Langkawi Development Authority

Langkawi Development Authority Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ditubuhkan dibawah AKTA 1990 (AKTA 423)

Langkawi Development Authority (LADA) was established under the 423 Act

Page Rasmi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merupakan antara media sosial rasmi. FB Page ini akan memaparkan hebahan Korporat LADA dan merupakan saluran kepada orang ramai untuk berhubung dan berinteraksi dengan lebih mudah bersama LADA. The Langkawi Development Authority (LADA)/ Lembaga Pembangunan Langkawi page is the official social media platform that releases corporate announcements and en

ables public engagement with LADA and the latest updates on Langkawi. Stay informed and up-to-date by following LADA's social media page today.

𝐋𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 "𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋" 𝐒𝐏𝐈𝐍𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔TAHNIAH LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA)!Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S...
15/07/2026

𝐋𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 "𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋" 𝐒𝐏𝐈𝐍𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔

TAHNIAH LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA)!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.

14 Julai 2026 (Selasa) - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan penuh rasa syukur dan bangga telah menerima Sijil Pengiktirafan Status Kesihatan Organisasi "UNGGUL" di bawah Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) 2026 yang dianugerahkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM).

Pengiktirafan berprestij ini telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara Malaysia kepada YBhg. Datuk Seri Haji Iskandar bin Datuk Haji Mohd. Kaus, Ketua Pegawai Eksekutif LADA, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen LADA dalam membudayakan integriti, memperkukuh tadbir urus yang cemerlang serta mengamalkan penyampaian perkhidmatan awam yang telus, cekap dan berakauntabiliti.

LADA merupakan antara 37 agensi yang telah menerima anugerah ini di seluruh Malaysia. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja LADA atas pencapaian yang membanggakan ini.

"Biasakan yang betul, betulkan yang biasa"

Institut Integriti Malaysia
Kementerian Kewangan

𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐀𝐂𝐀𝐔 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇14 Julai 2026 (Selasa) - Walaupun ...
15/07/2026

𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐀𝐂𝐀𝐔 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇

14 Julai 2026 (Selasa) - Walaupun cuaca hujan lebat sejak awal pagi dan beberapa kawasan mengalami air bertakung, semangat peserta untuk menjayakan Program Jom Kacau Bubur Asyura Bersama Komuniti Peringkat Daerah Langkawi 2026 langsung tidak luntur.

Dengan semangat gotong-royong, kerjasama dan ukhuwah yang tinggi, para peserta terus berganding bahu menyediakan bubur Asyura sehingga program berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah.

Sebanyak 30 kumpulan telah mengambil bahagian dalam program tahun ini melibatkan dua kategori pertandingan, iaitu Kategori Masjid dan Kategori Terbuka Komuniti yang disertai oleh NGO, agensi kerajaan, pemain industri pelancongan, badan berkanun serta pelbagai pertubuhan komuniti di Langkawi.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

Kategori Masjid
1. Masjid An Nawawi, Bohor Merah
2. ⁠Masjid Al-Huda, Padang Matsirat
3. Masjid Raudhatul Khudra’ , Pasir Hitam

Kategori Terbuka (Kerajaan/NGO)
1. Lembaga Kebajikan Perempuan Islam
2. Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
3. Tentera Laut Diraja Malaysia Markas Wilayah Laut 3

Kategori Khas
Hiasan Booth Tercantik

1. Langkawi Port Langkawi PORT - Dermaga Tanjung Lembung
2. Masjid An-Nawawi
3. Biro Hal Ehwal Wanita (HALWA) Nurul Saadah – Kilim

Kumpulan Paling Sporting

Kumpulan Satu Kawah Satu Hati (Mahsuri) - TLDM Langkawi

YBrs. Puan Hajah Maznim binti Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Syeikh Lokman Bin Ishak, Pegawai Agama Daerah Langkawi telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Agama Daerah Langkawi - Laman Rasmi serta PUSPANITA LADA atas jalinan kerjasama strategik yang telah membantu menjayakan penganjuran program pada tahun ini.

Terima kasih juga kepada semua peserta, sukarelawan, agensi, NGO, pemain industri pelancongan, individu, komuniti setempat dan seluruh pihak yang telah memberikan komitmen serta sokongan padu dalam menjayakan program ini.

