Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan Official Page of MPLBP Majlis ini dikenali sebagai Majlis Daerah Langkawi mulai 29hb. persegi ) yang meliputi 104 buah pulau seluruh gugusan Pulau Langkawi.

Latarbelakang Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan

Kawasan perkhidmatan Pekan Kuah dahulunya dikenali kawasan Sanitary Board. Selepas Perang Dunia Kedua iaitu semasa pemerintahan Inggeris Sanitary Board telah ditukarkan kepada Pengurusan Town Board Mulai tahun 1945. April 1987, Majlis Daerah Langkawi diberi kuasa sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal pe

rancangan, perlesenan, kebersihan, bangunan, senitaman dan sebagainya selaras dengan akta-akta dan undang-undang kecil Majlis yang diguna pakai. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Langkawi yang diwartakan adalah seluas 47,848 hektar (478.48 km. Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telahpun diwartakan pada 16 Disember 2000 dan pengisytiharannya telahpun disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 24 Mac 2001. Pada tahun 2001, MPLBP telah mendapat ISO Versi 1994 berkaitan perancangan dan bangunan dan telah tamat pada tahun 2003. Bidang tugas MPLBP meliputi Perancangan Fizikal, Ekonomi serta Sosial ke arah kemantapan Pembangunan Bandar di Langkawi dan memberikan Perkhidmatan Perbandaran yang efisyen serta bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan Bandar

Pentadbiran MPLBP sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan serta sentiasa berusaha untuk memberi dan melaksanakan perkhidmatan berkualiti demi kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk dan pembayar cukai

MPLBP melaksanakan setiap fungsi-fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) serta dapat melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan Hal Ehwal Pihak Berkuasa Tempatan

Pada Januari 2006, satu jawatankuasa ISO 9001:2000 telah diwujudkan diikuti pelancaran MS ISO 9001:2000 MPLBP pada 6 September 2007

Moto & Tema Langkawi

"LANGKAWI BERSIH, INDAH & CERIA"

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฅ๐—”๐—š๐—” ๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐— ๐—ฃ๐—Ÿ๐—•๐—ฃ @ ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!Anak-anak Langkawi dan penggemar sepak raga tuju, ini masa untu...
04/08/2026

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฅ๐—”๐—š๐—” ๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐— ๐—ฃ๐—Ÿ๐—•๐—ฃ @ ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!

Anak-anak Langkawi dan penggemar sepak raga tuju, ini masa untuk anda buktikan kehebatan! Kumpulkan regu terbaik dan rebut gelaran juara dalam ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—ง๐˜‚๐—ท๐˜‚ ๐— ๐—ฃ๐—Ÿ๐—•๐—ฃ @ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜„๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!๐Ÿ†

Standard kejohanan kali ini memang padu dengan tawaran Hadiah Wang Tunai keseluruhan bernilai RM2,000!

๐Ÿ“Œ ๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก:
โ€ข ๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
โ€ข โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 6.00 petang
โ€ข ๐Ÿ“ Lokasi: Tapak Parkir Pekan Rabu, Langkawi

๐Ÿ† ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก:
โ€ข ๐Ÿฅ‡ Johan: RM1,000
โ€ข ๐Ÿฅˆ Naib Johan: RM500
โ€ข ๐Ÿฅ‰ Ketiga: RM250
โ€ข ๐Ÿ… Keempat: RM250

๐Ÿ“ ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก:
โ€ข ๐Ÿ’ต Yuran: RM50.00 sahaja per pasukan
โ€ข ๐Ÿ‘ฅ Komposisi Pasukan: 1 Pasukan = 4 Pemain + 1 Pengurus
โ€ข ๐Ÿ“ฑ Cara Daftar: Imbas kod QR pada poster di atas untuk pendaftaran & syarat-syarat kejohanan!

๐Ÿ“ž ๐—›๐—จ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—œ (๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”):
Ada sebarang pertanyaan? Boleh terus hubungi urus setia di bawah:
โ€ข ๐Ÿ“ฒ Persatuan Chu Daud: 017-400 5510
โ€ข ๐Ÿ“ฒ Encik Fadzli: 011-3688 1982

Masa makin suntuk! Ajak kawan-kawan, bentuk pasukan, dan lock tarikh anda sekarang. Slot adalah terhad!

TEMASYA ORANG KEDAH 2026ALOR SETAR, 31 Julai 2026 - Booth Daerah Langkawi di Temasya Orang Kedah terus menerima sambutan...
31/07/2026

TEMASYA ORANG KEDAH 2026

ALOR SETAR, 31 Julai 2026 - Booth Daerah Langkawi di Temasya Orang Kedah terus menerima sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung.

