1MDB yang akhirnya terbukti, PRU 15 hanya hoax yang diulang jual dalam setiap kempen, kerana PRU 15 kali ini adalah perjuangan individu yang mahu selamatkan diri, yang mahu bersihkan imej peribadi, yang mahu lempiaskan dendam berduri dan ada yang mahu jawatan atau gaji bertaraf menteri.

4. Rakyat harus sedar, kita sedang diuji. Dalam kita bersemangat kononnya mendapat mandat, ternyata kita cuma pak kaduk, yang ditukar ayamnya, walaupun menang tetap kampung halaman masih tergadai. Hasrat untuk melihat kerajaan dan politik Malaysia yang stabil kekal mimpi di siang hari.

5. Bukan niat membenci politik, jauh sekali mahu menanam benih kebencian terhadap mana-mana individu atau parti politik. Tetapi inilah realiti, bangsa ditunggang, agama ditunggangi, janji ditabur, fitnah bersembur, wang dilebur, dengan harapan mata hati rakyat kekal kabur. Akhirnya, mandat rakyat tetap terkubur, apabila yang berkuasa kekal takbur.

6. "Kerjasama politik" ini adalah kalimat yang akan dijaja selepas keputusan diumum malam ini. Padahal, sebelum tarikh parlimen dibubar, mereka telah 'seal the deal' siapa akan diangkat, siapa akan diselamat, siapa akan jadi mangsa dendam kesumat, siapa yang akan dicincang lumat dan siapa yang kekal jawatan yang berhormat.

7. Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia dan seisinya, belajarlah dari apa yang berlaku pada PRU 15 kali ini. Sudah tiba masanya simbol parti tidak lagi mendominasi landskap politik Malaysia. Pilihlah calon yang benar-benar berwibawa, kita ini sedang meniti tahun-tahun akhir zaman. Pemimpin munafik kita dewakan, pemimpin tidak amanah kita idolakan, pemimpin berdosa kita hamburkan pujian, pemimpin yang khianat kita tetap bagi sokongan, dan pemimpin yang zalim kita berpeluk tubuh kekal berdiam.

8. Cerita ini masih panjang, dan saya tidak mahu memetik dan menyebut nama-nama individu atau parti yang terlibat. Tetapi ini adalah hakikat, pahit dan kelat, busuk dan berulat, rakyat hanya bidak, tangan ghaib kekal mencatur. Semoga semakin ramai yang segera sedar dan bangkit dari mimpi. Jangan sejarah ini berulang lagi.

-Admin Tanin 'Abyad-

10/11/2022

๐‹๐š๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ง ๐’๐จ๐š๐ฅ ๐’๐ž๐ฅ๐ข๐๐ข๐ค ๐๐ซ๐š ๐๐‘๐” ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐ŸŽ๐ŸŽ๐Ÿ’ ๐๐š๐ซ๐ฅ๐ข๐ฆ๐ž๐ง ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฐ๐ข

Assalammualaikum warga penduduk Langkawi. Alhamdulillah untuk survey yang kita jalankan, terdapat lebih 300 responden sudi menyertai soal selidik secara atas talian. Laporan ringkas hasil kajian adalah seperti video dibawah.

Untuk pengetahuan dan makluman semua, soal selidik ini dijalankan atas dasar mengutip suara hati rakyat Langkawi secara percuma tanpa menerima apa-apa imbuhan, pendanaan atau pengaruh dari mana-mana Parti, Individu atau Pertubuhan yang bersifat politik dan berkepentingan.

-Admin TaninAbyad-

Address

Langkawi
07000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lokal Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lokal Langkawi:

Share

Category