Polis Langkawi

Polis Langkawi Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada

KULIAH AGAMA BULANAN PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWILANGKAWI, 04 Ogos 2026 - Kuliah Agama Bulanan Peringkat ...
04/08/2026

KULIAH AGAMA BULANAN PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI, 04 Ogos 2026 - Kuliah Agama Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi Tahun 2026 telah diadakan di Surau Al Fateh Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi sebentar tadi.

Kuliah Agama Bulanan ini dihadiri oleh YDH ACP Khairul Azhar Nuruddin - KPD Langkawi. Hadir sama, Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Langkawi.

Program dimulakan dengan Kuliah Bulanan yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Abu Hassan bin Hashim dan kemudian diakhiri dengan solat Zohor berjemaah.

📸 : HEA IPD Langkawi


LAWATAN YDH KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI BERSAMA PENGARAH PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI KEDAH KEATAS PRP IPD LAN...
04/08/2026

LAWATAN YDH KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI BERSAMA PENGARAH PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI KEDAH KEATAS PRP IPD LANGKAWI YANG MENGALAMI KEBAKARAN RUMAH

LANGKAWI, 08 Ogos 2026 - Pengarah ICU JPM Kedah (Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah) ialah YBhg Dato' Haji Zepri bin Saad bersama YDH ACP Khairul Azhar Nuruddin, Ketua Polis Daerah Langkawi turut mengiringi DSP Hamdan Bin Ali - Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) Langkawi bersama delegasi ICU JPM telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Kpl Muhammad Huzir bin Zainal dan Kpl Siti Fatimah binti Rahman di kediaman Kuarters Polis Taman Seri Berlian Langkawi Kedah. Lawatan ini diadakan susulan kejadian kebakaran rumah yang berlaku pada 19 Julai 2026 yang telah mengakibatkan kerosakan teruk terhadap struktur rumah dan kemusnahan harta benda milik keluarga berkenaan.

Dalam lawatan tersebut, YBhg Dato' Haji Zepri bin Saad menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap musibah yang menimpa pasangan anggota polis tersebut. Beliau turut menyampaikan kata-kata semangat agar mangsa dan keluarga terus tabah, sabar serta cekal dalam menghadapi ujian yang menimpa mereka. Lawatan ini juga menjadi tanda sokongan moral daripada pihak pengurusan dan seluruh warga IPD Langkawi kepada anggota yang sedang berdepan kesukaran.

Dalam lawatan tersebut, YBhg Dato' Haji Zepri bin Saad telah menyampaikan sumbangan terhadap keluarga mangsa. Diharapkan sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang dihadapi serta menjadi bukti semangat kekeluargaan dan kebersamaan yang sentiasa utuh dalam kalangan warga Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.

Turut hadir Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.

📸 : HEA IPD Langkawi

03/08/2026

Pengumuman : Sistem E-Pengambilan PDRM Mengalami Masalah Teknikal

Sistem E-Pengambilan PDRM sedang mengalami masalah teknikal. Kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih

KUNJUNG HORMAT AJ RESORTS SDN BHD KE ATAS KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI LANGKAWI, 3 Ogos 2026 - YDH ACP Khairul Azhar Nuru...
03/08/2026

KUNJUNG HORMAT AJ RESORTS SDN BHD KE ATAS KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI, 3 Ogos 2026 - YDH ACP Khairul Azhar Nuruddin, Ketua Polis Daerah Langkawi telah menerima kunjungan hormat daripada Mr. Bernard Chin, ‘Director / Chief Operating Officer Hospitality Division’ dan En. Amirrolshah bin Idris, ‘Business Unit Head Leisure and Recreational’ AJ Resorts Sdn Bhd Langkawi bertempat di Pejabat Ketua Polis Daerah Langkawi sebentar tadi.

Kunjung hormat ini bertujuan membincangkan isu-isu semasa serta mengeratkan hubungan kerjasama strategik khususnya dalam aspek keselamatan, pengurusan kes kecemasan serta koordinasi berkaitan kes-kes melibatkan pihak Resort dan keselamatan awam.

Hadir sama YDH SUPT Samsulmuddin bin Sulaiman, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, DSP Hamdan bin Ali, Ketua Cawangan Khas Daerah, dan Insp Rosmawati binti Yunus, Bahagian Pengurusan IPD Langkawi.