Penghargaan khas turut dirakamkan kepada barisan juri yang telah menjalankan penilaian masakan dan kategori khas secara profesional, terdiri daripada:

1. Encik Muhammad Saleh Bin Samihan, Executive Chef Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi;
2. Encik Muhammad Fakhrur Razi Bin Ruslan, Chef Bella Vista;
3. Puan Mashuri Abd Latif, KEMAS; dan
4. Encik Ikhwan bin Mohd Said, Pegawai Tadbir, Unit DMO LADA selaku juri jemputan bagi kategori khas iaitu kumpulan paling sporting dan khemah paling kreatif.

Akhir sekali, pihak penganjur ingin memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang penganjuran program ini. Segala pandangan dan cadangan yang diterima akan dijadikan penambahbaikan bagi memastikan penganjuran pada masa hadapan lebih tersusun, lancar dan memberi pengalaman yang lebih baik dalam penganjuran.

Jumpa lagi pada edisi akan datang!

📢 𝑷𝑬𝑳𝑼𝑨𝑵𝑮 𝑲𝑬𝑬𝑴𝑨𝑺𝑨𝑵: 𝑱𝑶𝑴 𝑫𝑨𝑭𝑻𝑨𝑹 𝑲𝑼𝑹𝑺𝑼𝑺 𝑺𝑬𝑮𝑬𝑹𝑨!𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 (𝐒𝐈𝐓𝐈) 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀! Khusus bu...
15/07/2026

📢 𝑷𝑬𝑳𝑼𝑨𝑵𝑮 𝑲𝑬𝑬𝑴𝑨𝑺𝑨𝑵: 𝑱𝑶𝑴 𝑫𝑨𝑭𝑻𝑨𝑹 𝑲𝑼𝑹𝑺𝑼𝑺 𝑺𝑬𝑮𝑬𝑹𝑨!

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 (𝐒𝐈𝐓𝐈) 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀!

Khusus buat penggiat industri pelancongan di Langkawi! Anda ingin tingkatkan tahap keselamatan perkhidmatan anda dan diiktiraf secara profesional? Inilah masanya!

Langkawi Development Authority (LADA) dengan kerjasama NIOSH menganjurkan program Safety Induction for Tourism Industry (SITI) khusus untuk anda.

Butiran Program:

🗓️ Tarikh: 5 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8:00 Pagi - 5:00 Petang
📍 Tempat: Auditorium LADA

PENDAFTARAN PERCUMA (Terhad kepada 100 orang peserta terawal sahaja)

Peserta yang tamat kursus dan lulus ujian SITI akan menerima E-KAD SITI serta perlindungan insurans selama 2 tahun

📱 Cara Pendaftaran:
Jangan tunggu lagi, tempat adalah sangat terhad! Imbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah untuk mendaftar sekarang:
🔗 https://tinyurl.com/kursusSITI

14/07/2026

𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Pejabat Agama Daerah Langkawi - Laman Rasmi

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐀𝐂𝐀𝐔 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔Tarikh : 14 Julai 2026Lokasi : Tapak Parkir LADASorotan gam...
14/07/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐀𝐂𝐀𝐔 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

Tarikh : 14 Julai 2026
Lokasi : Tapak Parkir LADA

Sorotan gambar sekitar program pagi ini.

Nantikan LIVE melalui Facebook rasmi Langkawi Development Authority pada jam 11.00 pagi nanti.

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐑𝐎𝐍 Ingin belajar mengendalikan dron dengan cara yang betul dan selamat? Jom sertai Kursus Asa...
14/07/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐑𝐎𝐍

Ingin belajar mengendalikan dron dengan cara yang betul dan selamat? Jom sertai Kursus Asas Pengendalian Dron di Ruang Daya Cipta (RDC) Langkawi!

📅 Tarikh
• Sesi 1: 26 Julai 2026 (Ahad)
• Sesi 2: 27 Julai 2026 (Isnin)

🕤 Masa: 9.30 pagi – 2.30 petang

📍 Lokasi: Ruang Daya Cipta (RDC) Langkawi, Kompleks LADA

💰 Yuran Penyertaan: RM25.00

✨ Apa yang akan dipelajari?
✅ Pengenalan kepada dron dan komponen utama
✅ Asas pengendalian dron yang selamat
✅ Teknik asas penerbangan dan kawalan dron
✅ Fotografi & videografi udara asas
✅ Etika dan peraturan penggunaan dron

🎓 Peserta akan menerima Sijil Penyertaan.

