21/10/2026
BANGUN PAGI, JARI TANGAN KERAS DAN SUSAH NAK GENGGAM? JANGAN ANGGAP SEKADAR SAKIT SENDI BIASA.
Ada orang bangun pagi, jari tangan terasa kaku. Nak genggam tangan pun susah. Selepas bergerak beberapa ketika, barulah rasa lega.
Ada juga yang mengalami bengkak pada jari, sakit pergelangan tangan dan cepat letih walaupun tidak melakukan kerja berat.
Ini antara gejala yang boleh berlaku dalam penyakit Rheumatoid Arthritis (RA).
RA ialah penyakit autoimun, iaitu keadaan apabila sistem pertahanan badan tersilap menyerang lapisan sendi sendiri.
Akibatnya, sendi mengalami keradangan, sakit dan bengkak. Jika tidak dikawal, keradangan berpanjangan boleh merosakkan sendi secara kekal.
KENALI GEJALA RA
β
Sendi jari tangan, pergelangan tangan atau kaki sakit dan bengkak.
β
Sendi terasa kaku selepas bangun tidur, biasanya melebihi 30 minit.
β
Sakit sering melibatkan kedua-dua belah tangan atau kaki, tetapi tidak semestinya.
β
Sendi terasa panas atau sakit apabila disentuh.
β
Sukar menggenggam, membuka penutup botol atau melakukan aktiviti harian.
β
Badan cepat letih, kadangkala disertai demam ringan atau kurang selera makan.
Gejala mungkin datang dan pergi. Ada masa pesakit berasa sihat, tetapi kemudian mengalami serangan keradangan semula.
BOLEHKAH RA DIRAWAT?
Ya. Walaupun RA merupakan penyakit kronik dan belum mempunyai penawar sepenuhnya, rawatan moden mampu mengawal penyakit dengan berkesan.
Ubat ini bukan sekadar mengurangkan sakit. Ia membantu mengawal keradangan dan mencegah kerosakan sendi.
Sesetengah pesakit mungkin memerlukan kombinasi ubat atau rawatan biologi jika penyakit masih aktif.
π― APA TARGET RAWATAN RA?
Matlamat utama bukan sekadar supaya pesakit kurang sakit.
Doktor mahu pesakit mencapai keadaan yang dipanggil REMISSION, iaitu aktiviti penyakit berada pada tahap sangat rendah sehingga tiada atau hampir tiada tanda keradangan aktif.
Ramai pesakit RA boleh terus bekerja, bersenam dan menjalani kehidupan aktif apabila penyakit dikawal dengan baik.
π₯ BILA PERLU JUMPA DOKTOR?
Jika anda mengalami sakit dan bengkak sendi yang berterusan, terutama pada jari tangan atau kaki, disertai kekakuan waktu pagi, dapatkan pemeriksaan di Klinik Kesihatan atau fasiliti kesihatan berhampiran.
Doktor akan memeriksa sendi dan menentukan sama ada ujian darah atau rujukan kepada pakar reumatologi diperlukan.
Jangan tunggu sehingga jari berubah bentuk atau sukar bergerak.
Tidak semua sakit sendi ialah RA. Namun, RA yang dikesan dan dirawat lebih awal mempunyai peluang lebih baik untuk dikawal sebelum kerosakan sendi berlaku.
Ingat, sendi yang sudah rosak mungkin tidak dapat kembali seperti asal. Tetapi kerosakan seterusnya boleh dicegah dengan rawatan yang sesuai.
Public Health Malaysia