Booth ini menghimpunkan tiga agensi iaitu Pejabat Daerah Langkawi, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dalam mempromosikan keunikan serta potensi Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai produk ikonik Langkawi seperti minyak gamat, ikan bilis mata biru dan pelbagai produk tempatan lain secara terus di booth kami.

Terima kasih kepada semua yang telah singgah dan memberikan sokongan. Bagi yang belum berkesempatan, kami menjemput anda untuk mengunjungi Booth Daerah Langkawi di Stadium Darul Aman, Alor Setar sepanjang Temasya Orang Kedah 2026.

OPERASI SITAAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN BAGI KAWASAN TAMAN PERUMAHANLANGKAWI,22 Julai 2026 - Majlis Perbandaran Langkawi...
28/07/2026

OPERASI SITAAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN BAGI KAWASAN TAMAN PERUMAHAN

LANGKAWI,22 Julai 2026 - Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telah melaksanakan Operasi Sitaan Tunggakan Cukai Taksiran di beberapa kawasan taman perumahan bagi tahun 2026.

Operasi ini melibatkan kerjasama Jabatan Penilaian, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Perbendaharaan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara teratur, telus dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

MPLBP menyeru semua pemilik harta agar menjelaskan tunggakan cukai taksiran bagi mengelakkan tindakan sitaan diambil pada masa akan datang. Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan kelancaran kutipan hasil demi pembangunan dan kesejahteraan Bandaraya Langkawi.

๐Ÿ“ข ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐Ÿ“ข๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐˜€๐—ฎ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต mempelawa orang awam untuk membuat pemeriks...
27/07/2026

๐Ÿ“ข ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐Ÿ“ข

๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐˜€๐—ฎ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต mempelawa orang awam untuk membuat pemeriksaan dan mengemukakan bantahan atau representasi terhadap Cadangan Pengubahan Rancangan Tempatan Daerah Langkawi 2030 (Draf Perubahan 13 & 15).

๐Ÿ—“ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐—ต ๐—ฃ๐˜‚๐—ฏ๐—น๐—ถ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ: ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ“ Dokumen boleh diperiksa di:
(Lokasi Tetap) - Waktu Bekerja Sahaja
โ€ขโ  โ Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah)
โ€ขโ  โ Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLPB)

(๐—Ÿ๐—ผ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ)
๐—๐—ฒ๐˜๐˜๐˜† ๐—ฃ๐—ผ๐—ถ๐—ป๐˜, ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—ต, ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜„๐—ถ

Sebarang bantahan atau representasi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah sebelum atau pada 23 Ogos 2026.

Maklum balas anda amat penting dalam membantu membentuk perancangan dan pembangunan Daerah Langkawi yang lebih mampan.

Terima Kasih.

๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—–๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—•๐—˜๐—•๐—”๐—ฆ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—œ (๐—ž๐—ข๐— ๐—•๐—˜๐——) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ, ...
25/07/2026

๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—–๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—•๐—˜๐—•๐—”๐—ฆ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—œ (๐—ž๐—ข๐— ๐—•๐—˜๐——) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ

๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ, ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Kempen Mencegah Denggi dan Peluncuran Komuniti Bebas Denggi (KOMBED) telah berjaya dilaksanakan pada pagi tadi, bertempat di Dewan Homestay Desa KEDA Wang Tok Rendong. Program ini sebagai salah satu inisiatif bersepadu dalam memperkukuh kesedaran dan penglibatan komuniti terhadap usaha pencegahan serta pengawalan penyakit demam denggi di peringkat setempat.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Abdul Hadi bin Mohd Zuki, Pegawai Perubatan Pakar Prawarta (Kesihatan Awam), Pegawai Kesihatan Epidemiologi, Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi. Sebagai simbolik perasmian, beliau turut menyempurnakan penyerahan Kit KOMBED kepada Encik Muhammad Feizeallah bin Jamaludin, Pengerusi KOMBED, sebagai tanda komitmen berterusan komuniti dalam melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan pengawalan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan setempat.

Turut hadir ialah Encik Muhammad Amin bin Abdullah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Pelancongan (MPLBP), merangkap Pengarah Program Kempen Mencegah Wabak Denggi; Encik Othman bin Hashim, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 1 Langkawi; Encik Mohamad Khairi bin Mohamad, Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah Langkawi; serta Encik Suhaimi bin Lani, Penolong Pegawai Penguat Kuasa SWCorp Langkawi.

Program ini merupakan hasil penganjuran bersama antara MPLBP dan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, dengan kerjasama strategik daripada SWCorp Langkawi, Environment Idaman (E-Idaman), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Daerah Langkawi, serta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Langkawi.