🚁 Peserta yang memiliki dron sendiri digalakkan membawa dron masing-masing untuk sesi latihan praktikal. (Bagi peserta yang tidak mempunyai dron, kemudahan dron akan disediakan sepanjang kursus.)

📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan ini : https://forms.gle/QEN8MBRRiYTXBFYo6

Tarikh Tutup : 23/07/2026 (Khamis)

Tertakluk kepada kekosongan

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
Cik Ainaa di 011-11417490 - https://www.wasap.my/601111417490/RDC_LGK

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐄𝐍 𝐀𝐙𝐌𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐁𝐔𝐒𝐔, 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐋𝐀 𝐉𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐂𝐔𝐑𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍12 Julai 2026 (Ahad) - Lembag...
12/07/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐄𝐍 𝐀𝐙𝐌𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐁𝐔𝐒𝐔, 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐋𝐀 𝐉𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐂𝐔𝐑𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍

12 Julai 2026 (Ahad) - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Sesi Clock Out Persaraan bagi meraikan Encik Azmi Bin Busu, Pembantu Khidmat Am, yang akan bersara wajib pada 13 Julai 2026 selepas menabur bakti selama 18 tahun bersama LADA. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA telah berbesar hati bersama-sama pada sesi ini.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah memainkan peranan penting dalam menyokong kelancaran operasi LADA serta menyumbang kepada kerja-kerja sokongan berkaitan pembangunan Pulau Langkawi.

Seluruh warga LADA menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang 18 tahun perkhidmatan.

Kami juga mendoakan agar Encik Azmi dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa baharu kehidupan.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Selamat bersara. Jasa dikenang, bakti disanjung.

𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐃𝐈𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐊 𝐆𝐔𝐀𝐑 𝐍𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀, 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒10 Julai 2026 (Jumaat) - Lembaga Pembangunan La...
12/07/2026

𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐃𝐈𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐊 𝐆𝐔𝐀𝐑 𝐍𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀, 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

10 Julai 2026 (Jumaat) - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berbesar hati menaja jamuan makan malam kepada 40 peserta yang terdiri daripada 35 murid dan 5 guru pengiring sempena Lawatan Sambil Belajar Asrama Desa Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Perlis ke Pulau Langkawi.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen LADA dalam menyokong pembangunan pelancongan melalui menyantuni komuniti, agensi kerajaan dan langkawi. Para pelajar asrama yang menyertai lawatan ini terdiri juga daripada mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah. Inisiatif ini diharap dapat memberi semangat dan pengalaman bermakna kepada para murid sepanjang mengikuti program lawatan sambil belajar di Langkawi.

LADA percaya bahawa pendedahan kepada destinasi pelancongan, warisan, geopark serta produk-produk pelancongan di Langkawi mampu memperluas pengetahuan, memupuk semangat cintakan alam sekitar dan meningkatkan keyakinan diri para pelajar selain mempromosikan Langkawi di kalangan para pelajar sekolah dan golongan pendidik.

Semoga lawatan ini menjadi pengalaman yang bermanfaat serta memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐊𝐄 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐃𝐈𝐒𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑𝐘 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄8 Julai 2026 - Seramai 250...
09/07/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐊𝐄 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐃𝐈𝐒𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑𝐘 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄

8 Julai 2026 - Seramai 250 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Langkawi Geopark Discovery Centre bagi mengenali Langkawi UNESCO Global Geopark melalui aktiviti pembelajaran interaktif.

Sepanjang program, para pelajar meneroka galeri pameran, menjawab latihan modul geopark serta menyertai aktiviti pemuliharaan alam dengan menyemai 135 anak pokok bakau di Santuari Bakau.

Program ini memberi pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah yang bermakna serta memupuk kesedaran dalam menghargai dan memelihara warisan alam semula jadi.

Langkawi UNESCO Global Geopark











Address

Jalan Persiaran Putra, Kuah
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049600600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Langkawi Development Authority posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Langkawi Development Authority:

Shortcuts

Share