14/05/2026
𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 (𝗣𝗚𝗕) 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛
14 Mei 2026 | KSL Johor Bahru
Program Bicara Profesional bersama Pengarah Pendidikan Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya melibatkan PGB Sekolah Program Sekolah Amanah Negeri Johor.
Pelbagai input, perkongsian serta dorongan bermakna telah disampaikan bagi memperkukuh peranan pemimpin Sekolah Program Sekolah Amanah agar terus menjadi pemangkin kecemerlangan dan “showcase” kepada sekolah-sekolah lain di Negeri Johor.
Di Negeri Johor, terdapat 18 buah Sekolah Program Sekolah Amanah daripada 5 daerah yang telah Tamat Tempoh Matang Intervensi Program (TTMIP), 14 buah sekolah pada tahun 2020 dan 4 buah sekolah pada tahun 2022. Setelah TTMIP, semua Sekolah Program Sekolah Amanah dilestarikan sepenuhnya oleh KPM/ JPN/PPD.
Semoga segala aspirasi, idea dan hala tuju yang telah dikongsikan dapat terus memacu transformasi pendidikan bermutu dalam meningkatkan kemenjadian murid dan kualiti sekolah khususnya di Negeri Johor.
Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita
Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/
Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/
Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/
YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/
TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/
Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my