Pelaksanaan kempen ini bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai ancaman penyakit demam denggi serta kepentingan penglibatan aktif komuniti dalam usaha pencegahan. Pendekatan berasaskan komuniti ini turut memberi penekanan terhadap amalan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes, pengurusan kebersihan persekitaran secara berterusan serta pengenalpastian awal potensi pembiakan jentik-jentik di kawasan kediaman dan persekitaran awam.

Usaha membanteras denggi tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada tindakan pihak berkuasa, sebaliknya memerlukan kerjasama dan kesedaran bersama daripada setiap lapisan masyarakat. Sehubungan itu, penubuhan dan peluncuran Komuniti Bebas Denggi (KOMBED) diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang lebih proaktif, berpengetahuan dan bertanggungjawab dalam memastikan persekitaran bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pelbagai aktiviti turut dianjurkan sepanjang program, antaranya Ceramah Kesedaran Bahaya Denggi dan Demonstrasi Pengenalpastian Larva Aedes yang disampaikan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi. Aktiviti lain termasuk gotong-royong komuniti, Pertandingan Mencari Jentik-Jentik, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak oleh Tadika KEMAS KEDA Wang Tok Rendong, serta cabutan bertuah khas untuk komuniti.

Selain itu, program turut dimeriahkan dengan booth jualan barangan kitar semula dan pameran aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sekali gus memberikan peluang kepada komuniti untuk mendapatkan informasi serta meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar, pengurusan sisa dan aspek keselamatan.

MPLBP merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua pemenang serta penghargaan kepada seluruh peserta yang telah mengambil bahagian dan memberikan sokongan sepanjang pelaksanaan program. Penglibatan aktif komuniti mencerminkan kesedaran dan komitmen bersama dalam menjadikan usaha pencegahan denggi sebagai satu tanggungjawab kolektif.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi serta semua rakan strategik yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen dalam menjayakan Kempen Mencegah Denggi dan Peluncuran Komuniti Bebas Denggi (KOMBED) ini.

Semoga inisiatif seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan dan menjadi platform berkesan dalam memperkasakan peranan komuniti, memperkukuh kerjasama antara agensi serta membudayakan amalan pencegahan denggi demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan selamat untuk seluruh masyarakat Langkawi.






LAWATAN RASMI AHLI-AHLI MAJLIS MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KE MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN (MP...
23/07/2026

LAWATAN RASMI AHLI-AHLI MAJLIS MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KE MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN (MPLBP)

LANGKAWI, 23 Julai 2026 - Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telah menerima kunjungan hormat daripada Ahli-Ahli Majlis Majlis Perbandaran Sungai Petani dalam satu lawatan rasmi yang bertujuan mengeratkan hubungan strategik antara pihak berkuasa tempatan serta berkongsi pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik dalam aspek pentadbiran, penyampaian perkhidmatan dan pembangunan bandar.

Lawatan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh jalinan kerjasama serta bertukar pandangan mengenai inisiatif dan pendekatan yang mampu meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat, selaras dengan aspirasi memperkasakan tadbir urus Pihak Berkuasa Tempatan yang lebih cekap, berdaya saing dan mampan.

MPLBP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani atas kesudian mengadakan lawatan rasmi ini. Semoga hubungan baik yang terjalin akan terus diperkukuh demi manfaat bersama.

#๐Œ๐ฉ๐ฅ๐›๐ฉ๐ƒ๐ข๐‡๐š๐ญ๐ข

PROGRAM 1 BULAN 1 SUKANLANGKAWI 23 Julai - Pagi yang penuh bertenaga bersama warga kerja MPLBP menerusi Program 1 Bulan ...
23/07/2026

PROGRAM 1 BULAN 1 SUKAN

LANGKAWI 23 Julai - Pagi yang penuh bertenaga bersama warga kerja MPLBP menerusi Program 1 Bulan 1 Sukan Zumba bagi membudayakan gaya hidup sihat dan aktif. Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk beriadah, malah mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk budaya kerja yang lebih sihat, aktif serta produktif.

Terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua, MPLBP yang sudi singgah meninjau serta memberikan sokongan kepada program ini.

Terima kasih juga kepada semua warga kerja yang turut menjayakan program ini.
#๐Œ๐ฉ๐ฅ๐›๐ฉ๐ƒ๐ข๐‡๐š๐ญ๐ข

โšฝ ๐—™๐—œ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โšฝ๐—™๐—ถ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ถ๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ yang berlangsung di Tapak Parkir Pekan Rabu, Langkawi pada 19 hingga ...
20/07/2026

โšฝ ๐—™๐—œ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โšฝ

๐—™๐—ถ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ถ๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ yang berlangsung di Tapak Parkir Pekan Rabu, Langkawi pada 19 hingga 20 Julai 2026 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan atas kunjungan masyarakat setempat serta para peminat bola sepak.

