Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru

Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru Memaparkan info-info mengenai bantuan agihan zakat kepada asnaf-asnaf di negeri Johor khususnya di Daerah Johor Bahru. http://wa.me/601162001060

🕌 Sesi Temuduga Pelantikan Amil Zakat MAINJMajlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mengadakan sesi temuduga pelant...
10/08/2026

🕌 Sesi Temuduga Pelantikan Amil Zakat MAINJ

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mengadakan sesi temuduga pelantikan Amil Fitrah dan Amil Harta bagi sesi akan datang, sebagai usaha memperkukuh peranan amil dalam membantu MAINJ melaksanakan amanah memungut dan mengagihkan zakat kepada golongan yang berhak.

Dalam sesi ini, para calon turut diberikan penerangan berkaitan peranan, tanggungjawab dan amanah seorang amil, di samping perkongsian mengenai beberapa penambahbaikan dalam pengurusan amil bagi memastikan urusan kutipan dan agihan zakat dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap dan berintegriti.

Seramai 28 orang amil baharu dijangka akan dilantik bagi sesi seterusnya untuk bersama-sama memperkasakan usaha MAINJ dalam menyantuni masyarakat serta memastikan amanah zakat disampaikan kepada asnaf yang layak.

Semoga para amil yang dilantik nanti dapat melaksanakan amanah dengan penuh ikhlas, profesional dan berintegriti, serta menjadi penghubung yang baik antara para pembayar zakat dengan golongan asnaf.

“Amanah Zakat, Tanggungjawab Bersama.”







Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Daerah Johor Bahru bersama Kadi Daerah Johor Bahru, As-Syeikh Tuan Haji Mohd Zai...
07/08/2026

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Daerah Johor Bahru bersama Kadi Daerah Johor Bahru, As-Syeikh Tuan Haji Mohd Zaini bin Haji Mohd Salleh, bersama Penolong Pengarah Wakaf, Ustaz Nur Asyraf bin Hashim, serta Amin Baitulmal Johor Bahru, Ustaz Dr. Mohd Firdaus bin Abdul Hamid, ke Surau Seri Tebrau.

Lawatan ini bertujuan mengadakan perbincangan berkaitan hartanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), termasuk usaha memperkukuh pengurusan, pembangunan dan pemanfaatan aset wakaf agar dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada umat Islam serta menyokong pembangunan institusi agama di negeri Johor.

Semoga hasil perbincangan ini menjadi pemangkin kepada pengurusan wakaf yang lebih sistematik, berdaya maju dan mampan, selaras dengan aspirasi MAINJ dalam memelihara amanah serta memastikan manfaat wakaf terus dinikmati oleh masyarakat.

“Wakaf Pemangkin Kesejahteraan Ummah.”

"Di sebalik ujian yang berat, tersimpan sebuah keimanan yang teguh."Walaupun bergantung kepada bantuan tabung oksigen un...
06/08/2026

"Di sebalik ujian yang berat, tersimpan sebuah keimanan yang teguh."

Walaupun bergantung kepada bantuan tabung oksigen untuk bernafas, semangatnya untuk menyahut seruan Allah tidak pernah padam. Setiap langkah ke masjid mungkin penuh kepayahan, namun cintanya kepada solat berjemaah mengatasi segala kesulitan.

Alhamdulillah, melalui bantuan zakat daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), beliau menerima bantuan tabung oksigen bagi memudahkan urusan kehidupan dan ibadahnya. Bantuan ini bukan sekadar memenuhi keperluan asas, tetapi menjadi ikhtiar agar beliau terus dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Semoga kisah ini menjadi peringatan buat kita. Andai dikurniakan kesihatan dan kelapangan, janganlah kita mencari alasan untuk meninggalkan solat berjemaah, khususnya Solat Jumaat.

Zakat yang anda tunaikan bukan sekadar meringankan beban, bahkan menghidupkan harapan dan membantu saudara kita terus mendekatkan diri kepada Allah.

"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat..."
(Surah At-Taubah: 18)

Ramai yang tanya jenis bantuan yang adaBoleh rujuk di link
05/08/2026

Ramai yang tanya jenis bantuan yang ada

Boleh rujuk di link

” Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, dan orang miskin dan amil-amil yang menguruskan dan muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah, dan orang musafir (yang kep...

📢 PEMAKLUMAN KEPADA PENERIMA BANTUAN AGIHAN ZAKAT DAERAH JOHOR BAHRUAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Majlis Ag...
05/08/2026

📢 PEMAKLUMAN KEPADA PENERIMA BANTUAN AGIHAN ZAKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Daerah Johor Bahru ingin memaklumkan bahawa bantuan daripada Agihan Zakat akan dikreditkan ke dalam akaun penerima pada 5 Ogos 2026.

Bantuan yang terlibat ialah:
âś… Bantuan Bulanan Sara Hidup Fakir
âś… Bantuan Bulanan Sara Hidup Miskin
âś… Bantuan Bulanan Perubatan Fakir
âś… Bantuan Bulanan Perubatan Miskin

Seramai 4,380 ketua isi keluarga menerima bantuan akan menerima manfaat daripada agihan ini.

Semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban serta membantu memenuhi keperluan harian para penerima.

🤲 Terima kasih kepada seluruh pembayar zakat. Keprihatinan anda menjadi sinar harapan buat mereka yang memerlukan.

“Zakat Anda, Harapan Mereka.”

Bantuan MAINJ DAERAH JOHOR BAHRUsepanjang bulan julai tahun 2026
04/08/2026

Bantuan MAINJ DAERAH JOHOR BAHRU
sepanjang bulan julai tahun 2026

03/08/2026

Kalau saya ada tanah, saya beli untuk buat rumah tapi saya rasa saya nak jual

Saya Kene bayar zakat perniagaan ?

29/07/2026

Address

TINGKAT 1, BANGUNA MARA Plaza LARKIN
Larkin
80350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+601162001060

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru:

Shortcuts

Share