Kunjung hormat diakhiri dengan sesi bergambar dan cenderahati.

🚨 PDRM PERKASA TINDAKAN TANGANI PENIPUAN PELABURAN PALSU, LINDUNGI SIMPANAN PESARAGolongan pesara terus menjadi sasaran ...
03/08/2026

🚨 PDRM PERKASA TINDAKAN TANGANI PENIPUAN PELABURAN PALSU, LINDUNGI SIMPANAN PESARA

Golongan pesara terus menjadi sasaran sindiket penipuan pelaburan palsu yang menggunakan platform media sosial untuk memperdaya mangsa. Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh pendekatan menyeluruh merangkumi penguatkuasaan undang-undang, penggunaan teknologi, kerjasama strategik serta program kesedaran awam bagi melindungi keselamatan kewangan rakyat.

💬 “KDN komited memperkukuh penguatkuasaan, mempertingkat penggunaan teknologi dan memperluas kerjasama strategik bagi memastikan rakyat, khususnya golongan pesara, terus dilindungi daripada ancaman jenayah penipuan siber.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Antara langkah utama yang dilaksanakan ialah:

✅ Tindakan tegas di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Akta AMLATFPUAA 2001 bagi membawa dalang sindiket ke muka pengadilan, membekukan aset serta mempercepatkan pemulangan wang kepada mangsa.

✅ Pemerkasaan teknologi melalui Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi mempercepat penerimaan serta penyelarasan laporan penipuan.

✅ Kerjasama strategik bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Meta dan Telegram bagi menurunkan kandungan serta iklan pelaburan palsu yang menyalahgunakan identiti tokoh awam, artis dan agamawan.

✅ Orang ramai digalakkan menggunakan portal dan aplikasi SemakMULE untuk membuat semakan nombor akaun bank dan nombor telefon yang meragukan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

✅ Kempen kesedaran siber turut dipergiatkan khusus kepada golongan pesara melalui kerjasama dengan persatuan pesara dan institusi kewangan bagi meningkatkan kefahaman terhadap modus operandi terkini sindiket, termasuk manipulasi psikologi serta tawaran pulangan pelaburan yang tidak munasabah.

KDN menerusi PDRM akan terus memperkukuh keupayaan aset, teknologi dan kepakaran pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) bagi memastikan jenayah penipuan komersial siber dapat dibanteras dengan lebih berkesan demi melindungi keselamatan kewangan rakyat.

Sumber: Pertanyaan Lisan, Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, 14 Julai 2026.

KUNJUNG HORMAT KE ATAS KETUA POLIS DAERAH LANGKAWILANGKAWI, 02 Ogos 2026 – Ketua Polis Daerah Langkawi, YDH ACP Khairul ...
02/08/2026

KUNJUNG HORMAT KE ATAS KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI, 02 Ogos 2026 – Ketua Polis Daerah Langkawi, YDH ACP Khairul Azhar bin Nuruddin, telah menerima kunjung hormat daripada YBhg. Dato’ Gerald Hans Isaac bertempat di Pejabat Ketua Polis Daerah Langkawi.

Dalam Kunjungan hormat ini turut dibincangkan usaha memperkukuh kerjasama strategik dan kolaborasi antara kedua-dua pihak dalam menjayakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat serta menyokong usaha Polis Diraja Malaysia dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Hadir sama YDH SUPT Samsulmuddin bin Sulaiman, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, DSP Hamdan bin Ali, Ketua Cawangan Khas Daerah, DSP Che Man bin Che Amat, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asp Muhammad Ilhan Icha bin Luther, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah, serta Asp Mohd Hafiz bin Mohd Faridz, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Langkawi.

AKTIVITI GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWILANGKAWI, 02 Ogos 2026 - Bahagian Logistik dan Tekn...
02/08/2026

AKTIVITI GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI, 02 Ogos 2026 - Bahagian Logistik dan Teknologi IPD Langkawi telah menganjurkan Latihan Jasmani atau Physical Training (PT) Ketua Polis Daerah Langkawi yang merupakan aktiviti pada setiap pagi Ahad.

Aktiviti mingguan warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi yang bermula pada jam 8.00 pagi ini telah diadakan di Bukit Panchor Kuah Langkawi Kedah yang dihadiri oleh YDH ACP Khairul Azhar Nuruddin, Ketua Polis Daerah Langkawi.