Seawal jam 6.00 petang, pengunjung mula memenuhi kawasan program dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Deretan gerai makanan, minuman dan jualan daripada usahawan tempatan menjadi tumpuan, sekali gus memberi peluang kepada para peniaga menjana pendapatan dalam suasana yang meriah sementara menantikan detik sepak mula ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—™๐—œ๐—™๐—” ๐—ช๐—ผ๐—ฟ๐—น๐—ฑ ๐—–๐˜‚๐—ฝ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

Program turut diserikan dengan Pertandingan eSports FC 2026, Pertandingan Memancing serta PS5 Free to Play yang mendapat sambutan luar biasa daripada para peserta dan pengunjung sepanjang berlangsungnya fiesta ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Tuan Mohd Hamri bin Abidin, telah hadir memeriahkan program dan bersama-sama orang ramai menyaksikan Perlawanan Akhir FIFA World Cup 2026 sehingga tamat.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Langkawi, Tuan Nasrun bin Datoโ€™ Mohd Sheriff, Setiausaha MPLBP, Tuan Shahir bin Salleh, YB Amar Pared bin Mahamud, YB ADUN KUAH, serta Ahli-Ahli Majlis MPLBP, yang bersama-sama menyemarakkan suasana dan menunjukkan sokongan terhadap penganjuran program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YB Amar Pared bin Mahamud atas kemurahan hati beliau menaja jamuan makan dan minum kepada para pengunjung. Sumbangan ini bukan sahaja menceriakan suasana program, malah turut memberi limpahan manfaat kepada para peniaga tempatan melalui peningkatan kehadiran pengunjung sepanjang berlangsungnya fiesta.

Terima kasih kepada semua pengunjung, peserta, peniaga, agensi yang terlibat serta seluruh warga kerja yang telah bersama-sama menjayakan Fiesta Piala Dunia 2026. Semoga program seperti ini terus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, menghidupkan ekonomi komuniti setempat dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.

๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— . ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”. ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐— ๐—˜๐— ๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ.Detik yang dinanti akhirnya tiba!Perlawanan paling berprestij dalam d...
18/07/2026

๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— . ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”. ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐— ๐—˜๐— ๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ.

Detik yang dinanti akhirnya tiba!

Perlawanan paling berprestij dalam dunia bola sepak bakal disaksikan bersama penyokong-penyokong dalam suasana festival yang penuh sorakan, hiburan dan kemeriahan.

Jangan sekadar menonton di rumah. Rasai sendiri pengalaman menyaksikan ๐—™๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—™๐—œ๐—™๐—” ๐—ช๐—ผ๐—ฟ๐—น๐—ฑ ๐—–๐˜‚๐—ฝ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ di Skrin Gergasi (Big Screen) bersama keluarga, sahabat dan seluruh komuniti bola sepak Langkawi.

๐Ÿ“ Tapak Parkir Pekan Rabu, Langkawi
๐Ÿ“… 19 โ€“ 20 Julai 2026
๐Ÿ•• 6.00 Petang โ€“ 5.00 Pagi

Apa yang menanti anda?

๐ŸŽฎ PS5 โ€“ Free to Play
๐Ÿ† Pertandingan Esport
๐ŸŽฃ Pertandingan Memancing
๐ŸŽ Kuiz & Cabutan Bertuah
๐Ÿ›๏ธ Booth Niaga
๐Ÿš— Car Booth Sale

โœ… Kemasukan adalah ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—”!

Malam esok bukan sekadar tentang bola sepak. Ia tentang semangat, penyatuan dan kenangan yang akan dikenang bersama.

๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜„๐—ถ, ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐—™๐—ถ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ถ๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!

๐ŸŽฃ ๐—–๐—”๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—•๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŽฃ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—™๐—ถ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ถ๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒJom uji kemahiran memancing anda dalam suasa...
17/07/2026

๐ŸŽฃ ๐—–๐—”๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—•๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŽฃ
๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—™๐—ถ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ถ๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Jom uji kemahiran memancing anda dalam suasana malam yang penuh cabaran dan keseronokan!

๐Ÿ“… ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: 19 Julai 2026 (Ahad)
๐Ÿ•˜ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ: 9.00 malam โ€“ 1.00 pagi
๐Ÿ“ ๐—Ÿ๐—ผ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ: Dataran Pekan Rabu
๐Ÿ’ฐ ๐—ฌ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป: Penyertaan: RM70 / Joran

๐Ÿ† Pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang! Jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang hadiah sambil menikmati pengalaman memancing bersama komuniti.

๐Ÿ“ž Maklumat lanjut & pendaftaran:
011-24267998
017-4354261

Ayuh sertai dan buktikan siapa pemancing terbaik!

Address

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049666590

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share