Pada pagi ini, semua yang hadir telah melakukan aktiviti Mendaki Bukit dan ‘Briskwalk’.

Turut hadir, YDH SUPT Samsulmuddin bin Sulaiman, Timbalan Ketua Polis Daerah, Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.

📸 HEA IPD Langkawi


RUN FOR LIFE @ LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK 2026LANGKAWI,  1 Ogos 2026 - YDH ACP Khairul Azhar bin Nuruddin, Ketua Pol...
01/08/2026

RUN FOR LIFE @ LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK 2026

LANGKAWI, 1 Ogos 2026 - YDH ACP Khairul Azhar bin Nuruddin, Ketua Polis Daerah Langkawi telah hadir menyertai larian sempena Run For Life @ LANGKAWI UNESCO Global Geopark 2026 yang dianjurkan oleh Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Program larian santai sejauh 10 kilometer ini yang bermula dan berakhir di Pekan Rabu Kuah, telah disertai seramai 700 peserta, termasuk beberapa peserta antarabangsa, sekali gus mencerminkan sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Penyertaan YDH Ketua Polis Daerah Langkawi mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia dalam menyokong penganjuran program berteraskan gaya hidup sihat, di samping memperkukuh hubungan strategik antara polis dan masyarakat selaras dengan konsep "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada."

Turut menyertai Asp Mohd Hafiz bin Mohd Faridz, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD), Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Langkawi.

📸 : HEA IPD Langkawi



CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIL BERSAMA PESERTA KURSUS PRA PERSARAAN PEGAWAI JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKER...
31/07/2026

CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIL BERSAMA PESERTA KURSUS PRA PERSARAAN PEGAWAI JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA (JKKP) TAHUN 2026

LANGKAWI, 31 Julai 2026 - Bahagian SiasatanJenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi telah mengadakan Ceramah Pencegahan Jenayah Komersil bersama Peserta Kursus Pra Persaraan Pegawai Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) Tahun 2026 bertempat di Hotel HIG Kuah Langkawi, Kedah.

Taklimat telah disampaikan oleh Insp Muhammad Sodiqin Bin Mohamed Anip, Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Langkawi dengan tajuk "Pesara Kerajaan Idaman Scammer".

‎Program yang julung kali diadakan pada hari ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran berkenaan jenayah Scammer dan bagi memastikan semua peserta Kursus Pra Persaraan Pegawai Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) tahun 2026 terhindar daripada terlibat dengan salah laku atau menjadi mangsa jenayah komersil.

Sesi ceramah pada hari ini juga adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta Kursus Pra Persaraan Pegawai Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) mengenai informasi terkini berkenaan scammer serta modus operandi kes-kes jenayah komersil atas talian pada masa kini dan juga untuk memberikan tips pencegahan yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa sindiket Scammer.

Slot kursus ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Malaysia, YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon.

OPERASI BERSEPADU PENCEGAHAN JENAYAH PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI “OP TANJUNG LEMBUNG”LANGKAWI, 30 Julai ...
30/07/2026

OPERASI BERSEPADU PENCEGAHAN JENAYAH PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI “OP TANJUNG LEMBUNG”

LANGKAWI, 30 Julai 2026, Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah “Op Tanjung Lembung” Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi telah dilaksanakan bertempat di Kawasan Pelabuhan Dermaga Tanjung Lembung dengan kerjasama oleh pihak pengurusan Dermaga Tanjung Lembung sebentar tadi melibatkan Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis serta Pegawai Rendah Polis IPD Langkawi.

Dalam operasi tersebut, YDH ACP Khairul Azhar bin Nuruddin, Ketua Polis Daerah Langkawi turut hadir bagi memantau keadaan semasa. Turut hadir bersama Timbalannya YDH SUPT. Samsulmuddin bin Sulaiman.

Sebanyak (178) individu dan (130) buah kenderaan telah diperiksa dan (15) jumlah saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Objektif operasi pada kali ini bertujuan mengekang, membendung dan membanteras aktiviti jenayah serta dadah yang berlaku di Daerah Langkawi.

Address

Jalan Air Hangat
Langkawi
07000

Telephone

+6049663999

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Langkawi:

Shortcuts

Share